Di Sebalik Dasar Ekonomi Baru (DEB)

1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan di Malaysia antara tempoh 1970 hingga 1990. Oleh kerana dasar tersebut telah tamat sejak 19 tahun yang lalu, maka sebarang pertikaian mengenai DEB hanyalah bersifat retorik dan polemik semata-mata. Isu yang sebenarnya perlu dibincangkan bukanlah DEB, sebaliknya tindakan affirmatif (affirmative action).

2. Apakah itu tindakan affirmatif?

3. Affirmative action adalah satu bentuk diskriminasi positif dalam penggubalan polisi tertentu yang mengambilkira soal kaum, etnik, agama, jantina dan status kecacatan agar dapat mencapai peluang yang sama (equal apportunity) di dalam apa-apa bidang. Bidang yang biasanya dikaitkan dengan tindakan affirmatif adalah bidang pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan perniagaan (kontrak awam).

4. Pelbagai negara di dunia ini melaksanakan tindakan affirmatif termasuklah negara-negara maju. Antaranya Amerika Syarikat, Jepun dan juga Britain. Namun kebiasaannya, tindakan affirmatif di negara-negara mereka hanya melibatkan golongan etnik minoriti yang kebiasaannya lemah dan tertindas.

Continue reading “Di Sebalik Dasar Ekonomi Baru (DEB)”

Mansuhkan Syarat Ekuiti Bumiputera 30 Peratus?

Menurut Utusan Malaysia 28 Oktober, MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata berpendapat bahawa elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang melahirkan keyakinan bahawa unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk: Continue reading “Mansuhkan Syarat Ekuiti Bumiputera 30 Peratus?”