Mufar dalam kenangan

Muhammad Faris Abdul Rahman atau Mufar adalah kawan saya semenjak di Kolej MARA Kuala Nerang. Beliau meninggal dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Hospital Machang.

Hari ini kita bersedih dengan pemergian orang yang kita kasihi. Mudah-mudahan, suatu masa nanti orang lain juga akan bersedih dengan pemergian kita. Sebagaimana pesan Bapak HAMKA:

“Jadilah manusia yang pada saat kelahiranmu semua orang tertawa bahagia, tapi hanya kamu sendiri yang menangis. Dan pada saat kematianmu semua orang menangis sedih, tapi hanya kamu sendiri yang tersenyum.”

Al Fatihah buat Mufar. Moga berbahagia di sana.