Sistem Ekonomi Islam Belum Wujud!

S63000451. Hujah-hujah saudara Wan Fayshal (Rausyan Fikir) dalam DisKon ECONS petang tadi nyata menguatkan lagi pandangan saya mengenai status kewujudan sistem ekonomi Islam. Katanya, memang benar sistem ekonomi Islam belum wujud!

2. Beliau berhujah bahawa pada era kegemilangan Islam dahulu, umpamanya zaman Uthmaniyyah, ekonomi negara-negara Islam memang diuruskan secara islamik kerana Islam pada ketika itu memerintah. Wujudnya institusi Waqaf, Baitul Mal, Masjid dan Souk (pasar) sebagai elemen dalam mengabsahkan bahawa ekonomi diuruskan secara Islamik. Namun, jika dibandingkan dengan era kontemporari, Islam belum memiliki sesuatu himpunan peraturan dan teori yang komprehensif dan syumul untuk membentuk sebuah sistem ekonomi Islam.

3. Beliau juga mengaitkan bahawa umat Islam dikaburkan dengan sistem kewangan Islam yang hanya tempelan kepada sistem kewangan konvensional. Seolah-olah sistem ekonomi Islam hanyalah pada sistem kewangan Islam semata-mata. Kita, umat Islam lebih gemar membicarakan tentang sistem kewangan kerana ia dilihat sebagai pasaran yang agak mudah untuk ‘mengandungkan’ duit.

4. Kita akan tersentak apabila wang yang dikandungkan mengalami ‘keguguran’. Waktu itu barulah kita terkapai-kapai mencari sistem ekonomi Islam yang sebenar. Itulah yang berlaku dalam krisis ‘ Gadaian Subprima US’ beberapa bulan lalu.

Continue reading “Sistem Ekonomi Islam Belum Wujud!”

Pimpinan Baru dan Halatuju ECONS

ECONS sedang bergerak ke fasa perjuangannya yang lebih mencabar. Selama hampir setahun tempoh kewujudan dan kemandiriannya, ECONS telah memainkan peranan yang berkesan di dalam beberapa sudut perjuangan gerakan mahasiswa Malaysia.

Untuk fasa pemerkasaan kini, barisan pimpinan ECONS akan dirombak dan ramai muka-muka baru akan bersama-sama merencamkan perjuangan yang telah bermula. Pengumuman pimpinan baru ini Insya Allah akan dibuat pada hujung minggu ini setelah semua nama-nama yang dikemukakan, mendapat endorsement dari Majlis Tertinggi.

Lebih penting, usul supaya ECONS dibuka kepada mahasiswa dan graduan dari bidang-bidang berkaitan selain Ekonomi telahpun diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Presiden tiga hari yang lepas.

Perjuangan baru bermula!

Mohd Hasbie Muda
Presiden ECONS Malaysia