Penilaian Separuh Sesi MPMUM, Satu Saranan

logo-mpmum1. Ramai sedang ghairah membuat penilaian terhadap kepimpinan Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak. Secara pukalnya saya mengesani ada pujian positif walaupun hasil polisi era Datuk Sri Najib masih meragukan.

2. Walaubagaimanapun, saya hanya memilih untuk membuat penilaian terhadap Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) selama separuh sesi memimpin. Ia lebih kena dan sesuai bagi seorang mantan ahli MPMUM seperti saya. Mahu mengulas tentang DS Najib mungkin boleh, namun kredibiliti saya belum melayakkan.

3. Penilaian tentang MPMUM ini berkemungkinan kurang tepat. Namun, saya berharap apa yang baik boleh diambil pengajarannya dan yang tidak benar boleh diperbetulkan.

Continue reading “Penilaian Separuh Sesi MPMUM, Satu Saranan”

Apa Kena Dengan Rosmah Mansor?

rosmah1. Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (isteri Tunku Abdul Rahman) tidak pernah dilihat sebagai beban (burden) kepada suaminya. Begitu juga dengan Tun Rahah Tan Sri Noah (isteri Tun Razak) dan Tun Suhaila Tan Sri Noah (isteri Tun Hussein Onn).

2. Malahan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (isteri Tun Mahathir), Datin Seri Endon Mahmood dan Datin Seri Jean Abdullah (kedua-duanya isteri Tun Abdullah Ahmad) pula dilihat sebagai pendokong kuat kerjaya suami mereka – yang semuanya Perdana Menteri. Mereka dilihat sebagai isteri-isteri PM yang sangat supportive. Imej mereka baik dan mereka disayangi rakyat jelata.

3. Seingat saya, paling teruk pun yang dikutuk dalam kalangan mereka adalah Tun Dr Siti Hasmah. Itu pun kerana dikatakan bahawa Tun Siti Hasmah memakai rambut palsu. Itu sahaja. Ia hanyalah kutukan untuk memuaskan hati pihak-pihak tertentu yang sakit hati. Tiada lebih.

Continue reading “Apa Kena Dengan Rosmah Mansor?”

Memperkasa Media Mahasiswa Malaysia (3)

Saya kerapkali mencadangkan agar akhbar bercetak mahasiswa direalisasikan. Benar, telah wujud akhbar Mahasiswa – Api Perjuangan yang diterbitkan oleh alumni-alumni mahasiswa pro-Kerajaan. Namun jumlah edaran terlalu kecil dan ia hanyalah bersifat propaganda semata-mata. Selain itu ia hanya diedarkan secara percuma kerana tidak ada orang yang sanggup untuk membayar akhbar sebegitu.

utusan kampus copyAktivis gerakan mahasiswa misalnya melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) boleh berpakat untuk menerbitkan akhbar bercetak mahasiswa.Tidaklah perlu untuk diterbitkan secara harian atau mingguan. Keluaran bulanan pun sudah memadai. Kalau MPMN yang mendakwa ‘nasional’ tidak mampu merealisasikan akhbar bercetak mahasiswa sendiri, maka baik dibubar sahaja pertubuhan itu. Buang masa sahaja jika sekadar berkumpul, bertanya khabar dan berkongsi pengalaman gerak kerja di kampus masing-masing.

Penerbitan akhbar mahasiswa tidak perlu bersifat retorik dan terlalu padat dengan propaganda murahan. Paparkan sahaja tentang masalah yang sedang dihadapi mahasiswa serta tindakan yang telah dan akan diambil oleh pimpinan mahasiswa untuk mengatasi masalah itu.

Continue reading “Memperkasa Media Mahasiswa Malaysia (3)”

Memperkasa Media Mahasiswa Malaysia (2)

Penguasaan MASSA melalui media adalah salah satu daripada jalan-jalan untuk ke tampuk penguasaan.Pihak yang mahu berkuasa/mahu terus berkuasa mestilah memiliki media yang berpengaruh, besar dan dihormati.

Parti pemerintah Umno-Barisan Nasional (UBN) misalnya memiliki media yang berpengaruh dan besar namun kurang dihormati.Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3, RTM, Kosmo adalah gerombolan media yang lengkap dan berupaya membantu dalam memastikan UBN untuk terus berkuasa.Media-media ini bukan sekadar melaporkan berita, namun yang paling utama ia menghidangkan propaganda yang bertujuan untuk menawan hati rakyat dan menentukan sikap rakyat terhadap satu-satu isu.Oleh kerana media-media ini sudah mulai kurang dihormati, maka bisa propaganda yang dihidangkannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini sudah mulai tawar.

Parti-parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) juga memiliki media.Akhbar Harakah, Siasah, Suara Keadilan dan Rocket adalah media yang belum cukup berpengaruh, besar dan dihormati. Kemenangan PR di beberapa buah negeri bukanlah kerana peranan yang dimainkan oleh media-media ini berkesan sebaliknya adalah peranan media-media alternatif yang lain seperti portal Malaysiakini serta blog-blog picisan yang pro kepada mereka.Saya tidak pasti samada Malaysiakini ada kaitan istimewa dengan Pakatan Rakyat, namun kebanyakkan laporan yang disiarkan banyak menguntungkan PR berbanding UBN.

Continue reading “Memperkasa Media Mahasiswa Malaysia (2)”

Memperkasa Media Mahasiswa Malaysia (1)

burst_student_power

Mahasiswa Malaysia khususnya gerakan mahasiswa pada hari ini ketara berbeza dengan gerakan mahasiswa Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Perbezaan ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antara faktor yang dominan adalah orientasi dan corak perjuangan gerakan mahasiswa.

Orientasi perjuangan berkait erat dengan ideologi dominan yang menguasai gerakan mahasiswa pada satu-satu masa.Pada era 60-an da 70-an kelompok aliran sosiolis dan nasionalis paling menonjol.Orientasi perjuangan mahasiswa pada ketika itu tertumpu kepada isu-isu rakyat marhein yang tertindas, soal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, soal kepimpinan Tunku yang dipertikaikan serta beberapa isu yang berkaitan dengan ideologi yang mereka dokong.

Antara lewat 70-an dan 80-an, ideologi gerakan mahasiswa yang dilihat bertunjangkan Islam mula mengambil tempat.Persatuan mahasiswa Islam seperti PKPIM dan PMIUM menonjol dalam mengetengahkan idea ‘Faham Islam’ dalam mengubah masyarakat ke arah mempraktikkan Islam yang lebih sempurna.Impaknya bukan hanya kepada masyarakat kampus, sebaliknya juga kepada masyarakat luar kampus.

Continue reading “Memperkasa Media Mahasiswa Malaysia (1)”