Selamat pengantin baru, sahabat

1. Saya agak ralat kerana last minute terpaksa membatalkan trip ke Kuantan petang ini dan kemudiannya ke Shah Alam pagi esok.

2. Cuti Ahad telah diluluskan tetapi kekangan kerja memaksa saya untuk tetap ‘bertugas’ dalam cuti. Persidangan ke-11 Persatuan Perlebahan SeAsia & ApiExpo 2012 anjuran Yayasan DiRaja Sultan Mizan dan kerajaan Terengganu akan berlangsung seminggu lagi. Hampir sepanjang masa perlu bersedia untuk menjawab panggilan dan berada depan laptop.

3. Ahad akan berlangsung majlis perkahwinan seorang sahabat saya. Kami kenal sejak tingkatan 1, berkawan dan kemudiannya bersahabat baik. Beliau ini seorang yang baik dan well organized person. Seorang doktor perubatan (masih HO) dan aktif berjuang dalam lapangan dakwah.

4. Sepanjang 12 tahun, saya tidak pernah ada sebab atau alasan untuk merasa sakit hati, marah atau berkecil hati dengan beliau.

5. Sudah tentu, orang yang baik akan dikasihi oleh orang-orang di sekelilingnya.

6. Dan sudah tentu, orang yang baik juga akan mendapat pasangan yang baik.

7. Dari sudut hati yang paling dalam, ingin saya ungkapkan:

“Cha,
Selamat pengantin baru. Semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan Allah dan kalian berdua dilimpahkan rahmat kebahagiaan hingga ke anak cucu. Juga semoga dikurniakan anak-anak soleh lagi bijaksana sebagai penolong dan penerus perjuangan Islam.
Maaf tak dapat hadir majlis penting kalian. 
 Doaku sentiasa bersama.”

Advertisements

Respon penubuhan Kelab Penyokong UMNO

1. Kelmarin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencadangkan agar ditubuhkan Kelab Penyokong Umno di kampus-kampus tempatan selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini.

2. Pindaan itu membenarkan mahasiswa telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.

3. Respon Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi seakan menentang cadangan itu kerana beranggapan bahawa penubuhan Kelab Umno kampus adalah satu lagi kaedah menghukum mahasiswa yang tidak bersedia menjadi ahli dan penyokong Kelab Umno tersebut.

4. Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, langkah Umno  ini harus disambut secara positif kerana ia boleh mendedahkan mahasiswa kepada politik.

Continue reading “Respon penubuhan Kelab Penyokong UMNO”

Politik Nasharuddin Mat Isa

1. Sekali lagi mantan Timbalan Presiden PAS ini mencetuskan kontroversi.

2. Beberapa hari lepas, beliau dipaparkan duduk bersimpuh sebelah Presiden Umno Dato’ Sri Najib Tun Razak di Mekah dan juga membuat kenyataan keras mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana Karpal Singh berterusan mempertikaikan Hudud, suatu gesaan yang jauh bertentangan dengan kandungan siri-siri ucapannya sewaktu menjadi Timbalan Presiden PAS sebelum ini.

3. Kemudiannya apabila pula ke Malaysia, beliau membuat penjelasan dan penjelasan Ustaz Nasha mengenai isu ini sedikit sebanyak boleh diterima. Katanya, beliau hanya mengatur pertemuan antara PM dengan beberapa orang ulama’ Arab Saudi bagi membincangkan isu ummah khususnya isu Rohingya di Myammar dan penyembelihan rakyat di Syria.

Continue reading “Politik Nasharuddin Mat Isa”

Transformasi: Najib perlu belajar dari Helang

1. Helang adalah haiwan yang hidup sehingga 70 tahun, menyamai usia purata kebanyakan manusia. Tetapi untuk mencapai umur itu, helang perlu melalui proses TRANSFORMASI pada usianya 40 tahun.

2. Pada usia 40 tahun, paruhnya telah panjang mencecah dada, kukunya sudah tumpul dan bulu-bulu pada sayapnya semakin tebal dan berat hingga menyukarkannya terbang. Pada ketika ini helang perlu memilih antara MATI atau BERUBAH.

Continue reading “Transformasi: Najib perlu belajar dari Helang”

Mufar dalam kenangan

Muhammad Faris Abdul Rahman atau Mufar adalah kawan saya semenjak di Kolej MARA Kuala Nerang. Beliau meninggal dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Hospital Machang.

Hari ini kita bersedih dengan pemergian orang yang kita kasihi. Mudah-mudahan, suatu masa nanti orang lain juga akan bersedih dengan pemergian kita. Sebagaimana pesan Bapak HAMKA:

“Jadilah manusia yang pada saat kelahiranmu semua orang tertawa bahagia, tapi hanya kamu sendiri yang menangis. Dan pada saat kematianmu semua orang menangis sedih, tapi hanya kamu sendiri yang tersenyum.”

Al Fatihah buat Mufar. Moga berbahagia di sana.

Ziarah makam Allahyarham Ustaz Fadzil Nor

Bersama teman-teman serumah (BT) di pusara Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, tokoh yang saya tidak sempat bersua muka.

Saya mengenali tokoh ini melalui bacaan pasca era reformasi. Beliau paling hadapan di pentas siasah mempertahankan keadilan buat sahabatnya Anwar Ibrahim. Beliau juga paling hadapan menerajui kepimpinan Islam dalam memimpin rakyat berbilang kaum menuntut dan menawarkan pemerintahan yang telus lagi adil.

Tokoh ini telah menyelesaikan bahagiannya. Semoga beliau tenang di persemadian.

Al Fatihah.

(Tak silap saya, gambar ini diambil pada tahun 2010)