Analisis Keputusan Pilihanraya Kampus 2001 – 2012

(Dikemaskini dari versi asal 23 Februari 2011)

1. Pada era pasca-Reformasi ’98 iaitu selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, masyarakat kampus secara mutlak menolak front-front mahasiswa yang pro-Barisan Nasional dan memilih front-front anti-establishment. Ada juga kampus yang dimenangi tanpa bertanding kerana front-front utama melakukan persefahaman politik (tahalluf siyasi) sesama sendiri.

2. Pada ketika itu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan para menteri gusar untuk turun ke kampus kerana takut diboo dan dimalukan. Kebangkitan front-front yang dilabelkan pro-pembangkang menyebabkan pemimpin Umno/BN tidak senang duduk. Mereka perlu melakukan sesuatu.

3. Hasilnya, grand design dilakar dengan penuh cermat. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diwujudkan pada 27 Mac 2004 bagi kononnya untuk memberikan tumpuan kepada hal ehwal pengajian tinggi, sebaliknya meningkatkan campur tangan parti politik dal hal ehwal kampus. Sebelum itu, Kementerian Pelajaran menaungi Jabatan Pengajian Tinggi.

4. Beberapa wakil Pemuda Umno dan Puteri Umno bergabung tenaga untuk mencari jalan memenangkan front pro-BN. Front pro-kerajaan dijenamakan sebagai Aspirasi menggambarkan mereka sebagai kelompok yang mendokong aspirasi kerajaan Umno/Barisan Nasional. Naib Canselor yang neutral dan tidak bersedia menurut perintah Umno ditukarkan satu persatu. Di UM, Datuk Dr Annuar Zaini Mohd Zain ditamatkan dan digantikan dengan Datuk Hashim Yaacob. TNC HEP dilantik dari kalangan ahli akademik yang terlibat aktif dengan Umno/Alumni Kelab Umno Luar Negara. Antaranya Datuk Dr Razali Agus dan Datuk Dr Azarae Idris (gambar).

5. Calon Aspirasi dilatih dan ditaja secara bersepadu di semua kampus. Minggu orientasi pelajar baru diisi dengan proses indoktrinasasi agar membenci front-front yang dilabelkan pro-pembangkang. GAMIS, SMM dan PMI dipotretkan seperti kumpulan pengganas yang menakutkan. Pilihanraya jawatankuasa tindakan kolej (JTK) dimansuhkan dan digantikan dengan perlantikan terus. Pelajar yang tidak menyokong Aspirasi diugut, disabotaj dan dibuang dari kolej kediaman. Proses pengundian dijalankan di kolej kediaman. Pengetua kolej kediaman dilantik dari kalangan penyokong tegar Umno. Berbagai-bagai lagi tindakan zalim dilakukan.

6. Kerana tekanan melampau, beberapa buah kampus akhirnya berjaya dirampas oleh Aspirasi satu persatu.

7. Pada PRK sesi 2001/02front anti-establishment menguasai UM (36 – 12), UKM (30 – 2), UPM (36 – 3), UIAM (28 – 6), UTM(32 – 13), USM (21 – 16). Front Aspirasi pula menguasai UiTM (34 – 2), UPSI (9 – 8), UUM (27 – 0), UNIMAS (11 – 0), UMS (23 – 0), KUIM (11 – 0), KUITTHO (21 – 0). Daripada 13 kampus, front anti-establishment menguasai 6 kampus manakala Aspirasi menguasai 7 kampus. Kampus-kampus utama masih milik Pro Mahasiswa.

8. Pada PRK sesi 2002/03front anti-establishment menguasai UM (34 – 5), UKM (23 – 9), UPM (31 – 14), UIAM (19 – 10), UPSI (13 – 11), USM (21 – 16). Front Aspirasi pula menguasai UiTM (36 – 0), UTM (27 – 15), UUM (20 – 7), UNIMAS (11 – 0), UMS (32 – 0), KUIM (8 – 3), KUITTHO (21-0), KUTKM (22 – 0) dan KUSTEM (12 – 3). Daripada 15 kampus, front anti-establishment menguasai 6 kampus manakala Aspirasi menguasai 9 kampus. Kampus-kampus utama masih milik front anti-establishment.

9. Pada PRK sesi 2003/04, front anti-establishment hanya berjaya menguasai UM (26 – 13) dan UIAM (21 – 1). Front Aspirasi berjaya merampas kampus-kampus utama yang lain seperti UKM (23 – 9), UPM (31 – 14), UTM (23 – 22), USM (20 – 19), UPSI (14 – 0). Di kampus-kampus yang lain, Aspirasi hampir membolot kesemua kerusi yang dipertandingkan. Daripada 16 kampus, front anti-establishment hanya menguasai 2 kampus sahaja.

10. Pada PRK sesi 2004/05, kampus UM akhirnya berjaya dirampas oleh Aspirasi kerana Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya/Gagasan (nama lama bagi Pro Mahasiswa UM) memboikot PRK dengan tidak menghantar calon. Kesemua kampus dikuasai oleh aspirasi melainkan UIAM dan UPSI. Pada sesi ini, front anti-establishment hanya tewas tipis di kampus USM (18 – 19) dan UTM (20 – 25). Seorang perwakilan Umno dalam AGMnya mendesak agar kerajaan melakukan sesuatu bagi merampas kembali UPSI dan UIAM.

11. Pada PRK sesi 2005/06, Aspirasi menang mutlak di semua kampus kerana WUFI UIAM (nama lama bagi front anti-establishment UIAM) juga turut memboikot PRK. Aspirasi membolot kesemua kerusi yang dipertandingkan melainkan 2 kerusi di UM, 5 di UKM dan 2 di UNIMAS.

12. Pada PRK sesi 2006/07, Aspirasi masih menang di semua kampus kecuali UIAM.

13. Pada PRK sesi 2007/08, nama Pro Mahasiswa mula digunakan di Universiti Malaya. Walaupun gagal merampas MPMUM, kerusi-kerusi yang dimenangi meningkat iaitu pertama kali memenangi kerusi Umum (2 kerusi) selepas gagal selama 3 tahun. Begitu juga dengan kampus lain. UIAM masih milik Pro Mahasiswa di sana (WUFI).

14. PRK tidak diadakan pada tahun 2008 sebaliknya dianjakkan ke tahun 2009. Ia dikaitkan dengan kesan ‘Tsunami Politik’ yang melanda Umno/Barisan Nasional.

15. Pada PRK sesi 2009/10, Pro Mahasiswa UM berjaya merampas MPMUM dengan kemenangan tipis (21 – 20) hasil sokongan dua ahli MPM bebas dari Fakulti Undang-Undang. Pada sesi ini semua kampus masih dikuasai Aspirasi melainkan UM dan UIAM.

16. Pada PRK sesi 2010/11, Aspirasi berjaya merampas MPMUM juga dengan kemenangan tipis (21 – 20). Aspirasi mendapat kelebihan daripada kerusi fakulti walaupun Aspirasi hanya memenangi satu daripada 9 kerusi Umum. UIAM masih satu-satunya milik Pro Mahasiswa.

17. Pada PRK sesi 2011/12, Pro Mahasiswa memecah dekad gelap apabila kembali menguasai UM, UKM, USIM, UPSI,UMK dan UMS . Manakala Aspirasi masih menguasai USM, UPM dan UiTM dan kampus-kampus baru yang lain.

18. Terbaru dalam PRK sesi 2012/13, Pro Mahasiswa mempertahankan kampus UM (Pro M 20, Bebas 2, Gerak 19 dan 2 kerusi seri) dan UKM (GMUKM 19, Aspirasi 8 dan Bebas 1) manakala UIAM terpaksa menjalankan pengundian semula akibat kegagalan sistem E-Voting. Kampus-kampus lain masih dikuasai oleh Aspirasi. Senario ini dikaitkan dengan Ops 20/20 yang kini sedang hangat diperkatakan.

19. Sokongan terhadap front anti-establishment di kampus-kampus utama seperti UM dan UKM ini sudah tentu menakutkan pimpinan Umno/Barisan Nasional kerana kampus utama menggambarkan mood rakyat Malaysia secara keseluruhan lebih-lebih lagi komposisi mahasiswa UM yang mirip komposisi rakyat Malaysia. Mereka pasti tidak berdiam diri kerana bagi mereka, Pro Mahasiswa tetap pro-Pakatan Rakyat walaupun hakikatnya tidak.

20. Kemenangan Pro Mahasiswa bukanlah kemenangan Pakatan Rakyat tetapi ia tetap suatu kekalahan buat Barisan Nasional.

21. Selamat maju jaya Pro Mahasiswa!

Nota
1. Pro Mahasiswa adalah nama bagi front anti-establishment yang digunakan mulai sesi 2007/08. Pro Mahasiswa UKM menggunakan nama Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) manakala Aspirasi UM menggunakan nama Pengerak Mahasiswa. Nama Aspirasi pula digunakan mulai sesi 2003/04. Sebelum ini, nama front adalah berbeza mengikut kampus.

23 thoughts on “Analisis Keputusan Pilihanraya Kampus 2001 – 2012

  1. salam bang..sekadar pembetulan fakta,UIAM dah menggunakan e voting sejak tahun 2004.cuma tahun ni je br timbul masalah.terima kasih🙂

  2. Sdra Hasbie, Terima kasih di atas analisa yang begitu comprehensif.
    Dari analisis di atas, Kerajaan perlu mengambil satu iktibar, iaitu tidak boleh memandang ringan perlantikan Chanselor/Rektor, dan naib-naib Chancelor/Rektor universiti-universiti, kerena mereka akan mempengaruhi para dekan, ketua jabatan, dan pensyarah-pensyarah. Peranan para pensyarah amat besar, kerana merekalah menjadi ‘ibubapa’ pelajar di kampus.

    UUM dan UiTM diketahui umum mempunyai Chancelor/naib-chancelor yang amat ketara penyokong UMNO/BN. Ini mempengaruhi PRK di universiti-universiti tersebut, yang menunjukkan sokongan kuat para pelajar kepada calun pro-aspirasi sejak bertahun-tahun. Ini berbeza dengan UIAM di mana kebanyakan pensyarahnya dipercayai lebih mirip kepada anti-establishment, dengan ramai dari mereka telah dilantik sejak zaman Anwar Ibrahim.

    Tahnish kepada KPT/UMNO kerana telah berjaya mengubah wajah politik di IPTA, walaupun di sebahagian muka masih ada jerawat dan panau….Perlu berusaha secara lebih tersusun dan gigih supaya wajah boleh ‘transform’ menjadi CUN…

  3. saya rsa uitm x pernah ada aspirasi atau pro mahasiswa.. msing2 bertnding diatas tiket individu.. sesetgh universiti juga begitu.. tpi saya pro mahsiswa mmg x boleh nk hidup sgt di uitm.. lihat saja reaksi mereka bila ada yg hendak beri ceramah di uitm shah alam mac 2013 yg lalu.. kami diajar utk mempertahankan benteng terakhr org melayu…uitm,, tpi syok juga kalau ada dua2.. dpt perkembgkan idea.. bersaing secara sihat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s