Isu Liwat : Konspirasi atau Tragedi?

Salam bloggers,
Foto frontpage Utusan Malaysia pada hari ini memaparkan Anwar Ibrahim (dengan wajahnya yang ala-ala desperate) serta Saiful Bukhari Azlan (dengan wajah jambunya).Cukup pintar media arus perdana ini memainkan propaganda. Memang layak media ini digelar sampah.

Berkaitan isu Anwar, saya tidak berminat untuk menyatakan pandangan sisi simpati/menyokong/menghentam. Sebagai manusia yang tidak tahu, kita tidak berhak untuk menentukan siapa benar dan siapa yang salah. Melainkan jika kita punya fakta dan bukti yang cukup. Saya masih menantikan laporan pemeriksaan perubatan yang dibuat ke atas Saiful.

Kepada DSAI pula, saya berharap agar penafian keras dan jelas diberikan segera. Jangan sekadar menyatakan bahawa ini suatu konspirasi pihak tertentu. Nafikan dengan jelas bahawa anda memang tidak terlibat dengan ‘perbuatan’ itu.

Apapun, kita berserah kepada Allah agar kebenaran segera didedahkan. Rakyat Malaysia tidak selesa untuk menghadapi krisis politik yang tidak berkesudahan.