Polemik Hudud Dr Dzulkefly Ahmad dan Ustaz Zaharuddin Muhammad


1. Polemik ini bermula apabila sebuah media propaganda Umno memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasrudin Tantawi bahawa Karpal Singh kini ‘semakin berkompromi’ dalam isu Hudud.

2. Media itu kemudiannya memetik kenyataan keras Karpal yang menafikan.

3. Kemudian media lain (Sinar Harian) pula memetik kenyataan AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad bahawa Hudud belum mampu dilaksanakan kerana ia melibatkan proses yang panjang. Kenyataan itu dibuat sebelum larangan agar pemimpin PAS (selain Presiden dan Ketua Penerangan) tidak membuat kenyataan mengenai Hudud tetapi petikan kenyataan itu dibuat selepas larangan itu dikeluarkan.

4. Sebahagian ahli-ahli dan pemimpin PAS mengkritik keras Dr Dzul kerana melanggar arahan parti.

5. Dalam banyak-banyak kenyataan mengkritik Dr. Dzul, saya percaya kenyataan Ustaz Zaharuddin Muhammad (baca di sini) paling menarik perhatian ramai memandangkan beliau adalah seorang ahli Majlis Syura PAS, badan tertinggi parti PAS. Samada itu kenyataan rasmi dari Majlis Syura ataupun pandangan peribadi beliau yang mendapat perkenan dari Majlis Syura. (juga baca di sini) dan (di sini)

6. Dr Dzul membuat respon selektif dengan memilih untuk menjawab kritikan Ustaz Zaharuddin (baca di sini).

7. Budaya ini baik kerana rakyat khususnya ahli parti boleh menilai tanpa dipengaruhi manipulasi media.

8. Saya menerima baik penghujahan kedua-duanya cuma kesilapan Ustaz Zaharuddin adalah menjenama pemikiran lawannya dengan istilah ‘politik ular daun’. Bagi saya label buruk ini bertentangan dengan nilai wacana ilmu yang sihat.

9. Keperibadian kedua-dua sosok ini juga terpuji. Saya ada sedikit pengalaman berwacana dengan kedua-duanya selain sentiasa mengikuti tulisan dan ucapan di laman maya.

10. Dr Dzul adalah pemimpin juga pemikir dalam parti yang agak berkaliber.

11. Dr Dzul mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Imperial College (St. Mary’s Hospital Medical School), Universiti London (1993) dalam bidang Sains Perubatan (Toksikologi) dan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Surrey dan Ijazah pertama dari Universiti Birmingham, England (1980) dalam bidang yang sama. Beliau juga mengikuti kursus dalam Ekonomi dan Kewangan Islam dalam tahun 1998-99.

12. Sewaktu menjemput beliau dalam satu wacana ekonomi anjuran ECONS beberapa tahun lalu, saya mendapati beliau mempunyai kefahaman yang agak mendalam dalam bidang ekonomi dan politik walaupun kepakaran beliau adalah dalam sains perubatan. Sahabat saya seorang ustaz lulusan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul juga mengakui beliau boleh berhujah dalam kerangka disiplin ilmu feqah dengan amat baik.

13. Dengan pakej yang lengkap ini, beliau dilihat sebagai pelapis kepimpinan utama parti pada masa hadapan. Cuma yang menjadi bebanan (historical baggage) bagi beliau adalah penglibatan beliau dalam NGO tertentu sebelum terlibat aktif dalam PAS. Saya tidak berniat mengupas lanjut isu ini kerana ia boleh diselesaikan jika pimpinan utama parti dominan dalam mendepani masalah dalaman parti.

14. Ustaz Zaharuddin pula memliki Ijazah Sarjana dalam Perundangan dan Ekonomi Islam dari University of Cairo, Mesir dan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam dari Universiti Al-Azhar. Beliau adalah antara pelajar terbaik sewaktu di universiti.

15. Saya percaya bahawa beliau juga adalah antara pemikir dalam parti yang banyak merencanakan kenyataan dan langkah politik organ parti, samada Majlis Syura ataupun Dewan Pemuda PAS Pusat. Jika tidak, mana mungkin beliau diberikan tempat yang cukup tinggi dalam parti, sebagai wakil DPPP dalam Majlis Syura.

16. Selain mengikuti ceramah beliau di laman maya, saya pernah berkesempatan mempengerusikan sebuah forum berkenaan isu ekonomi dengan beliau selaku salah seorang panelis.

17. Saya mendapati beliau memang hebat dan pintar dalam berhujah namun sedikit kurang cermat apabila memilih untuk mengupas hampir semua perkara termasuk sesuatu yang belum beliau kuasai dengan baik. Dalam hal ini, Wan Saiful Wan Jan juga pernah menyuarakan kritikan yang hampir serupa (baca di sini).

18. Berbalik pada isu Hudud yang menjadi punca polemik. Ahli dan pemimpin PAS perlu memahami bagaimana pakar-pakar propaganda atau spin doctor dalam media-media parti lawan beroperasi.

19. Seharusnya parti yang menentukan corak pemberitaan di media dan bukannya media menentukan perjalanan sesebuah parti.

20. PAS perlukan jentera penerangan yang cekap.

21. Lebih penting, PAS juga perlukan kepimpinan parti khususnya Presiden Ustaz Hadi Awang yang lebih dominan!

2 thoughts on “Polemik Hudud Dr Dzulkefly Ahmad dan Ustaz Zaharuddin Muhammad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s