Isu PTPTN dan pendidikan percuma

1. Sejak ditubuhkan pada tahun 1997 sehingga 2011, PTPTN telah meluluskan pinjaman pelajaran sebanyak RM41.4 billion. Daripada jumlah itu, RM27.5 billion telahpun dipinjamkan kepada mahasiswa. Jumlah yang telah dikutip dari peminjam pula adalah sebanyak RM2.8 billion.

2. Isu PTPTN hangat apabila Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim umum akan mansuhkan PTPTN. Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, antara langkah yang akan diambil untuk membiayai pemansuhan PTPTN adalah melalui 1) Penerbitan bon 2) Tambahan RM2 billion hasil minyak dan gas diperuntukkan khusus untuk dana pendidikan 3) Pengurangan projek mega, pembelian senjata dan lain-lain.

3. Menerbitkan bon bermakna menambahkan hutang negara. Dalam keadaan bajet negara yang defisit selama 14 tahun, penerbitan bon ini sudah tentu bertentangan dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengurangkan hutang negara sekaligus mengatasi bajet defisit. Selain itu, kaedah berhutang untuk menyelesaikan hutang ibarat meminjam dari bank B untuk membayar hutang dengan bank A. Kadar faedahnya sudah tentu berganda. Hasilnya, hutang negara akan lebih membusung.

4. Cadangan tambahan peruntukan RM2 billion dari hasil petroleum dan dividen Petronas untuk menampung perbelanjaan pemansuhan PTPTN juga wajar dikaji semula. Umum mengetahui hasil petroleum dan dividen Petronas agak besar. Ia mewakili 1/3 daripada jumlah hasil negara. Pada tahun 2010 misalnya, hasil petroleum dan  dividen Petronas berjumlah RM55.3 billion. Namun, dalam masa yang sama peruntukan kerajaan untuk pendidikan dan pengajian tinggi adalah sebanyak RM50.1 billion. Nisbah antara peruntukan pendidikan dan pengajian tinggi dengan hasil petroleum dan dividen Petronas adalah 90.5%. Ini adalah nisbah yang sangat besar. Jika terus ditambah, apa lagi yang tinggal untuk sektor yang lain dari hasil utama negara ini?

Continue reading “Isu PTPTN dan pendidikan percuma”

Kenapa AUKU dibantah?

Insiden Adam Adli menurunkan bendera wajah Dato’ Sri Najib Razak di bangunan PWTC serta insiden mahasiswa berdemonstrasi di UPSI awal tahun baru yang lalu sedikit sebanyak membuka mata masyarakat umum tentang isu-isu mahasiswa di Malaysia. Walaubagaimanapun, kedua-dua insiden tersebut hanyalah sekadar ‘tip of the iceberg’.

Saya meneliti komen-komen rakyat Malaysia yang berbilang kaum, fahaman politik dan peringkat umur di laman-laman maya. Sebahagiannya kurang memahami secara mendalam isu sebenar yang diperjuangkan oleh mahasiswa. Komen-komen tanpa maklumat yang mencukupi sebegitu akhirnya membuahkan polemik yang memualkan.

Secara umumnya, perjuangan mahasiswa di Malaysia adalah mengenai beberapa tuntutan. Antaranya adalah tuntutan agar kebebasan mahasiswa berpolitik dijamin melalui pemansuhan atau pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tuntutan agar autonomi pentadbiran universiti dan kolej universiti dikembalikan,  serta tuntutan kebebasan akademik samada dalam kalangan mahasiswa mahupun ahli akademik.

Tulisan ini akan menumpukan perkara yang pertama iaitu soal kebebasan mahasiswa melalui pemansuhan atau pindaan AUKU.

Continue reading “Kenapa AUKU dibantah?”

Kekuatan Mahasiswa Malaysia

1. Pada masa ini, sejuta orang pelajar sedang menuntut di menara gading dalam negara. Dengan andaian bahawa jumlah pelajar asing adalah kecil dan angkanya tidak bererti (signifikan), 1 juta pelajar IPT daripada 28 juta rakyat adalah angka yang besar dan bererti.

2. Seramai 478,221 orang sedang bergelar mahasiswa peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jumlah ini adalah sangat bermakna jika digembleng dengan sebaiknya.

Continue reading “Kekuatan Mahasiswa Malaysia”

Benarkah Mahasiswa Tidak Matang?

1. Saya kecewa apabila mantan Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah menyifatkan mahasiswa Malaysia sebagai tidak matang. Lebih kecewa apabila melihat respon mahasiswa terhadap kenyataan itu. Diam tanpa bantahan yang keras di atas penghinaan yang dahsyat itu.

2. Saya tidak pasti apa definisi matang menurut Ibrahim Abu Shah. Adakah dengan memiliki beberapa buah banglo besar dan kereta mewah serta mampu menabur wang kepada para pengikut untuk memenangi sebarang jawatan parti baru layak dianggap matang?

3. Ataupun perlu bermisai tebal sepertinya baru boleh dianggap matang?

4. Walau apapun tafsiran beliau tentang tahap kematangan mahasiswa, kenyataan itu tetap keterlaluan dan menghina anak bangsa sendiri. Ibrahim Abu Shah secara sedar telah merumuskan bahawa anak-anak bangsa Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di peringkat yang tinggi (IPT) sebagai tidak matang dan tidak layak lagi berpolitik. Suatu rumusan yang tragis dan memilukan.

Continue reading “Benarkah Mahasiswa Tidak Matang?”

Simposium Perdana Mahasiswa Islam 2009

Berucap selaku Pengarah Simposium Perdana Mahasiswa Islam 2009  (SIDANA ’09).

Pada awalnya SIDANA ’09 hampir dibatalkan kerana karenah HEP dan kesibukan pengarah asalnya. Sebagai Majlis Tertinggi (MT) pemantau bagi projek ini, sudah tentu saya tidak rela projek yang saya gagaskan dibatalkan. Walaupun hanya ada 3 bulan lagi untuk tamat belajar di UM, saya memilih untuk meneruskan SIDANA ’09 selaku Pengarah Program – satu kerja ‘berani mati’ bagi seorang pimpinan PMIUM yang sudah hampirexpired.

Continue reading “Simposium Perdana Mahasiswa Islam 2009”

Isu PTPTN menguji ketulusan kasih Pak Lah pada mahasiswa

ptptn2Isu pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) adalah isu kebajikan mahasiswa yang cukup penting. Ia kerapkali disuarakan oleh pemimpin parti-parti pembangkang dan persatuan-persatuan mahasiswa.

Namun beberapa hari yang lepas, ia telah dibangkitkan oleh Dato’ M. Kayveas dalam mesyuarat agung Parti Progresif Penduduk (PPP), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Respon positif daripada Perdana Menteri Malaysia yang mahu mengkaji semula cadangan pemansuhan caj pentadbiran PTPTN telah memberikan harapan baru kepada mahasiswa.

Beberapa sifat dan syarat pinjaman yang ‘tidak mesra peminjam’ telah meletakkan pinjaman PTPTN sebagai pinjaman yang menekan dan menghimpit pelajar. Kadar faedah atau caj pentadbiran yang dikenakan sebanyak 3% setahun (dikompounkan secara bulanan) adalah tidak relevan dalam usaha kerajaan mahu melahirkan modal insan gemilang.

Continue reading “Isu PTPTN menguji ketulusan kasih Pak Lah pada mahasiswa”