Mee Lipas

lipas11. Satu pengalaman yang tidak mungkin akan saya lupakan sewaktu menjalani Latihan Industri di MATRADE beberapa bulan lalu adalah apabila menjumpai seekor anak lipas di dalam Mee Udang yang saya pesan. Anak lipas itu dijumpai sewaktu saya dan seorang kawan mahu makan tengahari di sebuah medan selera di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

2. Mee Udang di situ cukup terkenal. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa nama lain bagi Mee Udang di situ adalah Mee Lipas!

3. Semenjak itu, saya bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke gerai Mee Udang di situ lagi.

4. Di Segambut, saya juga mengalami pengalaman yang hampir sama. Sebuah  gerai yang menyediakan lauk-pauk yang beraneka jenis dan menyelerakan namun terdapat ketulan-ketulan tahi kucing yang bergelimpangan di tepi-tepi meja makan di situ. Baunya sudah cukup untuk mematikan selera makan untuk tempoh seminggu.

Continue reading “Mee Lipas”