Mengkritik atau memperlekeh?

1. Di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, kebebasan bersuara adalah antara elemen yang cukup mustahak. Ia hak yang seringkali lantang diperjuangkan.

2. Antara cabang kebebasan bersuara termasuklah kebebasan untuk mengkritik. Di Malaysia semua orang boleh dikritik termasuk Raja. Akta Hasutan 1948 hanya membataskan agar kritikan kepada Raja tidak berkecenderungan menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia kepada Raja. Selain itu, ia dibenarkan.

3. Dalam konteks politik, adalah biasa untuk mana-mana pihak mengkritik pihak yang lain. Parti A mengkritik parti B dan begitu lah sebaliknya. Kritikan antara parti bertentangan ini sudah tentu bertujuan menjatuhkan atau mendedahkan kelemahan. Wujud juga kritikan oleh ahli parti A kepada pimpinan parti A. Kritikan sebegini kebiasaannya bermaksud memperbaiki kelemahan agar partinya dapat menjadi lebih baik.

4. Ada juga keadaan di mana sesebuah parti dikritik oleh orang luar yang bukan dari parti lawan dan juga bukan ahli parti sendiri. Kritikan sebegini sukar ditentutan tujuannya. Ia mungkin untuk memperbaiki tetapi ia mungkin juga untuk menjatuhkan.

5. Dalam konteks parti politik di Malaysia, saya perasan parti yang paling dahsyat dikritik adalah PAS. Ia bermula dengan begitu hebat sejak keputusan PRU12 pada Mac 2008 yang lalu. Ia berlaku kerana PAS mendapat kerusi paling sedikit berbanding DAP dan PKR. Ia juga berlaku kerana persepsi umum bahawa Dato’ Seri Hadi Awang tidak selincah Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pentas politik. Anwar dilihat dominan dalam Pakatan Rakyat.

6. Sejujurnya, saya juga antara blogger yang kuat menghentam pimpinan PAS ketika itu. Artikel saya tentang Datuk Asri Muda adalah antara tulisan yang agak keras saya tujukan buat PAS. Pada waktu itu, saya berpendapat PAS agak stagnant dan tidak seprogresif DAP dan PKR.

7. Namun setelah 3 tahun berlalu, PAS telah melakukan begitu banyak perubahan. Pendekatan Negara Berkebajikan yang dilihat lebih pragmatik serta barisan/struktur pucuk pimpinan yang dilihat mentakrifkan semula konsep kepimpinan Ulama’ adalah dua perubahan besar yang cukup signifikan. Begitu juga dengan sayap-sayapnya khususnya Dewan Pemuda PAS yang semakin agresif menyantuni semua lapisan masyarakat dengan pelbagai medium.

8. Namun malangnya, perubahan-perubahan ini seakan-akan tidak disedari dan diiktiraf. Dalam banyak isu yang melibatkan PAS, selalu kedengaran kritikan yang bunyinya lebih kepada memperlekeh. Persepsi seolah-olah PAS dipimpin Tok Lebai kampung seakan masih menebal. Seolah-olah PAS hanya dikuasai oleh barisan ustaz pondok yang terpisah dari dunia yang nyata.

9. Lekeh sangatkah PAS?

10. Berbanding DAP mahupun PKR, PAS adalah parti pembangkang yang paling matang dan berpengalaman. Parti ini punyai rekod memerintah sebuah negeri selama lima penggal sedangkan DAP dan PKR baru sahaja berpeluang menikmati kuasa di Pulau Pinang dan Selangor.

11. Dalam PRU 1990, PAS telah berjaya merampas Kelantan sedangkan projek Tanjung DAP untuk merampas Pualau Pinang telah gagal. Semangat 46 yang dipimpin YBM Tengku Razaleigh, seorang tokoh politik yang hebat pun gagal menguasai mana-mana negeri.

12. Dalam krisis lompat parti pula, tiada seorangpun MP atau ADUN PAS yang melompat sedangkan PKR dan DAP telah dikhianati beberapa wakil rakyatnya.

13. Jika diukur daripada jumlah cawangan yang bergerak aktif, PAS adalah jauh di hadapan meninggalkan rakannya PKR dan DAP. Dari sudut keahlian juga, PAS jauh terkehadapan.

14. Latarbelakang akademik dan kerjaya para pimpinan dan ahlinya juga sebenarnya cukup meyakinkan. Ulama’, pakar toxicology, pakar atom, pakar ekonomi, usahawan, intelektual, pakar kewangan dan lain-lain semuanya berkumpul di sini. Paling mustahak, mereka ini diyakini mempunyai moral dan integriti yang tinggi, ciri-ciri yang sangat mustahak untuk menggantikan Umno/BN.

15.  Saya fikir, kita perlu berlaku adil kepada PAS. Jangan terlalu under estimate.

16. PAS bukanlah sebuah parti dungu yang akan menjeritkan seruan jihad atau melabelkan kafir kepada mana-mana mahasiswa yang menurunkan gambar pemimpinnya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s