Kejatuhan Mata Wang 1997 (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad)

Tulisan ini adalah salah satu bab dalam memoir Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu ‘Doktor Umum’. Saya fikir tulisan ini sangat baik untuk didiskusikan samada dalam usrah ataupun wacana terbuka. Ia membincangkan secara asas bagaimana krisis matawang berlaku dan bagaimana untuk mengatasinya. – Admin

KEJATUHAN MATA WANG 1997

Pada Mei tahun itu (1997), saya mengambil keputusan untuk bercuti selama dua bulan dan menyerahkan tanggungjawab kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pemangku Perdana Menteri. Saya menganggap ini sebagai satu peluang baik untuk memerhati bagaimana beliau menjalankan tugas kerana saya sudah pun berfikir untuk bersara pada tahun berikutnya. Saya mahu pastikan yang apabila Anwar mengambil alih, beliau mampu mentadbir negara dengan baik.

Ketika berada di Bledisloe dalam daerah Cotswolds, England, saya menerima berita mengenai serangan ke atas baht Thailand oleh peniaga mata wang. Apa yang berlaku adalah ahli perniagaan Thai telah meminjam sejumlah besar mata wang asing pada kadar faedah yang rendah berbanding pinjaman dalam mata wang baht.

Mereka boleh membuat keuntungan segera daripada perbezaan dua kadar faedah itu dengan syarat nilai baht stabil. Peniaga mata wang antarabangsa adalah orang yang mencari keuntungan dengan memerhati dan mengambil kesempatan daripada ketidakwajaran dan kelemahan seperti yang berlaku di Thailand ketika itu. Ia diibarat pucuk dicita ulam mendatang kepada kegiatan mereka.

Mereka menyebarkan berita kononnya nilai baht terlalu tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara itu mustahil dapat dipertahankan. Mereka kemudian menjual sejumlah besar baht menyebabkan nilainya merosot berbanding dolar Amerika. Kejatuhan nilai baht menyebabkan orang Thai yang meminjam dolar menghadapi kesulitan.

Continue reading “Kejatuhan Mata Wang 1997 (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad)”

Advertisements

Bagaimana krisis matawang berlaku?

zimbabwe_money

1. Ada yang bertanya bagaimana krisis matawang 1997 boleh melanda Malaysia. Bagaimana Ringgit boleh jatuh merudum dan bagaimana ekonomi menjadi meleset.

2. Perkara asas yang perlu difahami adalah, turun naik nilai matawang kita berbanding matawang asing (katakan Dollar US) bergantung pada perdagangan antara negara kita dengan negara tersebut.

3. Untuk membeli barang kita, US perlu terlebih dahulu menukarkan USD dengan Ringgit. Begitu juga sebaliknya jika kita ingin membeli barangan US.

Continue reading “Bagaimana krisis matawang berlaku?”

Skandal wang asing BNM 1992 – 93

Oleh: Dr Rosli Yaakob (Pakar Ekonomi PAS)

Pada hari Rabu, 30 Mei 2012, awal pagi, saya menerima satu pesanan ringkas yang berbunyi:

Salam Dr. Rosli. Kaifahal? Saya Syed Mikael dari Penang Institute. Berhajat besar utk menjemput tuan hadir memberi pdgn dlm satu forum khas bertajuk “Bank Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator.”  Forum ini bakal diadakan pada 2.30 ptg, Sabtu ini 2 Jun 2012 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Selain tuan, CM Lim Guan Eng dan DS Anwar Ibrahim turut jd panelis. Ini adalah permintaan pribadi DSAI kpd tuan. Harap dapat hadir.”

Apabila membaca mesej itu saya menjadi kelam kabut (tetapi saya tahu ayat terakhir itu adalah tambahan dengan maksud tidak sopan kalau saya menolak).

Pertama, saya memang sudah ada program tetap di hujung minggu. Setiap minggu, kecuali ada hal yang lebih utama, mulai petang hari Khamis sehinggalah ke petang hari Ahad, saya mesti berada di Rembau – turun padang.

Kedua, pada hari Jumaat, 1 Jun, saya mesti hadir bersama-sama rombongan dari Rembau ke program “Himpunan Hijau ke Putra Jaya” di Alor Star, Kedah.

Ketiga, pada hari Ahad, 3 Jun, saya mesti kembali ke Rembau kerana majlis perkahwinan anak buah (anak adik) saya. Saya tahu ibu saya akan sedih jika saya tidak bersama di majlis itu.

Keempat, masa yang ada memang suntuk dan amat sukar bagi saya untuk membuat persediaan, tambahan lagi, ini bukan subjek yang mudah.

Kelima, maudhu’ yang akan dibicarakan sudah lama saya tinggalkan. Kali terakhir saya berbicara mengenainya ialah pada April 2006 bila pemberita akhbar Malaysiakini menemubual saya mengenainya. Betul, saya ada menulis mengenainya tetapi saya kena mentelaah kembali tulisan-tulisan itu kerana banyak perinciannya yang saya telah lupa.

Keputusan saya adalah saya kena tolak undangan. Namun, hati saya terus berbolak-balik di antara hendak kata ia atau tidak.

Continue reading “Skandal wang asing BNM 1992 – 93”

Bacaan politik Ananda Krishnan?

1. Ananda Krishnan adalah individu kedua terkaya di Malaysia dan ke-89 terkaya di Dunia. Beliau memiliki kekayaan dianggarkan USD9.6 billion.

2. Beliau adalah taikun media (Astro), satelit (MEASAT), minyak dan gas (Bumi Armada, Pexco), telecommunikasi (Maxis, Aircel).

3. Beliau juga menguasai Tanjong Energy Holding, sebuah syarikat penjana kuasa bebas (IPP) yang membekalkan tenaga kepada TNB.

Continue reading “Bacaan politik Ananda Krishnan?”

Isu PTPTN dan pendidikan percuma

1. Sejak ditubuhkan pada tahun 1997 sehingga 2011, PTPTN telah meluluskan pinjaman pelajaran sebanyak RM41.4 billion. Daripada jumlah itu, RM27.5 billion telahpun dipinjamkan kepada mahasiswa. Jumlah yang telah dikutip dari peminjam pula adalah sebanyak RM2.8 billion.

2. Isu PTPTN hangat apabila Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim umum akan mansuhkan PTPTN. Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, antara langkah yang akan diambil untuk membiayai pemansuhan PTPTN adalah melalui 1) Penerbitan bon 2) Tambahan RM2 billion hasil minyak dan gas diperuntukkan khusus untuk dana pendidikan 3) Pengurangan projek mega, pembelian senjata dan lain-lain.

3. Menerbitkan bon bermakna menambahkan hutang negara. Dalam keadaan bajet negara yang defisit selama 14 tahun, penerbitan bon ini sudah tentu bertentangan dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengurangkan hutang negara sekaligus mengatasi bajet defisit. Selain itu, kaedah berhutang untuk menyelesaikan hutang ibarat meminjam dari bank B untuk membayar hutang dengan bank A. Kadar faedahnya sudah tentu berganda. Hasilnya, hutang negara akan lebih membusung.

4. Cadangan tambahan peruntukan RM2 billion dari hasil petroleum dan dividen Petronas untuk menampung perbelanjaan pemansuhan PTPTN juga wajar dikaji semula. Umum mengetahui hasil petroleum dan dividen Petronas agak besar. Ia mewakili 1/3 daripada jumlah hasil negara. Pada tahun 2010 misalnya, hasil petroleum dan  dividen Petronas berjumlah RM55.3 billion. Namun, dalam masa yang sama peruntukan kerajaan untuk pendidikan dan pengajian tinggi adalah sebanyak RM50.1 billion. Nisbah antara peruntukan pendidikan dan pengajian tinggi dengan hasil petroleum dan dividen Petronas adalah 90.5%. Ini adalah nisbah yang sangat besar. Jika terus ditambah, apa lagi yang tinggal untuk sektor yang lain dari hasil utama negara ini?

Continue reading “Isu PTPTN dan pendidikan percuma”

Budaya ‘mark-up’ dan Laporan Ketua Audit Negara 2010

1. Laporan Ketua Audit Negara 2010 akhirnya diedarkan kepada umum walaupun setelah hampir sebulan Belanjawan 2012 dibentangkan. Amalan kebiasaan, ia diedar sebelum Bajet 2012 dibentangkan bagi memberikan maklumat kepada rakyat tentang ketelusan dan kecekapan kerajaan dalam menguruskan peruntukan terdahulu.

2. Apapun, tahniah kepada Ketua Audit Negara dan kakitangan pejabat beliau yang telah menyediakan suatu laporan audit yang cukup telus dan komprehensif.

3. Saya hanya sempat meneliti sepintas lalu kerana keterbatasan waktu yang ada. Namun intipati laporan ini menampakkan masalah yang sama terus berlaku berulang-kali.

4. Antaranya adalah budaya ‘mark-up’ dalam pejabat-pejabat agensi kerajaan. MARA yang pernah menggemparkan negara dalam laporan Katua Audit Negara 2008 yang lalu masih melakukan kesalahan yang sama. Dulu dua buah laptop dibeli dengan harga RM84,640. Kini, seunit ketuhar dibeli pada harga RM1,200 sedangkan harga pasaran hanya RM419 sahaja. Hal ini juga dikesan berlaku dalam jabatan-jabatan kerajaan serta agensi kerajaan yang lain.

Continue reading “Budaya ‘mark-up’ dan Laporan Ketua Audit Negara 2010”

Ulasan Bajet 2012

1. Saya mengikuti dengan tekun pembentangan Bajet 2012 yang disampaikan oleh Menteri Kewangan 1 merangkap Perdana Menteri petang semalam.

2. Seawal Dato’ Sri Najib Razak memasuki Dewan Rakyat, saya teruja melihat warna baju melayu beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin yang serupa. Seakan signal bahawa mereka bersatu hati, sekaligus menafikan dakwaan bahawa mereka sedang bertelingkah. Geliga juga Najib jika beliau memang berniat begitu.

3. Pada hemat saya, bajet kali ini sangat berbeza berbanding dengan sebelumnya. Beberapa tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat telah diumumkan oleh beliau. Juga beberapa polisi yang berbau ‘Negara Berkebajikan PAS’ juga telah diumumkan dengan begitu baik oleh Najib.

4. Pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan menengah, elaun RM100 untuk pelajar, voucer buku RM200, bantuan one off RM500 untuk isirumah berpendapatan bawah RM3000 sebulan adalah suatu yang layak dipuji.

Continue reading “Ulasan Bajet 2012”