Transformasi: Najib perlu belajar dari Helang

1. Helang adalah haiwan yang hidup sehingga 70 tahun, menyamai usia purata kebanyakan manusia. Tetapi untuk mencapai umur itu, helang perlu melalui proses TRANSFORMASI pada usianya 40 tahun.

2. Pada usia 40 tahun, paruhnya telah panjang mencecah dada, kukunya sudah tumpul dan bulu-bulu pada sayapnya semakin tebal dan berat hingga menyukarkannya terbang. Pada ketika ini helang perlu memilih antara MATI atau BERUBAH.

3. Helang perlu terbang ke satu tempat yg tinggi yang ada jurang dan duduk di situ selama 150 hari. Dalam tempoh itu, helang perlu mematuk batu bata sehingga paruhnya patah dan tumbuh paruh yang baru, kemudian dia perlu mencabut kukunya satu persatu hingga tumbuh kuku yang baru dan apabila tumbuh kukunya, dia perlu mencabut bulu sayap dan tunggu bulu baru tumbuh.

4. Proses ini terlalu menyakitkan. Tetapi ia adalah harga bagi sebuah pilihan untuk terus hidup selama 30 tahun lagi. Ia muncul sebagai seekor helang yang lebih hebat, unggul dan penuh kebanggaan.

5. Pasca PRU13, kerajaan dan Umno pimpinan Najib Tun Razak telah mengumumkan Transformasi sebagai janji untuk mengembalikan sokongan rakyat. Pelbagai pengumuman yang indah-indah dibuat.

6. Transformasi dalam kerajaan dipakejkan dalam 1 Malaysia. Manakala transformasi dalaman parti tidak menampakkan sebarang petanda.

7. Sehingga saat ini, rakyat masih belum nampak hasil sebenar tranformasi beliau.

8. Najib perlu belajar daripada helang.

9. Ada paruh yang perlu dipatahkan. Ada kuku yang perlu dicabut dan ada bulu sayap yang perlu ditanggalkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s