Wujudkah Dasar Affirmatif di Dalam Islam?

1. Salah satu persoalan ekonomi yang masih jarang dibincangkan secara terbuka adalah mengenai kewujudan dasar affirmatif menurut Islam.

2. Di Malaysia, dasar affirmatif kelihatan condong kepada bangsa Melayu kerana wujudnya hak istimewa sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Persoalannya, wujudkan dasar affirmatif dalam Islam? Wujudkah juga hak istimewa menurut Islam?

3. Sewaktu zaman pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab, Islam telah berjaya menawan Parsi iaitu pada tahun 635 Masihi.

4. Antara senario biasa yang berlaku pada ketika itu adalah penjualan tanah-tanah penduduk peribumi Parsi kepada hartawan Arab yang kaya-raya. Secara relatifnya, penduduk Parsi lebih miskin berbanding dengan imigran Arab yang datang ke Parsi. Oleh itu, mereka mendapat kekayaan segera apabila berjaya menjualkan tanah kepada hartawan Arab.

Continue reading “Wujudkah Dasar Affirmatif di Dalam Islam?”

Jom Bincang Ekonomi!

modified1. Tulisan saya berkaitan sistem ekonomi Islam nyata provokatif. Semalam, seorang teman mengingatkan saya agar berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan. Katanya, pendapat bahawa sistem ekonomi Islam tidak wujud adalah pandangan puak-puak Islam Liberal khususnya di Indonesia. Ia boleh menggoncangkan aqidah, katanya lagi.

2. Ada juga pembaca yang memberi amaran agar saya tidak sewenang-wenangnya bercakap atau menulis tentang perkara yang saya jahil. Ada juga yang menempelak dan memaki hamun saya dengan kata-kata yang kurang enak.

3. Saya berlapang dada dengan pandangan dan teguran sedemikian. Saya juga akur bahawa istilah ‘tidak wujud’ lebih sesuai digantikan dengan ‘belum wujud’ . Namun, pendirian asal saya bahawa sistem ekonomi Islam yang belum wujud masih tetap dan tidak berubah. Dan saya bertanggungjawab atas pandangan yang saya keluarkan itu.

Continue reading “Jom Bincang Ekonomi!”