Benarkah Haji Hadi Pemimpin Keras?

Rentetan isu kenyataan Datuk Mustafa Ali, PAS Terengganu juga terpalit kritikan tak berkesudahan.

Semalam,YB Khalid Samad mengulas bahawa pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

“Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” memetik kata-katanya dalam satu temubual.

Pada pandangan beliau PAS negeri Terengganu di bawah pimpinan pesuruhjayanya Datuk Mustafa Ali dikatakan mempunyai “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa’ruf”.

Walaupun YB Khalid bercakap atas nama peribadinya sendiri, namun pandangan itu dikongsi oleh ramai pihak. Ramai beranggapan bahawa kekalahan PAS di Terengganu adalah kerana PAS masih dikuasai oleh ‘orang-orang yang keras’ yang sukar menerima pandangan orang lain. ‘Orang-orang’ itu dibaca termasuklah Haji Hadi Awang barangkali. Pemimpin utama mencitrakan punca pandangan umum.

Continue reading “Benarkah Haji Hadi Pemimpin Keras?”

Mahu Bantai Mustafa Ali Sampai Lumat?

Media masih belum sepi dari menyiarkan pandangan dan kritikan beberapa pemimpin PAS terhadap tindakan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang tidak yakin dengan kerajaan 16 September.

Bermula dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang bertindak mengecam , kemudian Datuk Husam Musa yang mengkritik Cikgu Pa sehingga mengungkit adab-adab berjemaah.

Terbaru adik Shahrir Samad pula yang membantai Cikgu Pa.

Bukanlah bermaksud bahawa saya mahu membela Cikgu Pa semata-mata dia orang Terengganu. Namun apakah ini adab ahli politik Islam dalam menghadapi sesuatu krisis?

Sepatutnya apabila Cikgu Pa sebagai seorang pemimpin veteren parti mengakui kesilapannya tempohari dan bersedia merendahkan egonya sebagai seorang ‘anak’, pemimpin dan ahli-ahli PAS wajar menerimanya dengan berlapang dada.

Continue reading “Mahu Bantai Mustafa Ali Sampai Lumat?”