Tahniah Khairy,Pengganti Salahudin Pula Bagaimana?

225px-yang_berhormat_khairy_jamaluddin_abu_bakarsallehudin-permatang-pauh

Keputusan rasmi pemilihan Ketua Pemuda UMNO telah memihak kepada saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar.Beliau memperoleh 304 undi menewaskan Dato’ Seri Dr. Khir Toyo (254 undi) dan Dato’ Mukhriz Mahathir (232 undi).

Gaya kepimpinannya yang ‘segar’ dan lantang, pendekatannya yang kuat menyerang pembangkang, gayanya yang berani berdepan, ‘tagline’nya (Setiakawan) yang mesra politik wang serta publisti media yang banyak menyebelahinya adalah antara asbab kemenangan Khairy.

Jika ditinjau dari analisis-analisis yang dibuat, kemenangan adalah milik mutlak Dato’ Mukhriz Mahathir. Beliau sepatutnya menang dengan 486 undi. Namun undi arus perubahan itu terpecah dua apabila Dr. Khir  turut sama bertanding.

Apapun tahniah kepada Khairy. Diharapkan agar Pemuda UMNO tidak lagi lembik di bawah beliau!

Continue reading “Tahniah Khairy,Pengganti Salahudin Pula Bagaimana?”

Anjurkan Debat Ketua Pemuda UMNO

Setakat ini, Mukhriz sudah peroleh 40 pencalonan manakala Khairy 20 pencalonan. Khir Toyo dan Zahidi pula masih jauh ketinggalan.

Walaupun jumlah pencalonan sebenarnya belum mampu mencitrakan keputusan undi sebenar perwakilan nanti, namun ramai yang sudah menjangka Mukhriz akan menang. Tidak kurang juga yang percaya bahawa Khairy bakal melakukan kejutan. Walaupun analisis saya masih condong untuk meletakkan Mukhriz sebagai bakal Ketua Pemuda UMNO yang baru namun secara peribadinya saya lebih gembira jika Khairy yang bakal dipilih.

Apabila hegemoni Pak Lah berakhir, Najib bakal memulakan era pemerintahannya. Era pentadbiran ‘ala-ala Mahathir’ akan bermula kembali.

Oleh itu, perlu ada ‘team leader’‘ UMNO yang boleh melakukan ‘check and balance’. Jika Pak Lah masih Perdana Menteri memanglah Mukhriz yang paling sesuai. Namun jika Najib yang menjadi perdana menteri, maka Khairylah yang paling sesuai. Jika Mukhriz yang condong kepada Najib juga yang dipilih, maka kurang berkesanlah agenda perubahan UMNO yang dicanang-canang sebelum ini.

Oleh itu,eloklah jika Pemuda UMNO menganjurkan debat antara kedua-dua tokoh pemuda ini.Sekurang-kurangnya bakal perwakilan nanti tahu untuk memilih bakal ketua mereka. Tidaklah mereka bakal terpedaya dengan agenda perubahan yang belum tentu tulen ataupun palsu.