Salahkah Berhimpun?

Gambar A. Samad Said (Demo Bantah PPSMI)1. Sebahagian rakyat Malaysia masih memandang serong pada perhimpunan aman. Kononnya, ia dilihat sebagai budaya rakyat Malaysia yang emosional dan berfikir pendek.

2. Pada asasnya, saya berpendirian menolak sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Anarki. Tiada kompromi. Namun, benarkah berhimpun sebagaimana semalam boleh membawa Malaysia ke arah sebuah negara Anarki – negara yang kacau bilau dan tidak berperaturan. Kononnya, pelabur tidak akan datang, FDI akan jatuh, peluang pekerjaan akan berkurangan dan ekonomi negara akan merudum. (Frasa dan ayat-ayat ini biasa dimomokkan dalam kursus BTN.)

3. Sejujurnya, saya bukanlah orang yang berminat dengan perhimpunan atau ‘Demonstrasi’. Selalu juga disindir oleh teman-teman sewaktu menjadi pimpinan pelajar dulu kerana jarang turun berhimpun atau berdemonstrasi. Walaupun kurang berminat, saya tidak menafikan perlunya berhimpun.

4. Kita harus jujur dalam membuat penilaian. Salahkah berhimpun? Pendek akalkah orang-orang yang berhimpun sebagaimana prasangka kita?

Continue reading “Salahkah Berhimpun?”

Mahathir Keluar UMNO, Untung Atau Rugi?

Apabila Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya selaku ahli seumur hidup UMNO, ramai yang terkejut. Ada yang benar-benar terkejut dan ada juga yang buat-buat terkejut. Tidak kurang juga yang buat-buat tak tahu.

Bagi saya selaku anak muda yang menyoroti episod hidup mantan-mantan presiden UMNO sejak Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, perletakan jawatan Tun itu adalah suatu perkara yang biasa dan sudah dijangka. Manakan tidak, semua mantan presiden UMNO (kecuali Tun Abdul Razak yang meninggal semasa masih memimpin parti) telah keluar parti atas sebab musabab yang hampir serupa.

Apabila Tun bertindak keluar UMNO tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan lompat ke parti lain, kita tertanya-tanya bahawa adakah agenda beliau untuk menekan Pak Lah akan berjaya. Kita juga tertanya-tanya bahawa pihak manakah yang akan untung dan pihak mana pula yang akan rugi daripada senario ini.

Continue reading “Mahathir Keluar UMNO, Untung Atau Rugi?”