Bacaan politik Ananda Krishnan?

1. Ananda Krishnan adalah individu kedua terkaya di Malaysia dan ke-89 terkaya di Dunia. Beliau memiliki kekayaan dianggarkan USD9.6 billion.

2. Beliau adalah taikun media (Astro), satelit (MEASAT), minyak dan gas (Bumi Armada, Pexco), telecommunikasi (Maxis, Aircel).

3. Beliau juga menguasai Tanjong Energy Holding, sebuah syarikat penjana kuasa bebas (IPP) yang membekalkan tenaga kepada TNB.

4. Pada penghujung Februari 2012 yang lalu, beliau mengumumkan akan menjualkan kepentingannya dalam MEASAT.

5. Pada 5 Mac 2012, Ananda mengumumkan penjualan kepentingan beliau dalam Tanjong Energy Holding kepada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

6. Pada 26 April 2012, beliau mengumumkan penjualan 600 juta saham dalam Bumi Armada.

7. Ada pelbagai lagi spekulasi tentang penjualan syarikat-syarikat yang lain termasuk TGV Cinemas Sdn Bhd.

8. Penjualan beberapa syarikat ini sudah tentu menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat. Apa sebenarnya yang Ananda sedang fikirkan?

9. Penjualan IPP yang menjana kekayaan yang cukup besar kerana subsidi yang tinggi oleh kerajaan adalah sangat di luar jangkaan. Adakah ini ada kaitan dengan janji DS Anwar Ibrahim untuk menyemak semula perjanjian dengan IPP jika Pakatan Rakyat berkuasa?

10. Pada hemat saya, mungkin ada dua alasan mengapa Ananda bertindak sedemikian. Kemungkinan besar bacaan politik beliau dan penganalisisnya menjangkakan bahawa rejim Umno/BN bakal tumbang dalam pilihanraya akan datang. Atau mungkin juga, Ananda sendiri tidak yakin dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang giat digembar-gemburkan oleh PM.

11. Wallahua’lam (Allah jua yang lebih mengetahui).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s