Memahami Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan

1 03 2012

JADUAL KESEMBILAN

[Perkara 74, 77]

Senarai Perundangan

Senarai I—Senarai Persekutuan

1. Hal ehwal luar negeri, termasuk—

(a) Triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain dan segala perkara yang menghubungkan Persekutuan dengan mana-mana negara lain;
(b) Perlaksanaan triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain;
(c) Perwakilan diplomat, konsul dan perdagangan;
(d) Organisasi antarabangsa; penyertaan dalam badan antarabangsa dan perlaksanaan keputusan yang diambil dalam badan itu;
(e) Ekstradisi; pesalah buruan; penerimaan masuk ke dalam Persekutuan, dan emigrasi dan pengusiran dari Persekutuan;
(f) Pasport; visa; permit masuk atau perakuan lain; kuarantin;
(g) Bidang kuasa asing dan luar wilayah; dan
(h) Ziarah ke tempat-tempat di luar Malaysia.

2. Pertahanan bagi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, termasuk—

(a) Angkatan laut, darat dan udara dan angkatan tentera lain;
(b) Mana-mana angkatan tentera yang bertugas atau menjalankan operasi bersama dengan mana-mana angkatan tentera Persekutuan; angkatan pelawat;
(c) Kerja pertahanan; kawasan tentera dan kawasan larangan; pengkalan bagi angkatan laut, darat dan udara; berek, padang terbang dan kerja lain;
(d) Olah gerak:
(e) Peperangan dan keamanan; musuh orang asing dan orang asing musuh; harta musuh; perdagangan dengan musuh; kerosakan perang; insurans risiko perang;
(f) Senjata, senjata api, amunisi dan bahan letupan;
(g) Perkhidmatan negara; dan
(h) Pertahanan awam.

3. Keselamatan dalam negeri, termasuk—

(a) Polis; penyiasatan jenayah; pendaftaran penjenayah; kenteraman awam;
(b) Penjara; institusi pemulihan akhlak; rumah reman; tempat tahanan; percubaan akhlak bagi pesalah; pesalah juvana;
(c) Tahanan pencegahan; sekatan kediaman;
(d) Perkhidmatan risikan; dan
(e) Pendaftaran negara.

4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—

(a) Keanggotaan dan susunan semua mahkamah selain Mahkamah Syariah;
(b) Bidang kuasa dan kuasa semua mahkamah itu;
(c) Saraan dan keistemewaan lain hakim dan pegawai yang mengetuai mahkamah itu;
(d) Orang yang berhak menjalankan amalan di hadapan mahkamah itu;
(e) Tertakluk kepada perenggan (ii), perkara yang berikut:
(i) Kontrak; perkongsian, agensi dan kontrak khas yang lain; majikan dan perkhidmat; rumah inapan dan tuan rumah inapan; perbuatan salah boleh dakwa; harta dan pindah hakmiliknya serta hipotekasinya, kecuali tanah; bona vacantia; ekuiti dan amanah; perkahwinan, perceraian dan kesahtarafan; harta dan taraf perempuan bersuami; pentafsiran undang-undang persekutuan; surat cara boleh niaga; akuan berkanun; timbang tara; undang-undang persaudagaran; pendaftaran perniagaan dan nama perniagaan; umur dewasa; budak-budak dan orang belum dewasa; pengangkutan; pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat; probet dan surat kuasa mentadbir; kebankrapan dan ketidakmampuan bayar; sumpah dan ikrar; batasan; penguatkuasaan bersaling penghakiman dan perintah; undang-undang keterangan;
(ii) perkara yang disebut dalam perenggan (i) tidak termasuk undang-undang diri Islam yang berhubungan dengan perkhawinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat;
(f) Rahsia rasmi; perbuatan rasuah;
(g) Penggunaan atau penunjukkan jata, lambang kebangsawanan, bendera, lambang, pakaian seragam, darjah kebesaran dan bintang kehormatan selain bagi sesuatu Negeri;
(h) Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;
(i) Tanggung rugi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;
(j) Bidang kuasa Admiralti;
(k) Penenetuan hukum Syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud undang-undang persekutuan; dan
(l) Pertaruhan dan loteri.

5. Kewarganegaraan Persekutuan dan penaturalisasian; orang asing.

6. Jentera kerajaan, tertakluk kepada Senarai Negeri, tetapi termasuk—

(a) Pemilihan menjadi ahli kedua-dua Majlis Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala perkara yang berkaitan dengannya;
(b) Majlis Angkatan Tentera dan Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai;
(c) Perkhidmatan persekutuan, termasuk mengadakan perkhidmatan bersama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri; perkhidmatan bersama bagi dua Negeri atau lebih;
(d) Pencen dan pampasan kerana hilang jawatan; ganjaran dan syarat-syarat perkhidmatan;
(e) Pemerintahan dan pentadbiran Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya termasuk hukum Syarak di dalamnya setakat yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam butiran 1 Senarai Negeri dan berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Labuan, undang-undang dan adat anak negeri setakat yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam butiran 13 Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak;
(f) Kontrak Kerajaan Persekutuan;
(g) Pihak berkuasa awam Persekutuan; dan
(h) Pembelian, pengambilan dan pemegangan, dan pembuatan apa-apa urusan mengenai, harta bagi maksud persekutuan.

7. Kewangan, termasuk—

(a) Mata wang, wang sah dan pensyilingan;
(b) Simpanan negara dan bank simpanan;
(c) Peminjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan;
(d) Pinjaman kepada atau peminjaman oleh Negeri, pihak berkuasa awam dan pengusahaan persendirian;
(e) Hutang awam Persekutuan;
(f) Tatacara kewangan dan perakaunan, termasuk tatacara bagi pemungutan, penjagaan dan pembayaran wang awam Persekutuan dan wang awam Negeri, dan pembelian, penjagaan dan pelupusan harta awam selain tanah Persekutuan dan tanah Negeri;
(g) Audit dan akuan Persekutuan dan Negeri dan pihak berkuasa awam yang lain;
(h) Cukai; kadar di ibu kota persekutuan;
(i) Fi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;
(j) Perbankan; pemberian pinjaman wang; pemegang pajak gadai; kawalan kredit;
(k) Bil pertukaran, cek, nota janji hutang dan surat cara lain yang seumpamanya;
(l) Pertukaran asing; dan
(m) Terbitan modal; bursa saham dan bursa komoditi.

8. Pertukangan, perdagangan dan perindustrian, termasuk—

(a) Pengeluaran, pembekalan dan pengedaran barangan; kawalan harga dan kawalan makanan; pengadukan bahan makanan dan barangan lain;
(b) Import ke dalam Persekutuan dan eksport dari Persekutuan;
(c) Pemerbadanan, pengawalseliaan dan penggulungan perbadanan, selaian perbadanan perbandaran (tetapi termasuk perbadanan perbandaran ibu kota persekutuan); pengawalseliaan perbadanan asing; ganjaran atas pengeluaran di Persekutuan atau atas eksport dari Persekutuan;
(d) Insurans, termasuk insurans wajib;
(e) Paten; reka bentuk; reka cipta; cap dagangan dan cap persaudagaran; hak cipta;
(f) Penetapan standard timbang dan sukat;
(g) Penetapan standard kualiti barangan yang dibuat di dalam Persekutuan atau dieksport dari Persekutuan;
(h) Lelong dan pelelong;
(i) Industri, pengawalseliaan pengusahaan perindustrian;
(j) Tertakluk kepada butiran 2(c) dalam Senarai Negeri: Pembangunan sumber mineral; lombong, perlombongan, mineral dan bijih mineral; minyak dan medan minyak; membeli, menjual, mengimport dan mengeksport mineral dan bijih mineral; keluaran petroleum; pengawalseliaan perburuhan dan keselamatan di dalam lombong dan medan minyak;
(k) Kilang, dandang dan jentera; pertukangan berbahaya; dan
(l) Bahan berbahaya dan mudah terbakar.

9. Perkapalan, pelayaran dan perikanan, termasuk—

(a) Perkapalan dan pelayaran di laut lepas dan di perairan pasang surut dan di perairan pendalaman;
(b) Pelabuhan dan pengkalan; pesisir depan;
(c) Rumah api dan peruntukan lain bagi keselamatan pelayaran;
(d) Penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara, tidak termasuk penyu;
(e) Dues api; dan
(f) Bangkai dan salvaj.

10. Perhubungan dan pengangkutan, termasuk—

(a) Jalan, jambatan, feri dan cara perhubungan yang lain jika diisytiharkan sebagai persekutuan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan;
(b) Kereta api, tidak termasuk Kereta Api Bukit Bendera;
(c) Jalan udara, pesawat udara dan penerbangan udara; padang terbang awam; peruntukan bagi keselamatan pesawat udara;
(d) Pengawalseliaan lalu lintas mengikut jalan darat, air dan udara, selain lalu lintas di sungai-sungai di luar kawasan pelabuhan yang keseluruhannya terletak di dalam satu Negeri;
(e) Pembawaan penumpang dan barangan mengikut jalan darat, air dan udara;
(f) Kenderaan yang didorong secara mekanik;
(g) Pos dan telekomunikasi; dan
(h) Wayarles, penyiaran dan televisyen.

11. Kerja-kerja dan kuasa Persekutuan, termasuk—

(a) Kerja raya bagi maksud persekutuan;
(b) Bekalan air, sungai dan terusan, kecuali yang keseluruhannya terletak di dalam satu Negeri atau yang dikawal selia oleh suatu perjanjian antara semua Negeri yang berkenaan; pengeluaran; pengagihan dan pembekalan kuasa air; dan
(c) Elektrik; gas dan kerja gas; dan kerja lain bagi pengeluaran dan pengagihan kuasa dan tenaga.

12. Tinjauan, siasatan dan penyelidikan, termasuk—

(a) Banci; pendaftaran kelahiran dan kematian; pendaftaran perkahwinan; pendaftaran pengangkatan, selain pengangkatan di bawah hukum Syarak dan adat Melayu;
(b) Tinjauan Persekutuan; tinjauan sosial, ekonomi dan sains; organisasi kaji cuaca;
(c) Penyelidikan sains dan teknik; dan
(d) Suruhanjaya siasatan.

13. Pendidikan, termasuk—

(a) Pendidikan rendah, menengah dan universiti; pendidikan vokasional dan teknik; latihan guru; pendaftaran dan pengawalan guru, pengurus dan sekolah; pemajuan pengajian khas dan penyelidikan; pertubuhan sains dan sastera;
(b) Perpustakaan; muzium; monumen dan rekod purbakala dan sejarah; tapak dan peninggalan zaman purba.

14. Perubatan dan kesihatan termasuk kebersihan di ibu kota persekutuan, dan termasuk—

(a) Hospital, klinik dan dispensari; profesion perubatan; kebajikan ibu mengandung dan bersalin serta anak; pesakit kusta dan institusi pesakit kusta;
(b) Penyakit gila dan kecacatan mental, termasuk tempat menerima dan memberikan rawatan;
(c) Racun dan dadah berbahaya; dan
(d) Dadah dan minuman keras yang memabukkan; pembuatan dan penjualan dadah.

15. Buruh dan keselamatan sosial, termasuk—

(a) Kesatuan sekerja; pertikaian perindustrian dan buruh; kebajikan buruh termasuk mengadakan rumah bagi buruh oleh majikan; liabiliti majikan dan pampasan pekerja;
(b) Insurans pengangguran; insurans kesihatan; pencen balu, anak yatim dan umur tua; faedah mengandung dan bersalin; kumpulan wang simpanan dan kebajikan; persaraan; dan
(c) Khairat dan institusi khairat; amanah khairat dan pemegang amanah tidak termasuk Wakaf; derma kekal Hindu.

16. Kebajikan orang asli.

17. Pekerjaan profesional, selain yang disebut satu persatu secara khusus.

18. Hari kelepasan selain hari kelepasan Negeri; standard waktu.

19. Pertubuhan tidak diperbadankan.

20. Pengawalan makhluk perosak pertanian; pelindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan.

21. Akhbar; penerbitan; penerbit; percetakan dan mesin cetak.

22. Penapisan.

23. Tertakluk kepada butiran 5(f) Senarai Negeri: panggung; panggung wayang; filem sinematograf; tempat hiburan awam.

24. (Dimansuhkan).

25. Koperasi.

25A. Pelancongan.

26. Tertakluk kepada butiran 9A Senarai Bersama, pencegahan kebakaran dan pemadaman api, termasuk perkhidmatan bomba dan pasukan bomba.

27. Segala perkara yang berhubung dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan, termasuk perkara yang disebut satu persatu dalam butiran 2, 3, 4 dan 5 Senarai Negeri dan dalam hal Wilayah Persekutuan Labuan, perkara yang disebut satu persatu dalam butiran 15, 16 dan 17 Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak.

Senarai II—Senarai Negeri

1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.

2. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, tanah termasuk—

(a) Pemegangan tanah, hubungan antara tuan tanah dengan penyewa; pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah; penerokaan, pemajuan tanah dan pemuliharaan tanah; sekatan sewa;
(b) Tanah Simpanan Melayu atau, di Negeri Sabah dan Sarawak, tanah simpanan anak negeri;
(c) Permit dan lesen untuk mencari gali bagi lombong; pajakan melombong dan perakuan melombong;
(d) Pengambilan tanah secara paksa;
(e) Pindah hakmilik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian berkenaan dengan tanah; isemen ; dan
(f) Rad; harta karun tidak termasuk benda purba.

3. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, pertanian dan perhutanan, termasuk—

(a) Pertanian dan pinjaman pertanian; dan
(b) Hutan.

4. Kerajaan tempatan di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, termasuk—

(a) Pentadbiran tempatan; perbadanan perbandaran; lembaga tempatan, lembaga bandaran dan lembaga luar bandar dan pihak berkuasa tempatan yang lain; perkhidmatan kerajaan tempatan, kadar tempatan, pilihan raya kerajaan tempatan;
(b) Pertukangan yang memudaratkan dan kacau ganggu awam di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan; dan
(c) (Dimansuhkan).

5. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, perkhidmatan lain yang berciri tempatan, iaitu:

(a) (Dimansuhkan);
(b) Rumah tumpangan dan rumah pemalaman;
(c) Tanah Perkuburan dan tempat pembakaran mayat;
(d) Tempat kurungan binatang dan pencerobohan kerbau lembu;
(e) Pasar dan pasar ria; dan
(f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam.

6. Kerja-kerja Negeri dan air, iaitu:

(a) Kerja raya bagi maksud Negeri;
(b) Jalan, jambatan dan feri, selain yang ada dalam Senarai Persekutuan, pengawalseliaan berat dan kelajuan kenderaan di atas jalan itu; dan
(c) Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasuk sungai dan terusan tetapi tidak termasuk bekalan dan perkhidmatan air); pengawalan kelodak; hak riparia.

7. Jentera Kerajaan Negeri, tertakluk kepada Senarai Persekutuan, tetapi termasuk—

(a) Peruntukan Diraja dan pencen Negeri;
(b) Perkhimatan Negeri yang khusus;
(c) Peminjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan Negeri;
(d) Pinjaman bagi maksud Negeri;
(e) Hutang awan Negeri; dan
(f) Fi berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri.

8. Hari Kelepasan Negeri.

9. Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri, bukti mengenai undang-undang Negeri dan benda yang dilakukan di bawahnya, dan bukti mengenai apa-apa perkara bagi maksud undang-undang Negeri.

10. Siasatan bagi maksud Negeri, termasuk suruhanjaya siasatan dan pengumpulan perangkaan mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri.

11. Tanggung rugi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri.

12. Penyu dan penangkapan ikan di sungai.

12A. Perpustakaan, muzium, monumen dan rekod purbakala dan sejarah dan tapak dan peninggalan zaman purba, selain apa yang diisytiharkan sebagai persekutuan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

Senarai IIA—Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak [Perkara 95B(1)(a)]

13. Undang-undang dan adat anak negeri, termasuk undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat; pendaftaran pengangkatan di bawah undang-undang atau adat anak negeri; penentuan perkara perkara mengenai undang-undang atau adat anak negeri; keanggotaan, susunan, dan tatacara mahkamah anak negeri (termasuk hak untuk didengar di dalam mahkamah itu), dan bidang kuasa dan kuasa mahkamah itu, yang hendaklah meliputi hanya perkara yang termasuk dalam perenggan ini sahaja dan tidaklah termasuk bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan.

14. Pemerbadanan pihak berkuasa dan badan lain yang ditubuhkan melalui undang-undang Negeri, jika diperbadankan secara langsung melalui undang-undang Negeri, dan pengawalseliaan dan penggulungan perbadanan yang diwujudkan sedemikian.

15. Pelabuhan dan pangkalan, selain yang diisytiharkan sebagai pelabuhan dan pangkalan persekutuan melalui atau di bawah undang-undang persekutuan; pengawalseliaan lalu lintas mengikut jalan air di pelabuhan dan pengkalan atau di sungai-sungai yang keseluruhannya terletak di dalam Negeri itu, kecuali lalu lintas di pelabuhan atau pengkalan persekutuan; pesisir depan.

16. Ukuran tanah kadaster.

17. (Dimansuhkan).

18. Di Sabah, Kereta Api Sabah.

19. (Dimansuhkan).

20. Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, bekalan dan perkhidmatan air.

Senarai IIB—(Dimansuhkan)

Senarai III—Senarai Bersama

1. Kebajikan masyarakat; perkhidmatan masyarakat tertakluk kepada Senarai I dan II; perlindungan bagi perempuan, kanak-kanak dan orang muda.

2. Biasiswa.

3. Perlindungan binatang liar dan burung liar; Taman Negara.

4. Penternakan; pencegahan perbuatan menganiaya binatang; perkhidmatan veterinar; kuarantin binatang.

5. Perancangan bandar dan desa, kecuali di ibu kota persekutuan.

6. Kuturayauan dan penaja dari tempat ke tempat.

7. Kesihatan awam, kebersihan (tidak termasuk kebersihan di ibu kota persekutuan) dan pencegahan penyakit.

8. Saliran pengairan.

9. Permulihan tanah lombong dan tanah yang telah mengalami hakisan tanah.

9A. Langkah keselamatan kebakaran dan langkah mencegah kebakaran dalam pembinaan dan penyenggaraan bangunan.

9B. Kebudayaan dan sukan.

9C. Perumahan dan peruntukan bagi kemudahan perumahan; amanah pemajuan.

9D. Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, bekalan dan perkhidmatan air.

9E. Pemeliharaan warisan.

Senarai IIIA—Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak [Perkara 95B(1)(a)]

10. Undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat.

11. Pengadukan bahan makanan dan barangan lain.

12. Perkapalan yang beratnya kurang daripada lima belas tan berdaftar, termasuk pembawaan penumpang dan barangan oleh perkapalan itu; penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara.

13. Pengeluaran, pengagihan dan pembekalan kuasa air dan elektrik yang dijanakuasakan dengan kuasa air.

14. Penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak pertanian, dan pelindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan.

15. Khairat dan amanah dan institusi khairat di dalam Negeri (iaitu, yang dikendalikan keseluruhannya di dalam Negeri atau diwujudkan dan dikendalikan di dalam Negeri itu) dan pemegang amanahnya, termasuk pemerbadanannya dan pengawalseliaan dan penggulungan khairat dan institusi khairat yang diperbadankan di dalam Negeri itu.

16. Panggung; panggung wayang; filem sinematograf; tempat hiburan awam.

17. Pilihan raya ke Dewan Negeri yang diadakan dalam tempoh pilihan raya secara tidak langsung.

18. Di Sabah sehingga hujung tahun 1970 (tetapi tidak di Sarawak), perubatan dan kesihatan, termasuk perkara yang dinyatakan dalam butiran 14(a) sehingga (d) Senarai Persekutuan.

Senarai IIB—(Dimansuhkan)

Sumber : Wikisource

About these ads

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 5,210 other followers

%d bloggers like this: