Usah dicaci pengemis yang meminta

Seringkali kita berhadapan dengan pengemis yang meminta sedekah. Samada di kedai makan, tangga masjid, pintu masuk bank, pasar malam serta pelbagai lagi tempat yang biasa dikunjungi orang awam. Seringkali juga kita prejudis terhadap kelompok ini. Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa golongan ini adalah pemalas, penipu ataupun dihantar oleh sindiket peminta sedekah.

Continue reading “Usah dicaci pengemis yang meminta”

Siapa Abdullah bin Ubai?

Sedikit pengenalan tentang seorang tokoh Munafiq yang terkenal, Abdullah bin Ubai bin Salul. Nama beliau menjadi semakin terkenal di Malaysia kerana diangkat oleh negarawan Tun Dr Mahathir. Dalam blog CheDet, Tun Dr Mahathir mempersoalkan adakah Abdullah bin Ubai tidak boleh dianggap berjasa kepada Islam sedangkan dia telah membina Masjid Dhirar.

Gerakan munafik bermula di Madinah di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai, sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w ke Madinah, merupakan seorang yang sangat berpengaruh di sana sebagaimana kedudukan Abu Sufyan di Makkah. Selepas Perang Bu’as tamat penduduk Madinah (nama asalnya Yathrib) sudah sepakat untuk melantik Abdullah bin Ubai sebagai raja di Madinah, malah mahkotanya pun sudah siap dibuat. Masyarakat Madinah bersetuju melantik Abdullah bin Ubai menjadi raja menunjukkan dia memiliki sifat-sifat yang menyebabkan dia dihormati dan dimuliakan.

Sebelum Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi sudah lama bertapak di sana. Kaum Yahudi dikenali sebagai ahli Kitab, orang beragama yang memiliki peradaban yang mulia. Kaum Yahudi juga menguasai bidang ekonomi dan mempunyai kekuatan dalam bidang ketenteraan. Kaum Yahudi yang dikenali sebagai ahli agama, ahli ilmu, ahli ekonomi dan ahli ketenteraan menyebabkan mereka dipandang tinggi oleh orang Arab Madinah.

Orang Arab Madinah memandang kaum Yahudi sebagai manusia yang berjaya dan disegani. Kedudukan kaum Yahudi yang demikian menyebabkan orang Arab Madinah suka meniru peradaban Yahudi tetapi mereka tidak memeluk agama Yahudi. Bagi orang Arab agama Yahudi dilihat sebagai khusus untuk orang Yahudi sahaja. Walaupun tidak menerima agama Yahudi tetapi banyak daripada nilai-nilai moral Yahudi diterima pakai oleh orang Arab Madinah.

Continue reading “Siapa Abdullah bin Ubai?”

Maktabah Ash-Sharif, Masjid Bulat PJ

1. Masjid adalah pusat kecemerlangan Ummah. Ia bukan sekadar tempat ibadat atau tempat untuk menjalankan ritual-ritual keagamaan sebaliknya tempat untuk orang islam berkumpul, bersatu dan menjana kekuatan.

2. Jika difikirkan, ada hikmah dan maksud tertentu apabila Allah mensyariatkan solat Jumaat di masjid kepada semua umat Islam (lelaki).

3. Adakah sekadar untuk berkumpul, mendengar khutbah/kuliah, bersolat dan pulang?

4. Lebih malang apabila khutbah yang disampaikan tidak mampu menjana kesedaran. Pada masa ini, ramai khatib memilih untuk membaca khutbah dan bukannya berkhutbah. Hasilnya, orang yang mendengar hanya sekadar mendengar dan tidak ramai yang mendapat hikmah. Umpama masuk ke telinga dan bukan ke hati.

Continue reading “Maktabah Ash-Sharif, Masjid Bulat PJ”

Kisah Pohon Epal

Saya tertarik dengan suatu cerita teladan. Cerita panglipulara yang pernah saya dengar sewaktu kecil-kecil dahulu.

Kisah pohon epal.

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu…

Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu. “Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon epal itu berkata,

Continue reading “Kisah Pohon Epal”

Iktibar dari Doa Nabi Musa

Berkata (Nabi Musa) : “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku”.

– Surah Taha Ayat 25 – 28

Al-Qur’an berulang-kali menceritakan kisah-kisah perjuangan beberapa orang Nabi. Antaranya adalah kisah perjuangan Nabi Nuh, Nabi Luth, Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. Kisah-kisah yang diceritakan bertujuan memberikan kesedaran kepada kita agar sentiasa taat dan beriman kepada Allah. Jika engkar kepada perintah Allah, maka azab Allah amatlah pedih.

Di antara kisah-kisah tersebut, kisah Nabi Musa adalah antara kisah yang agak panjang diceritakan di dalam Al-Qur’an. Ia bermula daripada awal kelahiran Nabi Musa, waktu baginda remaja hinggalah waktu dewasa. Di antara banyak-banyak nabi juga, Nabi Musa adalah antara nabi yang menerima ujian yang agak berat, kerana itulah baginda digolongan sebagai salah seorang nabi bertaraf ‘Ulul Azmi’. Baginda telah mendapat perintah Allah yang amat berat iaitu untuk berdakwah kepada seorang pemerintah Mesir yang sangat zalim bergelar Firaun.

Continue reading “Iktibar dari Doa Nabi Musa”

Buang Bayi dan Merdeka

1. Ramadhan dan Hari Kemerdekaan pada kali ini adalah ruang yang sesuai untuk kita bermuhasabah dengan jujur dan ikhlas tentang keadaan umat Islam di negara kita.

2. Isu buang bayi adalah sangat menggerunkan. Ia bukan sekadar masalah sosial semata-mata sebaliknya suatu masalah negara yang mesti dipandang serius. Kegagalan menangani masalah ini umpama membiarkan negara kita diruntuhkan daripada dalam. Kemerdekaan akan semakin tidak bererti. Kita bebas tapi belum tentu bermaruah.

3. Buang bayi bukanlah isu kecil. Ia mencerminkan tahap moraliti remaja kita. Ia mencerminkan sebagaimana mudahnya perlakuan zina berlaku secara berleluasa dalam masyarakat kita. Ia mencerminkan bagaimana mudahnya maruah dan kehormatan anak-anak gadis bangsa kita diragut oleh teman-teman sendiri.

Continue reading “Buang Bayi dan Merdeka”