11 soalan untuk ISMA

ISMA secara tiba-tiba mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya. Di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, hasrat ISMA itu tidak boleh dihalang sebagaimana nenek Maimun Yusuf yang dibenarkan menjadi calon bagi parlimen Kuala Terengganu pada tahun 2008 dahulu.

Walaubagaimanapun, sebagai sebuah NGO yang mendakwa diri mereka jemaah Islam yang mirip Ikhwanul Muslimin di Mesir, beberapa pokok persoalan perlu dijawab agar rakyat tidak terus terkeliru dengan beberapa kenyataan dan tindakan mereka mutakhir ini yang agak memeningkan.

44330_417751214972690_70156924_n

1. Melayu sepakat, Islam Berdaulat

Slogan yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden ISMA Haji Aminuddin Yahaya dan dipersetujui oleh pimpinan ISMA ini secara jelas memberi jaminan bahawa Islam di Malaysia akan berdaulat jika kaum Melayu sepakat.

Persoalannya, bagaimana dengan tahun 1974 – 1978 apabila dua parti Melayu terbesar iaitu PAS dan Umno bergabung, adakah kedudukan Islam pada waktu itu lebih baik?

Jika Islam eksklusif untuk orang Melayu, bagaimana pula dengan Cina Muslim, India Muslim dan kaum-kaum lain beragama Islam di Malaysia? Adakah Melayu Islam lebih mulia berbanding Muslim dari kaum lain?

2. PAS sepakat dengan Umno

ISMA konsisten mendesak agar PAS bersatu dan bersepakat dengan Umno kononnya untuk kedaulatan Islam. Malangnya, kewujudan ISMA adalah hasil kegagalan peristiwa ‘indimaj’ iaitu penggabungan tanpa penyertaan ahli antara tanzim Abu Urwah dan tanzim Ustaz Dahlan pada tahun 1995. Ini diakui sendiri oleh Ustaz Abdullah Zaik. Wajarkah satu pihak yang gagal dalam bersepakat tiba-tiba mengajar orang lain untuk bersepakat?

Telah wujud pelbagai jemaah yang memperjuangkan Islam di Malaysia. PAS, ABIM dan IKRAM. Jika benar ISMA memperjuangan kesepakatan Melayu Islam, mengapa diwujudkan lagi jemaah baru? Tidakkah lebih baik sertai dan kuatkan jemaah sedia ada?

3. Amanat Haji Hadi vs Amanat Dr Mahathir

Pada 4 Januari 2013, Presiden ISMA meminta agar Presiden PAS menarik balik ‘amanat Haji Hadi’ yang dibuat pada tahun 7 April 1981 di Banggol Peradong dengan alasan bahawa amanat itu telah menyebabkan perpecahan orang Melayu.

Persoalannya mengapa ISMA tidak mendesak Dr Mahathir supaya menarik balik kenyataan-kenyataan beliau yang memperlekehkan Hudud, menghina janggut Nabi Muhammad, menghina syariat Islam dan pelbagai lagi kenyataan yang dibuat sewaktu menjadi Perdana Menteri?

Adakah kenyataan Ustaz Hadi yang pada tahun 1981 hanya seorang AJK Pas Pusat (bukan ADUN, MP mahupun MB) lebih berpengaruh dan berbahaya berbanding kenyataan seorang Perdana Menteri yang juga presiden sebuah parti Melayu terbesar di Malaysia. Dr Mahathir memiliki akses pada segala bagai media arus perdana.

Juga mengapa perlu mengambil masa selama  32 tahun untuk mengkaji ke’sesat’an amanat tersebut?

4. Penglibatan dalam pilihanraya

Pada awal-awal penubuhan ISMA, salah satu modal yang digunakan untuk mengkritik jemaah PAS adalah kerana PAS terlibat dengan politik dan politik bagi ISMA adalah kotor.

Mengapa kini berubah? Adakan ISMA mengamalkan politik lidang bercabang?

5. Bertanding di Kapar

Sebelum ini, ISMA menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi oleh calon bukan Islam samada belah BN atau PR. Salah satu yang menjadi tumpuan adalah Parlimen Kapar yang sebelum ini melibatkan calon India dari PKR (S. Manikavasagam) dan calon India dari MIC (P. Komala Dewi).

Hujah ISMA, calon Melayu mesti bertanding di kerusi majoriti Melayu. Tetapi apabila Datuk Abdul Rahman Palil (Ketua Umno Kapar) menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi parlimen Kapar, tiba-tiba ISMA melalui ketua biro politiknya membuat kenyataan terbuka memohon agar Rahman tidak meneruskan hasrat bertanding di Kapar sekaligus memberikan peluang kepada ISMA.

Mengapa begitu? Bukankah Rahman Palil adalah calon Melayu? Jika Rahman Palil bertanding, ISMA sepatutnya membatalkan hasrat. Ataupun keperluan wakil rakyat Melayu hanya alasan semata-mata?

6. Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah

Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Hazizi Abdul Rahman menyelar Lim Kit Siang kerana ingin bertanding di Gelang Patah, Johor dengan alasan bahawa Lim Kit Siang mempunyai agenda tertentu.

Persoalannya apa agenda tertentu yang ISMA maksudkan? Adakah agenda tertentu itu adalah untuk memenangi kerusi sekaligus membentuk kerajaan pusat? Jika itu agendanya, bukankan semua maklum agenda DAP sejak ditubuhkan adalah menang pilihanraya dan menjadi kerajaan? Mana ada parti politik atau individu bertanding tanpa agenda?

7. Larangan menjadikan  orang bukan Islam sebagai pemimpin

ISMA juga menggunakan beberapa ayat Al Quran misalnya ayat 144 surah An Nisa, ayat 23 surah At Taubah dan ayat 51 surah Al Maidah sebagai alasan bahawa tidak boleh menjadikan orang bukan Islam sebagai pemimpin.

Persoalannya, bagaimana dengan ahli-ahli ISMA yang berkerja di tempat-tempat yang dipimpin oleh bos bukan Islam. Atau paling mudah, ahli ISMA yang bertugas sebagai doktor, ahli farmasi atau jururawat di hospital kerajaan? Bukankan pemimpin mereka iaitu Menteri Kesihatan Dato’ Sri Liow Tiong Lai adalah seorang bukan Islam?

Bagaimana juga dengan 11 menteri bukan Islam dalam kabinet?

8. Calon Muslim vs calon non Muslim

Di Melaka pada tahun 1994, ada seorang gadis bawah umur dirogol. Yang merogol gadis itu adalah seorang wakil rakyat Melayu beragama Islam. Manakala yang membela gadis itu adalah seorang wakil wakyat Cina beragama Buddha.

Jika kedua-dua wakil rakyat tersebut kembali bertanding dalam pilihanraya, siapakah yang akan diundi oleh ahli dan pendokong ISMA? (Dengan andaian ISMA atau mana-mana individu bebas tidak sempat menampilkan calon Melayu berwibawa kerana tempoh penamaan calon hanya sejam dan mereka tidak menjangka kedua-dua calon tersebut ditampilkan pihak PR dan BN).

9. Kuasa politik orang Melayu

ISMA menyatakan bahawa kuasa politik orang Melayu pasca PRU12 semakin merosot. Apa kriteria yang digunakan? Bukankan jumlah ahli parlimen Melayu meningkat daripada 123 orang dalam PRU11 kepada 130 orang dalam PRU12?

Hanya ahli parlimen Umno yang merosot daripada 108 orang kepada 77 orang.

Bukankan jumlah MB atau Ketua Menteri Melayu juga kekal? Lim Guan Eng yang menjadi KM Pulau Pinang hanya menggantikan Koh Tsu Koon, juga bukan Melayu.

10. Perjuangan menegakkan Hudud

ISMA mengkritik PAS bahawa PAS sudah mula meminggirkan agenda Hudud. Jika begitu apa usaha ISMA dalam menegakkan Hudud? Sedarkan ISMA, bahawa Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah digubal dan diluluskan di DUN Kelantan pada tahun 1993 dan DUN Terengganu pada tahun 2003 di bawah pemerintahaan PAS?

Mana blueprint Hudud milik ISMA?

11. Hubungan intim dengan Umno

Apa hubungan ISMA dengan setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail yang diketahui orang kuat PM dalam mengatur pelan strategik mendapatkan sokongan NGO Islam? Apa yang dibincangkan dalam pertemuan di bilik mesyuarat Yayasan Tun Razak.

Benarkah ISMA tidak mendapat dana dari Umno ataupun agensi kerajaan di bawah kerajaan Umno bagi tujuan program berunsurkan politik?

36 thoughts on “11 soalan untuk ISMA

  1. Penulisan yang baik, terperinci dan kemas. Harap ada wakil ISMA yg menjengah dan baca sepenuhnya. ps:admin, minta letak button share supaya pelawat mudah Share artikel ke FB, Twitter dll.

  2. BAK SINI SAYA BOCORKAN SATU RAHSIA MENGENAI GERAKAN GANJIL ISMA

    Semua dana untuk PRU ini datangnya daripada duit poket para ahli ISMA sendiri. Ada yang menginfakkan sebulan gaji, cincin, gajet, haiwan ternakan dan pelbagai lagi. Saya juga menginfakkan APPLE iPhone 5 yang baru sahaja dibeli untuk perjuangan ISMA.

    1. @Nazmi Alhamdulillah sunduquna juyubuna.. ana husnuzon dgn soal dana PRU ISMA. Tapi 11 soalan masih belum terjawab. Tafaddhol..🙂

  3. Pimpinanan atasan isma ni nak jadi ketua saja…jadan rakan kongsi tak nak, jadi pengiku jauh sekali. Masa demo anti zionis dulunpun semua kumpulan demo kat US embassy lepas jumaat, mereka satunya demo kat turkey embassy sebelah pagi. Apa dah jadi dgn tour pehimpunan sejuta ummah?…takkan dgn beras jati pun tak boleh sepakat? Macam mana nak muafakat cam ni

  4. oo.. dana infaq ke? mohon bendahari ISMA untuk melaporkan berapa jumlah infaq yg telah diberikan oleh ahli2nya. Bukan apa, kalau takde apa2 hitam putih, nanti mudah berlaku penyelewengan. Kalau jumlah infaq ahli2 ISMA itu didapati tidak mencukupi untuk perbelanjaan PRU, maka ahli2 juga berhak untuk tahu dari mana suntikan modal tambahan itu datang?😉

    – zaman sekarang bukan mcm zaman dulu.. main cakap mulut dapat dana dari sumbangan ahli katanya, tapi tak dapat dibuktikan dengan dokumentasi.

  5. Sebahagian daripada soalan-soalan ini akan dijawab pada Muzakarah Ulamak yang akan dianjurkan oleh ISMA.

    Antara barisan ulamak yang akan dan telah dijemput ialah barisan para mufti negeri-negeri, wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Presiden IKRAM (Dr Parid Sheikh Ahmad), wakil ulama ABIM, Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS (Datuk Nik Zawawi Nik Salleh), Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat (Dr Mohd Khairuddin At Takiri) dan Ketua Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan).

    Turut yang akan dan telah dijemput ialah beberapa tokoh ulama seperti Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

    sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2013/03/kenyataan-akhbar-sidang-media-muzakarah-ulamak-berkenaan-kefarduan-undi-calon-muslim-berwibawa/

    Tentang UMNO, satu lagi wacana telah dicadangkan untuk menjawab persoalan tersebut : http://www.ismaweb.net/v4/2013/03/wacana-benarkah-isma-terima-dana-umno-akan-dianjurkan/

    tetapi ini kesudahan cadangan tersebut : http://www.ismaweb.net/v4/2013/03/editor-harakahdaily-enggan-hadir-wacana/

    1. dah ade yang terima jemputan dan setuju untuk datang. antaranya mufti. cuba baca artikel tersebut sampai habis.
      setuju dengan agenda ISMA atau tak tu lain cerita. yang penting bersama-sama semeja membincangkan maslahat ummat. itulah muzakarah yang dimaksudkan.

      1. Akhi Yusri.

        Ana tak berapa setuju dengan pembawakan ISMA dalam memberi fakta yang kurang jelas.

        Isu Muzakarah Ulamak :

        1) Sila lampirnkan ulamak yang hadir. Jangan hanya berkata jemputan telah dibuat dan sebagainya. Padahal semua ulamak ISMA.

        2) Tentang kewangan politik ISMA, Zaman Hasan al-Banna tidak sama seperti zaman kita hari ini. Ingat dengan menjawab ‘Juyubuna’ (baca: poket kami) sudah memadai. Zahirkan sekali laporan kewangan kalian.

        Dunia politik tidak sama seperti dunia NGO. sekian

  6. Tak baik tau jual nama orang….silap silap nama yang disebut tu tak tau lagipun, dah buat PC dan masuk youtiub dulu…pengelat ni namanya

  7. Soalan no 12. Hang Tuah tu Islam ke? (Kalau betul ada pun). Tahun lepas pergi program Isma ada gambar Hang Tuah kat backdrop tu, dan siap ada berkeris-keris lagi. Ingatkan Hishamuddin dan Berahim Ali je yang pandai main-main keris ni!

  8. Soalan 13. Berapa peratus kah ahli Isma berdaftar pengundi engan SPR? Berapa peratus yang boleh mrngundi PRU13. dengarnya tak sampai 20%. Nampak macam lebih ramai lagi yang berkampung lama kat mesir, australia tu.

  9. saya bukan ahli isma tapi pelik dengan sikap orang islam pas/pkr yang suka mencari-cari kesalahan orang lain. Carilah kesalahan sendiri dan cuba perbaiki diri sendiri.Gajah di depan mata tak nampak, semut diseberang laut pulak yang nampak.

    1. Siapa yang mulakan dulu ????
      Cuba tengok website Isma…siapa yang dia lebih serang

      cuba buka fb budak-budak muda (mungkin belum daftar undi pun) Isma ….siapa yang mereka tuduh pendokong LGBT, pendokong liberisme, kafir harbi dsb… mereka mahu BN-Umno terus perintah berbanding dengan pertukaran kepada PR

      saya tak percaya awak bukan ahli isma.. nama awak pun menggambarkan melayu kemudian islam

      1. la dhararar wa la dhirar. harm shall not be inflicted eventhough harm has been inflicted upon us. bukankah tu cara islam yang patut diamalkan? tak perlu lah lihat siapa mula dulu ke apa, bukan begitu cara terbaik?

    2. tak releven…statment seblum ini menjawab “saya bukan ahli isma tapi pelik dengan sikap orang islam pas/pkr yang suka mencari-cari kesalahan orang lain”..

      ….siapa yang suka mencari-cari kesalahan orang lain?…kalau nak justify puak sendiri, berpadalah

  10. kpd penulis BLOG ini jawapan dari ISMA atas setiap soalan diatas.

    JAWAPAN KPD http:// hasbiemuda.wordp ress.com/2013/ 03/23/ 1-pokok-persoala n-untuk-isma/

    1. Melayu sepakat, Islam Berdaulat

    Slogan yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden ISMA Haji Aminuddin Yahaya dan dipersetujui oleh pimpinan ISMA ini secara jelas memberi jaminan bahawa Islam di Malaysia akan berdaulat jika kaum Melayu sepakat.

    Persoalannya, bagaimana dengan tahun 1974 – 1978 apabila dua parti Melayu terbesar iaitu PAS dan Umno bergabung, adakah kedudukan Islam pada waktu itu lebih baik?

    @ JAWAPAN : APABILA DUA PARTI MELAYU-ISLAM PERNAH BERSATU, UMAT ISLAM MENJADI DOMINAN DAN BERDAULAT DI BUMI MALAYSIA. TIDAK KEDENGARAN KETIKA ITU PARTI-PARTI BUKAN-ISLAM MENENTANG PERLAKSANAAN SYARIAT ISLAM SEPERTI HARI INI SEPERTI YANG DISUARAKAN OLEH DAP DAN MCA HARI INI.

    Jika Islam eksklusif untuk orang Melayu, bagaimana pula dengan Cina Muslim, India Muslim dan kaum-kaum lain beragama Islam di Malaysia? Adakah Melayu Islam lebih mulia berbanding Muslim dari kaum lain?

    @ JAWAPAN : MELAYU SEPAKAT BUKAN BERMAKNA “ISLAM EKSKLUSIF UNTUK ORG MELAYU”. ELOK PERBETULKAN PEMAHAMAN TERHADAP SLOGAN ITU.

    2. PAS sepakat dengan Umno

    ISMA konsisten mendesak agar PAS bersatu dan bersepakat dengan Umno kononnya untuk kedaulatan Islam. Malangnya, kewujudan ISMA adalah hasil kegagalan peristiwa ‘indimaj’ iaitu penggabungan tanpa penyertaan ahli antara tanzim Abu Urwah dan tanzim Ustaz Dahlan pada tahun 1995. Ini diakui sendiri oleh Ustaz Abdullah Zaik. Wajarkah satu pihak yang gagal dalam bersepakat tiba-tiba mengajar orang lain untuk bersepakat?

    @ JAWAPAN : PENUBUHAN ISMA TAHUN 1997 ADALAH HASIL KESEPAKATAN BERSAMA PENCINTA-PENCIN TA ISLAM, BUKAN “HASIL KEGAGALAN PERISTIWA-PERIS TIWA BERBAGAI YG BANYAK BERLAKU DILEWAT TAHUN-TAHUN 2000AN, 10 TAHUN SELEPASNYA.

    Telah wujud pelbagai jemaah yang memperjuangkan Islam di Malaysia. PAS, ABIM dan IKRAM. Jika benar ISMA memperjuangan kesepakatan Melayu Islam, mengapa diwujudkan lagi jemaah baru? Tidakkah lebih baik sertai dan kuatkan jemaah sedia ada?

    @ JAWAPAN : MENGAJAK KEPADA KESEPAKATAN BERMAKNA MENGAJAK KEPADA DUDUK BERBINCANG BERSAMA DAN BERSEPAKAT DALAM AGENDA-AGENDA YG AA KEPENTINGAN BERSAMA SEPERTI KEDUDUKAN ISLAM DALAM NEGARA MALAYSIA DAN NEGERI2 DIDALAMNYA, KEDUDUKAN, KESATUAN DAN KEKUATAN UMAT MELAYU-ISLAM SEBAGAI TUNGGAK DIDALAM NEGARA DSB. KESEPAKATAN BUKAN BERMAKNA MENGHALANG ORANG LAIN DARI MENYUSUN GERAK KERJA SESAMA MEREKA DALAM SUATU ORGANISASI YANG KEMAS DIDALAM IDEOLOGI YANG SAHIH YANG MEREA FAHAMI.

    3. Amanat Haji Hadi vs Amanat Dr Mahathir

    Pada 4 Januari 2013, Presiden ISMA meminta agar Presiden PAS menarik balik ‘amanat Haji Hadi’ yang dibuat pada tahun 7 April 1981 di Banggol Peradong dengan alasan bahawa amanat itu telah menyebabkan perpecahan orang Melayu.

    Persoalannya mengapa ISMA tidak mendesak Dr Mahathir supaya menarik balik kenyataan-kenya taan beliau yang memperlekehkan Hudud, menghina janggut Nabi Muhammad, menghina syariat Islam dan pelbagai lagi kenyataan yang dibuat sewaktu menjadi Perdana Menteri?

    Adakah kenyataan Ustaz Hadi yang pada tahun 1981 hanya seorang AJK Pas Pusat (bukan ADUN, MP mahupun MB) lebih berpengaruh dan berbahaya berbanding kenyataan seorang Perdana Menteri yang juga presiden sebuah parti Melayu terbesar di Malaysia. Dr Mahathir memiliki akses pada segala bagai media arus perdana.

    @ JAWAPAN : ISMA MENASIHAT KESEMUA PIHAK TANPA KECUALI DEMI MASLAHAT UMAT ISLAM.

    KENYATAAN-KENYA TAAN HAJI HADI DAN DR MAHATHIR TAHUN-TAHUN 1980AN (KETIKA ITU ISMA BELUM LAHIR) ATAU SEAKANNYA SEPERTI DIATAS SUDAH TIDAK KEDENGARAN HARI INI. MASYARAKAT HARI INI LEBIH PEKA ISLAM BERBANDING DULU.

    ADAPUN MENGENAI PRESIDEN ISMA MEMINTA PRESIDEN PAS MENARIK BALIK “AMANAT TERSEBUT” (HAKIKATNYA IA ISI CERAMAH) ADALAH SEMPENA PIHAK AKHBAR MEMBANGKITKAN ISU TERSEBUT AWAL TAHUN INI.

    SEBILANGAN PEMUKA PAS MENDAKWA BEBERAPA ORANG DALANG YANG TELAH KELUAR PAS YANG TERUS TERANG MENGKAFIRKAN ORG2 ISLAM/UMNO LALU MENYEMARAKKAN API TUDUH MENUDUH DALAM MASYARAKAT ISLAM.

    HAKIKATNYA ISU KAFIR MENGKAFIR MASIH ADA DIKALANGAN SEGELINTIR MASYARAKAT KITA KHUSUSNYA DIBEBERAPA NEGERI DAN SEMAKIN KURANG KETARA. ISMA PERCAYA DENGAN PENARIKAN KEMBALI “AMANAT” TERSEBUT AKAN TERUS DAPAT MEMBENTERAS ISU KAFIR MENGKAFIR KE AKAR UMBI.

    Juga mengapa perlu mengambil masa selama 32 tahun untuk mengkaji ke’sesat’an amanat tersebut?

    @ JAWAPAN : TANPA FOKUS KPD “AMANAT” TERTENTU, ISU KAFIR MENGKAFIR TELAH JELAS KEPADA PIMPINAN ISMA SEJAK KALI PERTAMA IA TERCETUS PADA TAHUN 1981, BERDASARKAN USUL 20 IMAM HASAN AL-BANNA, “KITA TIDAK MENGKAFIRKAN SESEORANG ISLAM YG MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH MELAINKAN 5 SYARAT2 KETAT”. TIDAK BENAR MEMERLUKAN 32 TAHUN UNTUK MENGKAJI “AMANAT” TERSEBUT.

    4. Penglibatan dalam pilihanraya

    Pada awal-awal penubuhan ISMA, salah satu modal yang digunakan untuk mengkritik jemaah PAS adalah kerana PAS terlibat dengan politik dan politik bagi ISMA adalah kotor.

    Mengapa kini berubah? Adakan ISMA mengamalkan politik lidang bercabang?

    @ JAWAPAN : PADA ISMA, POLITIK ATAU SIYASAH ADAAH SEBAHAGIAN DARI ISLAM. SEBAB ITU DALAM PENGAJIAN ISLAM ADA PENGKHUSUSAN SIYASAH SYARIYYAH (POLITIK ISLAM). “POLITIC IS DIRTY” ADALAH UNGKAPAN PIHAK LAIN, BUKAN ISMA.

    BAHKAN RAMAI AHLI-AHLI ISMA SENDIRI SEBELUM PENGLIBATAN DALAM PRU13 INI TELAH TERLIBAT DALAM POLITIK DI MALAYSIA.

    BAHKAN PENGLIBATAN ISMA DALAM PRU13 TELAH MEMBERI GAMBARAN KEPADA MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA AKAN KESYUMULAN ISLAM YANG DIBAWA OLEH ISMA ITU SENDIRI SECARA TEORI DAN AMALI. INI SEBENARNYA MERUPAKAN HIKMAH YANG SANGAT BESAR, ALHAMDULILLAH.

    5. Bertanding di Kapar

    Sebelum ini, ISMA menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi oleh calon bukan Islam samada belah BN atau PR. Salah satu yang menjadi tumpuan adalah Parlimen Kapar yang sebelum ini melibatkan calon India dari PKR (S. Manikavasagam) dan calon India dari MIC (P. Komala Dewi).

    Hujah ISMA, calon Melayu mesti bertanding di kerusi majoriti Melayu. Tetapi apabila Datuk Abdul Rahman Palil (Ketua Umno Kapar) menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi parlimen Kapar, tiba-tiba ISMA melalui ketua biro politiknya membuat kenyataan terbuka memohon agar Rahman tidak meneruskan hasrat bertanding di Kapar sekaligus memberikan peluang kepada ISMA.

    Mengapa begitu? Bukankah Rahman Palil adalah calon Melayu? Jika Rahman Palil bertanding, ISMA sepatutnya membatalkan hasrat. Ataupun keperluan wakil rakyat Melayu hanya alasan semata-mata?

    @ SIAPA YG AKAN BERTANDING HANYA AKAN DIKETAHUI DI HARI PENAMAAN CALON SAHAJA. SEBELUM DARI HARI TERSEBUT, KESEMUANYA NAMA-NAMA CALON ADALAH ANDAIAN, HARAPAN, BAHKAN ADA YANG KHABAR ANGIN SEMATA-MATA.

    OLEH KERANA ITU ISMA TIDAK BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN PADA HARI INI BERDASARKAN SIAPAKAH CALON-CALON PRU13 YANG AKAN DINAMAKAN PADA HARI PENAMAAN CALON.

    DENGAN ITU ISMA MEMUTUSKAN UNTUK MENGHANTAR CALON-CALON MUSIM BERWIBAWA (CMB) BERDASARKAN REKOD PRU12 PENGGAL LALU, DAN DENGAN ANGGAPAN JUGA BAHAWA KEBANYAKAN CALON DIKEMUKAKAN BERDASARKAN KUOTA PARTI BAGI KAWASAN TERSEBUT, BUKAN BERDASARKAN CALON. CONTOH DI PARLIMEN A DIKHUSUSKAN UNTUK CALON DARI PARTI MCA, DAP ATAU MIC.

    REKOD LALU, AMALAN KEBIASAAN DAN PENGALAMAN DI KAWASAN-KAWASAN SEERTI DIATAS SUDAH CUKUP UNTUK ISMA MEMBUAT KEPUTUSAN BERTANDING TANPA TERIKAT KEPADA SEBARANG KEPUTUSAN SAAT-SAAT AKHIR LUAR JANGKA DARI PARTI-PARTI LAWAN.

    AKHIR SEKALI, YANG PALING ASASI DAN TERPENTING ADALAH KEPUTUSAN ISMA MELETAKKAN CALON ADALAH KERANA KEUNIKAN RISALAH YANG INGIN DISAMPAIKAN KEPADA PARA PENGUNDI DAN MASYARAKAT AWAM IAITU AMANAH (TIDAK KORUP), AKHLAK (TIADA MASALAH MORAL), KESETIAAN (TIDAK MENJAYAKAN AGENDA PIHAK ASING), KESEJAHTERAAN (ADIL DAN KEBAJIKAN KEPADA SEMUA BANGSA) DAN PERPADUAN (TIDAK BERSENGKETA DAN BERPATAH ARANG SEPERTI YG BANYAK KEDAPATAN HARI INI).

    6. Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah

    Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Hazizi Abdul Rahman menyelar Lim Kit Siang kerana ingin bertanding di Gelang Patah, Johor dengan alasan bahawa Lim Kit Siang mempunyai agenda tertentu.

    Persoalannya apa agenda tertentu yang ISMA maksudkan? Adakah agenda tertentu itu adalah untuk memenangi kerusi sekaligus membentuk kerajaan pusat? Jika itu agendanya, bukankan semua maklum agenda DAP sejak ditubuhkan adalah menang pilihanraya dan menjadi kerajaan? Mana ada parti politik atau individu bertanding tanpa agenda?

    @ JAWAPAN : MENANG PILIHANRAYA BUKAN SATU AGENDA. IA HANYA ALAT UTK MENCAPAI AGENDA.

    CONTOH, PADA ISMA, AGENDANYA ADALAH UNTUK MEMIMPIN DAN MEMBIMBING UMAT, NEGARA DAN DUNIA DENGAN CAHAYA DAN AJARAN ISLAM YANG SUCI. DIANTARA JALAN ATAU ALATNYA ADALAH PILIHANRAYA.

    ADAPAUN DAP, ISMA MENGKRITIK LANTANG AGENDA-AGENDANA Y YANG MENGATAKAN MALAYSIA ADALAH NEGARA SEKULAR, SEDANG PERLEMBAGAAN JELAS MENGATAAN ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN ATAU AGAMA MALAYSIA. DAP JUGA BERTEGAS HENDAK MENAMAKAN SALIB, NABI ISA, MARYAM IBU ISA DLL MAKHLUK DENGAN NAMA “ALLAH”. SEPAATUTNYA DAP TIDAK BOLEH CAMPURTANGAN DALAM URUSAN AGAMA ISLAM.

    7. Larangan menjadikan orang bukan Islam sebagai pemimpin

    ISMA juga menggunakan beberapa ayat Al Quran misalnya ayat 144 surah An Nisa, ayat 23 surah At Taubah dan ayat 51 surah Al Maidah sebagai alasan bahawa tidak boleh menjadikan orang bukan Islam sebagai pemimpin.

    Persoalannya, bagaimana dengan ahli-ahli ISMA yang berkerja di tempat-tempat yang dipimpin oleh bos bukan Islam. Atau paling mudah, ahli ISMA yang bertugas sebagai doktor, ahli farmasi atau jururawat di hospital kerajaan? Bukankan pemimpin mereka iaitu Menteri Kesihatan Dato’ Sri Liow Tiong Lai adalah seorang bukan Islam?

    Bagaimana juga dengan 11 menteri bukan Islam dalam kabinet?

    @ JAWAPAN : MEMIMPIN NEGARA DAN MENJADI AHLI PARLIMEN YANG AKAN MEMBUAT UNDANG-UNDANG SELARI DENGAN SYARIAT ISLAM SUDAH SEMESTINYA MESTI TERDIRI DARI ORANG-ORANG ISLAM, KECUALI DALAM SEBILANGAN POS YANG TIDAK SENSITIIF KERANA DARURAH, MAKA IA DIBOLEHKAN.

    ISMA MENGAJAK AHLI DAN PENGUNDI ISLAM MENGUNDI CALON MUSLIM BERWIBAWA (CMB) SEBAGAI WAKIL RAKYAT DAN PEMIMPIN. ADAPUN MAJIKAN YG DILANTIK OLEH PIHAK TERTENTU, IA ISU LAIN.

    SECARA PERIBADI, SAYA LEBIH CENDERUNG UNTUK MELANTIK SEORANG ISLAM SEBAGAI MENTERI KESIHATAN DAN POS-POS MENTERI YANG PENTING.

    8. Calon Muslim vs calon non Muslim

    Di Melaka pada tahun 1994, ada seorang gadis bawah umur dirogol. Yang merogol gadis itu adalah seorang wakil rakyat Melayu beragama Islam. Manakala yang membela gadis itu adalah seorang wakil wakyat Cina beragama Buddha.

    Jika kedua-dua wakil rakyat tersebut kembali bertanding dalam pilihanraya, siapakah yang akan diundi oleh ahli dan pendokong ISMA? (Dengan andaian ISMA atau mana-mana individu bebas tidak sempat menampilkan calon Melayu berwibawa kerana tempoh penamaan calon hanya sejam dan mereka tidak menjangka kedua-dua calon tersebut ditampilkan pihak PR dan BN).

    @ KATA SEORANG SAHABAT NABI SAW KPD SEORANG PENYOAL, “DAK HATTA YAKUN” BERMAKSUD, “NANTIKAN IA BERLAKU, BARU SAYA AKAN BERI JAWAPAN”.

    BEGITU JUGA DI KAWASAN-KAWASAN PERLIMEN DAN DUN YANG DIPERTANDINGKAN DALAM PRU13 NANTI. KRITERIANYA ADALAH SIAPAKAH CALON YANG LEBIH HAMPIR KEPADA CIRI-CIRI “CALON MUSLIM BERWIBAWA (CMB)”.

    9. Kuasa politik orang Melayu

    ISMA menyatakan bahawa kuasa politik orang Melayu pasca PRU12 semakin merosot. Apa kriteria yang digunakan? Bukankan jumlah ahli parlimen Melayu meningkat daripada 123 orang dalam PRU11 kepada 130 orang dalam PRU12?

    Hanya ahli parlimen Umno yang merosot daripada 108 orang kepada 77 orang.

    Bukankan jumlah MB atau Ketua Menteri Melayu juga kekal? Lim Guan Eng yang menjadi KM Pulau Pinang hanya menggantikan Koh Tsu Koon, juga bukan Melayu.

    @ JAWAPAN :
    ISMA MENYAMBUT BAIK JIKA BILANGAN KERUSI WAKIL-WAKIL RAKYAT MELAYU-ISLAM BERTAMBAH DARI MASA KESEMASA.

    TETAPI DALAM MASA YANG SAMA ISMA SENTIASA MENGINGATKAN AGAR KUASA TAWAR MENAWAR POLITIK UMAT ISLAM SENTIASA BERTAMBAH DAN TIDAK MEROSOT. KUASA TAWAR MENAWAR INI MERUDUM DENGAN TERUK APABILA PARTI-PARTI BUKAN-ISLAM BOLEH BERSEPAKAT DALAM ISU PENDIDIKAN CINA, ISU PENOLAKAN SYARIAT ISLAM DI MALAYSIA DLL CONTOHNYA, SEDANGKAN DALAM MASA YANG SAMA PARTI-PARTI MELAYU-ISLAM LANGSUNG TIDAK DAPAT BERSEPAKAT DALAM MANA-MANA ISU KEPENTINGAN BERSAMA. KEMUNCAKNYA MEREKA TIDAK DAPAT BERSATU DALAM ISU TUNTUTAN BUKAN-ISLAM NAK GUNA NAMA TUHAN YANG MEREKA ORG ISLAM SENDIRI SEMBAH.

    10. Perjuangan menegakkan Hudud

    ISMA mengkritik PAS bahawa PAS sudah mula meminggirkan agenda Hudud. Jika begitu apa usaha ISMA dalam menegakkan Hudud? Sedarkan ISMA, bahawa Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah digubal dan diluluskan di DUN Kelantan pada tahun 1993 dan DUN Terengganu pada tahun 2003 di bawah pemerintahaan PAS?

    Mana blueprint Hudud milik ISMA?

    @ JAWAPAN : ISMA MELIHAT PENEGAKKAN ISLAM ADALAH JAUH LEBIH LUAS DAN MENYELURUH BERBANDING ISU HUDUD. ISLAM BERSIFAT MENDIDIK DAN MEMBINA JIWA, AKHLAK, UMAT DAN NEGARA SEBELUM IANYA ADALAH DENDA DAN HUKUMAN. ISMA MAHUKAN UMAT INI MENJADI CONTOH DAN KUAT, LALU DAPAT MEMIMPIN DAN MEMBIMBING UMAT-UMAT LAIN, DAN BUKAN UMAT BERPENYAKIT, BERPECAH DAN LEMAH LALU DIHUKUM DAN DIDENDA.

    SEBAGAI SEBUAH JEMAAH DAKWAH, ISMA MENGAJAK SEMUA PARTI-PARTI MELAYU-ISLAM AGAR DAPAT DUDUK BERSEPAKAT DALAM AGENDA-AGENDA ISLAM YANG PENTING. DALAM MASA YANG SAMA TIDAK BERKOMPROMI TERHADAP MANA-MANA USAHA YANG BOLEH MELEMAHKAN UMAT INI.

    11. Hubungan intim dengan Umno

    Apa hubungan ISMA dengan setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail yang diketahui orang kuat PM dalam mengatur pelan strategik mendapatkan sokongan NGO Islam? Apa yang dibincangkan dalam pertemuan di bilik mesyuarat Yayasan Tun Razak.

    Benarkah ISMA tidak mendapat dana dari Umno ataupun agensi kerajaan di bawah kerajaan Umno bagi tujuan program berunsurkan politik?

    @ JAWAPAN : SEBAGAI NGO ISLAM YANG NON-PARTISAN, ISMA BERTEMU DENGAN BERBAGAI BADAN DAN PARTI DI MALAYSIA DI MANA-MANA KESEMPATAN TERMASUK UMNO, PAS, PKR, BERJASA DLL. DALAM USAHA MENGAJAK KEARAH KESEPAKATAN DAN PERPADUAN DIKALANGAN BADAN-BADAN ISLAM, ISMA MEMILIH UNTUK TIDAK MELEBELKAN MANA-MANA PIHAK SEBAGAI MUSUH ATAU SETERU POLITIK.

    ADAPUN MENGENAI PENGLIBATAN DALAM PRU13, IA ADALAH KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ISMA PADA 26JANUARI2013, DAN BUKAN ATAS TAJAAN, PELAN STRATEGIK PIHAK-PIHAK TERTENTU ATAU LAIN-LAIN SEBAB YANG DISYAK WASANGKA OLEH ORANG. ISMA MENGAJAK SEMUA PIHAK KEPADA FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD, WAHAI ORG2 BERIMAN, JAUHI BANYAK BERSANGKA-SANGK A. SUNGGUH SEBAHAGIAN SANGKAAN ITU ADALAH DOSA..” (AL-HUJURAAT).

    JZKK

    US. ABD HALIM ABDULLAH
    UNIT PENERANGAN
    BIRO POLITIK ISMA PUSAT
    IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

    1. Mohon maaf
      Isu 3. Amanat Haji Hadi vs Amanat Dr Mahathir

      Kalau benar itu jawapan Isma, mohon satu pertanyaan:

      Kenyataan Dr Mahathir juga sering dijadikan isu di Harakah mengenai beliau yang memperlekehkan hukum Hudud dsb. Oleh itu, bukankah secara adil Isma juga perlu mendesak Dr Mahathir secara terang-terangan menarik balik kata-kata beliau kerana tersebar dan dimanipulasikan oleh ahli-ahli PAS di akhbar rasmi mereka?

      Saya cuma rasa agak lucu kerana alasan tersebar dan dimainkan di akhbar digunakan oleh Isma tentang perkara ini. Sekiranya selepas ini semua kata2 manusia dari tahun-tahun yang sudah digunakan dan dimanipulasikan oleh akhbar (agen propaganda), maka Isma perlu berkeras menyuruh semuanya menarik balik kata-kata yang lain?
      Ini adalah lucu.

  11. “Antara barisan ulamak yang akan dan telah dijemput ialah barisan para mufti negeri-negeri, wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Presiden IKRAM (Dr Parid Sheikh Ahmad), wakil ulama ABIM, Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS (Datuk Nik Zawawi Nik Salleh), Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat (Dr Mohd Khairuddin At Takiri) dan Ketua Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan)…..”

    typical cara kerja Isma…. belum jemput dah announce dalam FC….bila yang dijemput tak datang nanti (apa sebab mereka nak datang pun, nak justify agenda isma? ), nanti akan buat statmentlah “kita dah jemput, mereka yang tak nak bermuafakat..)… taktik lama, Boooo!

  12. Knp agenda Isma spt berbelit2, atau spt kata pepatah.. Ckp tak serupa bikin, konon inginkan umat islam negara kembali bersepakat.. Tapi isma tak sedar byk tindak tanduk kamu semakin memecah belahkan ummah.

  13. Bismillahirrahmanirrahim

    Ya Allah ya tuhanku! Satukanlah hati-hati kami dalam berusaha menegakkan agamamu, walaupun kami daripada kelompok yang berbeza-beza, walaupun kami menggunakan pendekatan yang berbeza-beza. Buangkanlah hasad dan dengki yang sudah lama atau baharu bersarang di hati-hati kami. Lemparkanlah perasaan husnuzzon ke dalam hati-hati kami atas saudara sesama islam kami. Sesungguhnya, kami hanyalah manusia yang punya segala kekurangan dan kealpaan seorang hamba. Matlamat kami hanyalah satu, kami memohon agar islam tertegak kukuh di duniamu!

    Amin ya rabbal alamin. wasallahllahu ala sayyidina muhammad waala aalihi wasahbihi wabarik wasallim, walhamdulillahirabbil alamin…

  14. As salam, maaf mencelah untuk 11 soalan yg dikemukakan di atas, terdapat pelbagai perkara yg ditujukan terhadap isma contohnya asal penubuhan ISMA dan perkara-perkara yg ISMA ketengahkan, mohon jasa baik sila senaraikan bukti2 kukuh yg mmbenarkan bahawa ISMA telah melakukan sedemikian…terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s