Selamat pengantin baru, Zil

1. Selamat pengantin baru buat sahabat baik saya sejak Matrikulasi, Mohd Fadzil Rusailin.

2. Beliau selamat diijab-kabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 November 2012 dengan pasangannya Nisa Ab Satar.

3. Saya mengenali Fadzil sebagai seorang kawan yang baik, abang yang bertanggung-jawab serta anak yang taat. Seorang ‘family man’.

4. Kepada Fadzil dan Nisa “Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu”.

429456_10151305412424793_28170052_n

Continue reading “Selamat pengantin baru, Zil”

Mufar dalam kenangan

Muhammad Faris Abdul Rahman atau Mufar adalah kawan saya semenjak di Kolej MARA Kuala Nerang. Beliau meninggal dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Hospital Machang.

Hari ini kita bersedih dengan pemergian orang yang kita kasihi. Mudah-mudahan, suatu masa nanti orang lain juga akan bersedih dengan pemergian kita. Sebagaimana pesan Bapak HAMKA:

“Jadilah manusia yang pada saat kelahiranmu semua orang tertawa bahagia, tapi hanya kamu sendiri yang menangis. Dan pada saat kematianmu semua orang menangis sedih, tapi hanya kamu sendiri yang tersenyum.”

Al Fatihah buat Mufar. Moga berbahagia di sana.

Ziarah makam Allahyarham Ustaz Fadzil Nor

Bersama teman-teman serumah (BT) di pusara Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, tokoh yang saya tidak sempat bersua muka.

Saya mengenali tokoh ini melalui bacaan pasca era reformasi. Beliau paling hadapan di pentas siasah mempertahankan keadilan buat sahabatnya Anwar Ibrahim. Beliau juga paling hadapan menerajui kepimpinan Islam dalam memimpin rakyat berbilang kaum menuntut dan menawarkan pemerintahan yang telus lagi adil.

Tokoh ini telah menyelesaikan bahagiannya. Semoga beliau tenang di persemadian.

Al Fatihah.

(Tak silap saya, gambar ini diambil pada tahun 2010)

Ucapan kemenangan dalam Pilihanraya Kampus UM 2007

Berucap di hadapan Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya selepas diumumkan menang kerusi umum dengan 5030 undi. Saudara Shahir Abdul Aziz (di kiri saya) yang juga memenangi kerusi umum turut sama berucap di samping Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Saudara Dzulkhairi Mohd Nor (di kiri Shahir) .

Barisan Pro Mahasiswa sesi ini hanya memenangi 2 daripada 9 kerusi umum dan 5 daripada 32 kerusi fakulti sekaligus gagal membentuk kabinet.

Kemenangan bukanlah kejayaan yang sebenar, tetapi usaha yang sempurna.

Tingkatan 1 2000 SMAPK

Sewaktu tahun pertama di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Batu 13, Jalan Cheras Kajang.

Bersyukur kerana berpeluang hidup bergaul dengan teman-teman yang baik dan bijak. Juga beruntung kerana dibimbing oleh para Naqib (pembimbing pelajar) yang ikhlas.

Selamat hari guru 2011

Ucapan: Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) yang telah mendidik saya. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian dalam memandaikan anak bangsa untuk menjadi orang yang berguna.

* Nota: Tidak dilupa kepada semua guru-guru SMAPK khususnya sesi 2000 – 2004 yang gambarnya tiada dalam poster di atas. Ada yang tidak diletakkan gambar sebab gambar tiada dalam simpanan saya.

Sumber gambar-gambar di dalam poster: Ihsan dari laman FB guru-guru dan para pelajar SMAPK.

Berbuka puasa di Kelana Sentral 2009

Berbuka puasa di Kelana Sentral pada Ramadhan 1430 Hijrah. Dari kiri (gambar atas) – Audi Munzir, Muiez Daruddin, saya , Cha Zulkifli dan Hafiz Bohari.

Bukan mudah untuk bertemu dan berbual lama dengan mereka. Muiez sedang belajar di Jerman, Cha di UK, Hafiz di Mesir manakala Audi pula sentiasa sibuk dengan jadual persembahannya sebagai artis.

Cha adalah anak Terengganu yang tinggal di Shah Alam. Harapnya suatu masa nanti Cha bertanding di DUN Ladang untuk menjadi MB Terengganu yang paling kacak dalam sejarah.