Kerusi Panas MB Terengganu

1. Terengganu Darul Iman adalah antara negeri yang sengit persaingan politik antara Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno). Selain Kelantan dan Kedah, ia adalah antara negeri yang pernah dikuasai oleh PAS.

2. Apabila jawatan Menteri Besar mula dipertandingkan dalam pilihanraya tahun 1959, PAS telah berjaya memenangi kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Terengganu. PAS pada 1959 memenangi 13 daripada 24 kerusi DUN Terengganu. PAS Pusat pada ketika itu dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Profesor Zulkifli Mohamad. Manakala PAS Terengganu pula dikepalai oleh Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri.

Continue reading “Kerusi Panas MB Terengganu”

Di Sebalik Cadangan Kerajaan Perpaduan

1. Apakah bezanya Kerajaan Campuran PAS-UMNO pasca 13 Mei 1969 dengan cadangan Kerajaan Perpaduan pasca PRU 12?

2. Tidak banyak berbeza melainkan pada 1970-an, belum wujud gabungan pembangkang yang tersusun dan kuat. DAP, PAS, PPP, dan PGRM (Gerakan) walaupun menang banyak kerusi dalam PRU 1969 namun mereka tidak bersatu. Tidak seperti Pakatan Rakyat pada hari ini yang boleh dianggap sebagai sebuah Government in Waiting.

3. Pada 1970-an, PAS, PPP dan Gerakan telah menyertai BN. Namun, kesan jangka panjang telah hampir menjahanamkan PPP dan PAS. PAS akhirnya ditendang keluar dan tenggelam dari pentas politik arus perdana. PAS tewas dalam banyak kerusi dalam pilihanraya 1978,1982 dan 1986. PAS hanya kembali sebagai relevan pada tahun 1990 – hasil kebijaksanaan siasah pimpinan PAS dalam mengambil kesempatan ekoran pertelingkahan UMNO baru dan Semangat 46.

4. PPP pula yang pernah menang besar kerusi DUN di Perak pada tahun 1969 telah menjadi sebuah parti tidak berkuku pada hari ini. Hanya satu kerusi parlimen diperuntukkan kepada parti – Taiping, itupun diserahkan dalam keadaan serba tidak ikhlas. Presidennya M. Kayveas pula ibarat melukut di tepian gantang – jawatan Timbalan Menteri telah diperuntukkan kepada musuh dalaman partinya sendiri.

Continue reading “Di Sebalik Cadangan Kerajaan Perpaduan”

Biro Tata Negara Peruntuh Negara?

biro-tatanegaraSaya sedikit terperanjat apabila membawa laporan Harakahdaily pagi ini.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan bahawa beliau mendengar sendiri penceramah dalam latihan Biro Tatanegara (BTN) memfitnahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara.

“Saya mendengar sendiri penceramahnya menuduh Tuan Guru, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan (Lim) Kit Siang sebagai sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara,” kata beliau. Beliau juga membangkitkan tentang tindakan BTN mengapi-apikan isu perkauman di dalam modul yang mereka kendalikan.

Jika benar dakwaan yang disebutkan oleh saudara Salahuddin itu, maka ia adalah satu gambaran yang amat jelek dan menyedihkan. BTN telah kelumpuhan fungsi yang sepatutnya dimainkan. BTN sepatutnya menjadi agensi kerajaan yang berperanan untuk membina kesedaran yang tinggi tentang perpaduan di kalangan rakyat. Bukannya membuat fitnah membabi buta dan bukan juga menjadi alat pihak-pihak tertentu yang mengejar keuntungan politik.

Jika disoroti sejarah BTN yang ditubuhkan pada tahun 1975, BTN sebenarnya mempunyai peranan yang cukup penting dalam membina negara dari sudut moral dan jatidiri rakyatnya.

Continue reading “Biro Tata Negara Peruntuh Negara?”