Pendidikan percuma vs Pemansuhan PTPTN

1. Pendidikan percuma adalah impian semua orang. Semua orang suka benda yang percuma.

2. Sebelum ini, Pakatan Rakyat pernah umum untuk berikan percuma kepada rakyat. Saya sokong 110%. Tapi persoalannya, sejauhmana ‘percuma’ yang dimaksudkan?

3. Terbaru, Pakatan Rakyat (dibaca: DSAI) umumkan pemansuhan PTPTN. Saya kurang bersetuju. Lebih-lebih lagi apabila Rafizi Ramli umumkan bahawa Pakatan Rakyat akan mewujudkan sebuah tabung khas untuk menggantikan fungsi PTPTN. Ia sedikit mengelirukan.

“Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak” – Rafizi

4. Bermakna tabung sepertimana PTPTN tetap perlu. Bezanya, ia tidak lagi menampung pelajar IPTA dari keluarga berpendapatan rendah kerana elaun sara hidup akan diberikan kepada kelompok itu.

“Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga” – Rafizi

5. Tulisan Rafizi sendiri membuktikan bahawa fungsi PTPTN tetap perlu dikekalkan. Cuma ia ditukar kepada nama lain, tabung khas.

6. Ini bermakna, isu sebenar bukan pemansuhan PTPTN. Tetapi pendidikan percuma. Pendidikan percuma tidak bermakna PTPTN perlu dimansuhkan.

7. Mansuhkan caj Ujrah 1%!

4 thoughts on “Pendidikan percuma vs Pemansuhan PTPTN

  1. Apa yg saya faham dari cadangan PR adalah, PTPTN perlu dimansuhkan sebab ia bersifat PINJAMAN. Manakala tabung khas untuk pelajar yang datang dari keluarga yg kurang berada, bersifat biaya dan tak perlu dibayar balik.
    Moga, lebih kritis dalam menilai fakta.

    1. Tabung khas tidak perlu dibayar balik? Kalau tak perlu bayar balik dia tak panggil pinjaman.

      Sdri Wahidah perlu fahami betul-betul hujah sebelum menasihati orang lain.

    1. Dari dana awam. Dan mungkin juga pembiayaan dari tabung KWSP dan bank sebagaimana PTPTN juga. Sumber tidak dinyatakan dgn jelas oleh Sdr Rafizi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s