Legasi Tun Abdul Razak

1) Mohd Najib adalah PM Malaysia ke-6. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham, UK.

2) Ahmad Johari yang berkelulusan Undang-Undang (sebagaimana bapanya) adalah rakan kongsi kanan di Shearn Delamore & Co, sebuah firma undang-undang terkenal di Kuala Lumpur. Beliau juga adalah pengarah beberapa buah firma besar seperti Ancom Bhd, Nylex (M) Bhd, Hong Leong Industries Bhd, Daiman Development Bhd dan Deutsche Bank (M) Bhd.

Continue reading “Legasi Tun Abdul Razak”

Pengucapan Awam

1. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiapĀ  individu adalah kemahiran pengucapan awam (public speaking). Ia lebih mustahak bagi individu yang menjadi pemimpin bagi sesebuah organisasi, masyarakat dan juga ahli politik.

2. Ucapan yang baik mestilah ucapan yang boleh difahami oleh audiens dan mampu membangkitkan keinginan untuk bertindak. Ucapan yang baik tidak semestinya berapi-api tetapi mestilah ucapan yang jelas dan tidak menimbulkan kebosanan di kalangan audiens.

3. Halangan utama untuk menyampaikan ucapan yang baik adalah perasaan gugup dan gementar. Ia dialami oleh ramai orang. Pengucap yang baik menguasai rasa gementar sebaliknya pengucap yang kurang baik dikuasai rasa gementar. Mengatasi rasa gementar boleh diatasi dengan latihan yang berterusan. Mulakan berucap bersendirian, dalam kumpulan yang kecil, sederhana dan seterusnya dalam kumpulan yang lebih besar.

Continue reading “Pengucapan Awam”