Yang DiPertua MPMUM

1. Sepanjang 10 tahun dalam dekad pertama era Millenium, MPMUM menyaksikan penguasaan yang agak seimbang antara kelompok mahasiswa yang condong kepada kerajaan (MGMUM – Aspirasi – Penggerak Mahasiswa) dengan kelompok mahasiswa yang kritikal kepada kerajaan (GMUM – Gagasan – Pro Mahasiswa), walaupun seringkali berpencak di atas padang yang tidak sama rata.

2. Setiap kelompok ini memiliki kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Dalam persaingan merebut kerusi MPMUM serta perjuangan mengisi kemenangannya, tiada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa perjuangan mereka sempurna. Masing-masing harus mengakui bahawa ada ruang dan lompong yang perlu diperbaiki. Dalam proses belajar dan menimba pengalaman, keterbukaan adalah attitude yang sangat mustahak.

Continue reading “Yang DiPertua MPMUM”

Penilaian Separuh Sesi MPMUM, Satu Saranan

logo-mpmum1. Ramai sedang ghairah membuat penilaian terhadap kepimpinan Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak. Secara pukalnya saya mengesani ada pujian positif walaupun hasil polisi era Datuk Sri Najib masih meragukan.

2. Walaubagaimanapun, saya hanya memilih untuk membuat penilaian terhadap Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) selama separuh sesi memimpin. Ia lebih kena dan sesuai bagi seorang mantan ahli MPMUM seperti saya. Mahu mengulas tentang DS Najib mungkin boleh, namun kredibiliti saya belum melayakkan.

3. Penilaian tentang MPMUM ini berkemungkinan kurang tepat. Namun, saya berharap apa yang baik boleh diambil pengajarannya dan yang tidak benar boleh diperbetulkan.

Continue reading “Penilaian Separuh Sesi MPMUM, Satu Saranan”

Isu PTPTN menguji ketulusan kasih Pak Lah pada mahasiswa

ptptn2Isu pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) adalah isu kebajikan mahasiswa yang cukup penting. Ia kerapkali disuarakan oleh pemimpin parti-parti pembangkang dan persatuan-persatuan mahasiswa.

Namun beberapa hari yang lepas, ia telah dibangkitkan oleh Dato’ M. Kayveas dalam mesyuarat agung Parti Progresif Penduduk (PPP), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Respon positif daripada Perdana Menteri Malaysia yang mahu mengkaji semula cadangan pemansuhan caj pentadbiran PTPTN telah memberikan harapan baru kepada mahasiswa.

Beberapa sifat dan syarat pinjaman yang ‘tidak mesra peminjam’ telah meletakkan pinjaman PTPTN sebagai pinjaman yang menekan dan menghimpit pelajar. Kadar faedah atau caj pentadbiran yang dikenakan sebanyak 3% setahun (dikompounkan secara bulanan) adalah tidak relevan dalam usaha kerajaan mahu melahirkan modal insan gemilang.

Continue reading “Isu PTPTN menguji ketulusan kasih Pak Lah pada mahasiswa”