Kenapa Kita Sambut Hari Merdeka?

1. Pada 31 Ogos 2009, genaplah 52 tahun kita merdeka. Hari Kemerdekaan disambut saban tahun dengan pelbagai jenis ragam dan bentuk sambutan.

2. Saya percaya bahawa sambutan kemerdekaan membawa sejuta makna bagi individu yang memahami erti sebuah kemerdekaan. Individu yang merasai zaman penjajahan pasti memahami keperitan hidup dijajah. Sudah tentu mereka akan menikmati kemerdekaan dengan begitu bersyukur sekali.

3. Namun bagaimana dengan generasi pasca merdeka yang lahir sesudah negara kita merdeka?

4. Pada tahun ini, sebahagian besar rakyat Malaysia adalah dari generasi pasca merdeka. Golongan dewasa , belia, remaja dan kanak-kanak ini menyambut Hari Kemerdekaan tanpa merasai nikmat sebenar bebas dari penjajahan. Kadang-kadang, sambutan 31 Ogos menjadi ruang untuk menghiburkan diri dengan sambutan yang jelas tidak selari dengan semangat sebenar kemerdekaan.

Continue reading “Kenapa Kita Sambut Hari Merdeka?”