Bagaimana krisis matawang berlaku?

zimbabwe_money

1. Ada yang bertanya bagaimana krisis matawang 1997 boleh melanda Malaysia. Bagaimana Ringgit boleh jatuh merudum dan bagaimana ekonomi menjadi meleset.

2. Perkara asas yang perlu difahami adalah, turun naik nilai matawang kita berbanding matawang asing (katakan Dollar US) bergantung pada perdagangan antara negara kita dengan negara tersebut.

3. Untuk membeli barang kita, US perlu terlebih dahulu menukarkan USD dengan Ringgit. Begitu juga sebaliknya jika kita ingin membeli barangan US.

4. Kalau perdagangan kita surplus (lebihan) iaitu nilai eksport kita ke US lebih tinggi berbanding nilai import barang US ke negara kita, maka nilai Ringgit kita akan lebih mengukuh berbanding USD kerana permintaan Ringgit lebih tinggi berbanding penawaran Ringgit. Nilai Ringgit akan naik.

5. Pedagang watawang juga akan membeli Ringgit pada masa itu kerana meramalkan Ringgit akan terus meningkat pada masa akan datang. Jadi, mereka mahu buat untung mudah dengan cara sebegitu.

6. Sebagaimana anak dara yang cantik menawan, kalau dia letak nilai hantaran RM25 ribu pun tetap ada yang sudi masuk meminang. Tapi kalau ada spekulasi buruk misalnya tukang nujum bagitahu bahawa anak gadis itu tidak lagi dara, ataupun ada penyakit sawan dan saka yang bakal diwariskan pada anaknya nanti, maka nilai si gadis itu akan merosot dengan teruk. Letak nilai RM2 ribu pun belum tentu ada yang berkenan.

7. Begitulah yang berlaku pada Ringgit kita pada tahun 1997. Speculator matawang meramalkan Ringgit akan jatuh sebagaimana Bath Thailand. Maka, berbondong-bondonglah orang menjual semula Ringgit sehingga jumlah Ringgit di pasaran meningkat dengan mendadak. Apabila jumlah banyak, nilainya akan jatuh kerana Ringgit semakin tak laku.

8. Kejatuhan Ringgit menyebabkan barangan kita dijual dengan harga yang murah kepada negara asing. Para pelabur asing mula meninggalkan Malaysia kerana perusahaan mereka tidak lagi menguntungkan. Kilang ditutup dan ramai kehilangan kerja. Pengangguran meningkat dan kuasa beli rakyat jatuh merudum.

9. Inilah yang dinamakan kemelesetan ekonomi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s