Husam wajar bertanding Naib Presiden

1. Saya bukanlah pengkagum tegar YB Husam Musa. Namun keupayaan beliau selaku pemain utama politik nasional wajar diberikan tempat yang strategik dalam parti.

2. Pada tahun 2003, beliau diiktiraf oleh Malaysiakini sebagai Newsmaker of the year. Peranan berkesan beliau sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian penggal 1999-2004 telah membantu meletakkan PAS sebagai pembangkang utama penggal tersebut.

3. Populariti beliau yang memuncak sewaktu dipilih penjawat Naib Presiden PAS 2005-2009 benar-benar menggusarkan Umno samada di Kelantan mahupun pusat.

4. Malangnya, langkah politik beliau seakan terhenti seketika apabila tewas dalam pertandingan Timbalan Presiden sewaktu AGM 2009. Peranan sebagai AJK PAS tidak membekalkan beliau kapasiti yang cukup untuk menjadi jurucakap parti dalam isu-isu nasional. Tanpa berniat memperkecilkan keberkesanan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden dan Setiausaha Agung yang ada, kehadiran beliau pada kedudukan utama diyakini mampu memperkasakan lagi kepimpinan utama PAS.

Continue reading “Husam wajar bertanding Naib Presiden”

Matawang Syariah: Konflik Baru Kelantan dan Pusat?

1. Semalam (12 Ogos), Kelantan telah melancarkan matawang syariah berupa Dinar Emas Kelantan dan Dirham Perak Kelantan. Ia diwujudkan berfungsi sebagai alat simpanan nilai, medium pertukaran, mas kahwin, pembayaran zakat dan urusan perniagaan.

2. Timbalan Menteri Kewangan (yang juga merupakan mantan calon Menteri Besar Kelantan pada PRU 12 yang lepas), Datuk Dr. Awang Adek Hussein kemudiannya menyelar tindakan tersebut kerana bercanggah dengan peraturan pusat. Beliau mengancam untuk mengkaji tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap kerajaan negeri Kelantan.

3. Dalam akta Bank Negara Malaysia 2009, pada seksyen 62 memang jelas menyatakan bahawa;

(1) Bank hendaklah menjadi pihak berkuasa tunggal untuk mengeluarkan mata wang kertas dan syiling di Malaysia dan wang kertas dan syiling itu hanya boleh dicetak atau ditempa oleh atau di bawah kuasa Bank.

Continue reading “Matawang Syariah: Konflik Baru Kelantan dan Pusat?”

Berforum Bersama Datuk Husam Musa

5320_103563816320453_100000005066125_96127_784477_n

6012_116366161601_648261601_2241751_4691372_n5320_103563859653782_100000005066125_96140_5725838_n

1. Semalam, saya dijemput untuk berforum bersama-sama dengan Datuk Husam Musa berkenaan isu Liberalisasi Ekonomi Malaysia. Turut bersama saya adalah saudara Mohd Hilmi Ramli (Mantan Presiden PKPIM) dan saudara Wan Fadzrul Wan Bahrum (Wakil Malaysia Think Tank). Moderator pada malam tadi adalah saudara Zainulfaqar Yaacob (Bekas Aktivis PMIUM).

2. Saya dijemput atas tiket selaku Presiden ECONS Malaysia.

3. Banyak yang dilontarkan oleh panelis dan teman-teman co-moderator. Namun saya tertarik dengan pandangan YB Husam yang berpendapat bahawa liberalisasi ekonomi bukanlah jalan keluar kemelut kemesetan ekonomi yang paling aula. Beliau mencadangan dua langkah yang harus diutamakan kerajaan iaitu –

  • Optimumkan potensi ekonomi domestik
  • Meluaskan outonomi kepada pihak

4. Ia wajar difikir-fikirkan.

Jika Anwar Ibrahim Dipenjarakan

Teruk+diseksa1. Pembicaraan DS Anwar Ibrahim masih belum selesai. Terbaru, ia ditangguhkan ke 15 Julai kerana peguam Sulaiman Abdullah masih belum sihat sepenuhnya.

2. Saya berdoa semoga kebenaran timbul jua. Samada kebenaran milik Saiful atau milik Anwar, itu soal kedua. Yang penting ia (kebenaran) hadir dalam perbicaraan kali ini.

3. Bercakap tentang Anwar, dia mungkin akan disabitkan bersalah. Kalau itu berlaku apa akan jadi pada Pakatan Rakyat?

4. DAP dan PAS memang punyai dua kutub berbeza. Payah nak bertemu apatah lagi bersama. Setakat ni hanya Allahyarham Ustaz Fadzil dan Anwar Ibrahim saja yang mampu mengikat mereka (dengan izin Allah). Tanpa mereka atau pemimpin yang sepintar mereka, barangkali DAP dan PAS akan kembali berseteru.

Continue reading “Jika Anwar Ibrahim Dipenjarakan”

Anwar dan Isu Kerajaan Perpaduan

images1. Pimpinan utama Pakatan Rakyat telah membuat satu ketetapan – tidak bersetuju dengan gagasan Kerajaan Perpaduan. Tuan Guru Nik Aziz pun dah tarik balik kecamannya terhadap Ustaz Nasha dan PAS pula sudah kembali tenang. Syukur Alhamdulillah.

2. Di padang silat mahasiswa pula, Presiden GAMIS telah menolak pelawaan debat isu tersebut dengan saudara Mior Isfandy. Mahu tumpukan pada isu Selatan Thai dan PPSMI katanya. Terpulanglah.

3. Saya sendiri juga sudah tidak berminat untuk menulis dan bercakap tentang isu ini. Pendirian saya konsisten semenjak awal. Kerajaan Perpaduan adalah cadangan yang baik untuk difikir-fikirkan namun buat masa ini ia tidak relevan dan praktikal untuk dilaksanakan. Saya gembira apabila melihat ramai ahli-ahli PAS yang berani melahirkan kritikan dan pandangan kritikal terhadap pimpinan mereka. Ini adalah perkembangan yang baik dan cukup sihat. Berbeza dengan zaman Dato’ Asri Muda dulu.

4. Walaubagaimanapun, ahli-ahli PAS (termasuk pimpinan) perlu belajar satu lagi perkara – kemahiran menyampaikan kritikan atau pandangan kepada pimpinan mereka. Maksud saya dari sudut adab dan cara terbaik dalam mengritik. Ia mungkin sudut pandang yang remeh, namun dengan cara yang salah, ia boleh mengeruhkan lagi keadaan dan bukan menjernihkan. Sebagaimana yang saya tulis sebelum ini, kritikan yang diluahkan dengan cara dan masa yang salah adalah ibarat membaling batu ke dinding kaca. Batu tak kena sasaran, kaca rumah pecah berderai.

Continue reading “Anwar dan Isu Kerajaan Perpaduan”

Di Sebalik Cadangan Kerajaan Perpaduan

1. Apakah bezanya Kerajaan Campuran PAS-UMNO pasca 13 Mei 1969 dengan cadangan Kerajaan Perpaduan pasca PRU 12?

2. Tidak banyak berbeza melainkan pada 1970-an, belum wujud gabungan pembangkang yang tersusun dan kuat. DAP, PAS, PPP, dan PGRM (Gerakan) walaupun menang banyak kerusi dalam PRU 1969 namun mereka tidak bersatu. Tidak seperti Pakatan Rakyat pada hari ini yang boleh dianggap sebagai sebuah Government in Waiting.

3. Pada 1970-an, PAS, PPP dan Gerakan telah menyertai BN. Namun, kesan jangka panjang telah hampir menjahanamkan PPP dan PAS. PAS akhirnya ditendang keluar dan tenggelam dari pentas politik arus perdana. PAS tewas dalam banyak kerusi dalam pilihanraya 1978,1982 dan 1986. PAS hanya kembali sebagai relevan pada tahun 1990 – hasil kebijaksanaan siasah pimpinan PAS dalam mengambil kesempatan ekoran pertelingkahan UMNO baru dan Semangat 46.

4. PPP pula yang pernah menang besar kerusi DUN di Perak pada tahun 1969 telah menjadi sebuah parti tidak berkuku pada hari ini. Hanya satu kerusi parlimen diperuntukkan kepada parti – Taiping, itupun diserahkan dalam keadaan serba tidak ikhlas. Presidennya M. Kayveas pula ibarat melukut di tepian gantang – jawatan Timbalan Menteri telah diperuntukkan kepada musuh dalaman partinya sendiri.

Continue reading “Di Sebalik Cadangan Kerajaan Perpaduan”