Siapa paling beradab?

1. Tiba-tiba rakyat Malaysia bercakap tentang adab sopan dan tatasusila. Tiba-tiba beberapa kerat ahli Umno berhimpun dan bersyarah panjang tentang adab. Tiba-tiba juga ada beberapa panglima Umno yang meludah  semata-mata untuk bersyarah tentang adab.

2. Semuanya berpunca daripada tindakan mahasiswa UPSI Adam Adli yang menurunkan bendera gambar Najib di PWTC.

3. Saya tidak pasti sejauh mana ahli Umno taksubkan presiden mereka sehinggakan gambar muka dijadikan bendera dan digantungkan di bangunan mereka.  Perkara ini satu-satunya berlaku di Malaysia. Para penyokong Ayah Pin, nabi palsu Kahar dan lain-lain ajaran sesat pun tidak buat perkara ini.

4. Saya juga tidak pasti samada mereka sedar atau tidak bendera-bendera tersebut terdedah dengan hujan, ribut, petir dan sekali sekala tahi burung. Sudah tentu tindakan menggantungkan bendera wajah pemimpin juga adalah suatu bentuk penghinaan.

5. Tulisan ini bukanlah bermaksud membela tindakan Adam Adli. Sekadar melahirkan kehairanan apabila membaca respon rakyat Malaysia yang menjadi begitu peka dan celik tentang isu kesopanan dan kesusilaan tetapi bisu dan pekak apabila MB Pahang Adnan Yaakob menunjukkan isyarat lucah dalam sebuah pilihanraya kecil di Sanggang.

6. Mereka juga diam sewaktu insiden hadiah kek tahi oleh Ghani kepada KM Pulau Pinang Lim Guan Eng.

7. Mereka juga diam apabila gambar ulama’ dikencing serta ugutan ludah dan tampar oleh pemuda Umno PJ Utara sebaliknya menjadi celik dan peka apabila bendera Najib diturunkan.

8. Adakah sistem nilai kita sudah tidak lagi bersistem dan tidak lagi bernilai?

One thought on “Siapa paling beradab?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s