Usah dicaci pengemis yang meminta

Seringkali kita berhadapan dengan pengemis yang meminta sedekah. Samada di kedai makan, tangga masjid, pintu masuk bank, pasar malam serta pelbagai lagi tempat yang biasa dikunjungi orang awam. Seringkali juga kita prejudis terhadap kelompok ini. Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa golongan ini adalah pemalas, penipu ataupun dihantar oleh sindiket peminta sedekah.

Continue reading “Usah dicaci pengemis yang meminta”

Apa program dalam Negara Berkebajikan PAS?

1. Tindakan menjenamakan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan adalah tindakan yang tepat dan kena pada masanya. Selagi Fasal 5 Perlembagaan PAS masih kekal, apa nama sekalipun yang diguna tidak akan menimbulkan masalah kepada PAS. Yang akan bermasalah hanya Umno, Utusan dan Perkasa.

2. Menawarkan Negara Berkebajikan kepada 28,541,832 orang rakyat Malaysia pada masa negara dibelenggu kegawatan ekonomi dan agihan kekayaaan yang tidak seimbang adalah wajar dipuji. PAS sudah melangkah ke hadapan dalam menampilkan manifesto yang lebih berjejak dan selari dengan keperluan rakyat.

3. Masa semakin suntuk. Maka PAS perlu segera menerbitkan blueprint Negara Berkebajikan yang ingin dilaksanakan itu. Tawaran semasa PRU12 dahulu perlu diperkemaskan semua agar lebih terkini dan menyeluruh.

4. Saya yakin penekanan akan dibuat dalam membersihkan ekonomi daripada riba. Rakyat tertunggu-tunggu apa polisi PAS mengenai perbankan Islam serta sistem kewangan Islam. Apa polisi PAS dalam  soal pembiayaan rakyat khususnya dalam pembelian kereta dan rumah. Semakin ketat atau longgar peraturannya?

Continue reading “Apa program dalam Negara Berkebajikan PAS?”