Respon penubuhan Kelab Penyokong UMNO

1. Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencadangkan agar ditubuhkan Kelab Penyokong Umno di kampus-kampus tempatan selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini.

2. Pindaan itu membenarkan mahasiswa telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.

3. Respon Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi seakan menentang cadangan itu kerana beranggapan bahawa penubuhan Kelab Umno kampus adalah satu lagi kaedah menghukum mahasiswa yang tidak bersedia menjadi ahli dan penyokong Kelab Umno tersebut.

4. Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, langkah Umno  ini harus disambut secara positif kerana ia boleh mendedahkan mahasiswa kepada politik.

5. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula berkata, usaha yang dilakukan BN ini harus dilihat secara positif kerana ia boleh mewujudkan persaingan yang sihat di antara BN dan parti pembangkang.

6. Bagi saya juga, ini adalah suatu perkembangan yang sangat baik kerana musang tidak lagi bersembunyi di sebalik semak, berselindung di sebalik nama Aspirasi.

7. Satu lagi, melalui kewujudan kelab ini kita dapat menilai berapa ramai mahasiswa yang berani menyertai.

8. Dengan pelbagai imej buruk yang sedang menyelubungi Umno, menyertainya adalah langkah yang sangat ‘berani’ dan wajar diberi tepukan gemuruh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s