Politik Nasharuddin Mat Isa

1. Sekali lagi mantan Timbalan Presiden PAS ini mencetuskan kontroversi.

2. Beberapa hari lepas, beliau dipaparkan duduk bersimpuh sebelah Presiden Umno Dato’ Sri Najib Tun Razak di Mekah dan juga membuat kenyataan keras mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana Karpal Singh berterusan mempertikaikan Hudud, suatu gesaan yang jauh bertentangan dengan kandungan siri-siri ucapannya sewaktu menjadi Timbalan Presiden PAS sebelum ini.

3. Kemudiannya apabila pula ke Malaysia, beliau membuat penjelasan dan penjelasan Ustaz Nasha mengenai isu ini sedikit sebanyak boleh diterima. Katanya, beliau hanya mengatur pertemuan antara PM dengan beberapa orang ulama’ Arab Saudi bagi membincangkan isu ummah khususnya isu Rohingya di Myammar dan penyembelihan rakyat di Syria.

4. Usaha beliau murni. Apa salahnya mengatur pertemuan dengan pemimpin Umno tentang isu-isu ummah dan sejagat? Cuma menjadi persoalan mengapakan usaha dan pertemuan itu tidak dimaklumkan kepada pucuk pimpinan PAS terlebih dahulu (dalam hal ini saya yakin ia tidak dimaklumkan berdasarkan respon beberapa pimpinan utama PAS).

5. Sebagai bekas pemimpin kanan, Ustaz Nasha pasti tahu sebarang tindakan sebegitu boleh dimanipulasi oleh media lawan. Saya percaya beliau tidak terlalu naif untuk memahami bagaimana spin doctor di Utusan dan TV3 berperanan.

6. Kemudian penjelasan beliau mengenai Karpal Singh juga dari satu sudut memberikan sedikit manfaat politik kerana PAS dilihat bertegas dengan rakan sekutu.

7. Namun beliau mungkin lupa, tanpa kapasiti sebagai pemimpin utama parti, kenyataan beliau tidak akan dilihat mewakili parti sebaliknya pandangan peribadi semata-mata.

8.Ustaz Nasha seakan-akan meminta agar tindakan disiplin dikenakan kepada beliau, mirip kronologi pemecatan Dr Hasan Ali dahulu.Tindak-tanduk beliau mutakhir ini tidak menggambarkan seorang sosok politikus yang berpengalaman.

9. Saya percaya bahawa Ustaz Nasha lebih sesuai kembali berkhidmat sebagai pensyarah undang-undang di universiti.

10 thoughts on “Politik Nasharuddin Mat Isa

  1. Jadi, apakah selama ini perwakilan PAS telah terkhilaf memilih Ustaz Nasha sebagai Timbalan Presiden? Boleh ke kita buat andaian bahawa perwakilan PAS juga terkhilaf di dalam memilih Hj Hadi sebagai Presiden, dan memilih Nik Aziz sebagai Mursyidul Am….ooops, Mursyidul Am tidak dipilih oleh perwakilan…

    Sebenarnya, inilah masalah sebenar PAS. Para perwakilannya tidak berwibawa….

  2. Assalamualaikum didahulukan sebagai pembuka bicara, adalah aturan adap sopan sebagai bangsa melayu dan muslim.

    Saya berpendapat bahawa jika Umno dengan Pas bergabung adalah menjadi satu titik kekuatan bagi umat islam dan bangsa melayu utk bersepaduan kembali….kerana, asas kejatuhan Melayu dan Islam adalah disebabkankonflik dalaman.

    Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam satu situasi ketika Beliau sedang berdoa kepada Allah tiga (3) hajat/permintaan:
    1. Berdoa agar umat Islam tidak mati dalam Kelaparan dan kemiskinan.
    2. Berdoa agar umat Islam tidak dijajah oleh kuasa asing dan dipijak.
    3. Berdoa agar umat Islam tidak bergaduh sesama sendiri.

    Doa yang dimakbulkan oleh Allah hanya doa 1 dan dia 2.
    Doa ketiga tidak di makbulkan oleh Allah atas alasan2 yang hanya Allah sahaja yang tahu.

    Sesungguhnya, pihak kafir telah menggunakan kelebihan ini untuk menjatuhkan kita, iaitu dengan memecahbelahkan kita agar kita dapat dijajah oleh mereka dan mati dalam kemiskinan dan kelaparan. Punca kenapa kita jadi begini diseluruh dunia ada;ah kerana kita terlepas pandang Sirah Rasulullah S.A.W.

    Jadi Umno dengan Pas BERGABUNGLAH!!!!

    *salah dan silap harap betulkan saya wahai saudara saudari., saya amat suka mereka yang membetulkan kesilapan.

    Sekian,
    Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.

    1. Waalaikumussalam WBT.
      Terima kasih atas pandangan saudara.

      Setuju umat Islam di Malaysia perlu bersatu, tetapi tidak bermakna perlu bergabung semua parti Islam menjadi satu.

      Wallahua’lam

  3. Kuasa memecat bukan di tangan Presiden. Tetapi oleh Majlis Syura. Soal tepat atau tidak telahan ini perkara biasa. Saya bukan tuhan atau ahli nujum. Haha

    1. cuba selidiki peranan majlis syura pas dan dewan ulama pas pusat dalam perlembagaan pas…tugas majlis syura hanya memberi pendapat dan tiada kuasa untuk membuat keputusan melebihi muktamar pas, manakala dewan ulama pas pusat hanya sebuah badan koordinator kepada ulama pas…tiada kuasa mutlak yang diberi kepada kedua2 badan ini…kuasa mutlak hanya berada pada muktamar pas dan kepimpinan pas…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s