Jika Anwar Ibrahim Dipenjarakan

Teruk+diseksa1. Pembicaraan DS Anwar Ibrahim masih belum selesai. Terbaru, ia ditangguhkan ke 15 Julai kerana peguam Sulaiman Abdullah masih belum sihat sepenuhnya.

2. Saya berdoa semoga kebenaran timbul jua. Samada kebenaran milik Saiful atau milik Anwar, itu soal kedua. Yang penting ia (kebenaran) hadir dalam perbicaraan kali ini.

3. Bercakap tentang Anwar, dia mungkin akan disabitkan bersalah. Kalau itu berlaku apa akan jadi pada Pakatan Rakyat?

4. DAP dan PAS memang punyai dua kutub berbeza. Payah nak bertemu apatah lagi bersama. Setakat ni hanya Allahyarham Ustaz Fadzil dan Anwar Ibrahim saja yang mampu mengikat mereka (dengan izin Allah). Tanpa mereka atau pemimpin yang sepintar mereka, barangkali DAP dan PAS akan kembali berseteru.

Continue reading “Jika Anwar Ibrahim Dipenjarakan”

Anwar dan Isu Kerajaan Perpaduan

images1. Pimpinan utama Pakatan Rakyat telah membuat satu ketetapan – tidak bersetuju dengan gagasan Kerajaan Perpaduan. Tuan Guru Nik Aziz pun dah tarik balik kecamannya terhadap Ustaz Nasha dan PAS pula sudah kembali tenang. Syukur Alhamdulillah.

2. Di padang silat mahasiswa pula, Presiden GAMIS telah menolak pelawaan debat isu tersebut dengan saudara Mior Isfandy. Mahu tumpukan pada isu Selatan Thai dan PPSMI katanya. Terpulanglah.

3. Saya sendiri juga sudah tidak berminat untuk menulis dan bercakap tentang isu ini. Pendirian saya konsisten semenjak awal. Kerajaan Perpaduan adalah cadangan yang baik untuk difikir-fikirkan namun buat masa ini ia tidak relevan dan praktikal untuk dilaksanakan. Saya gembira apabila melihat ramai ahli-ahli PAS yang berani melahirkan kritikan dan pandangan kritikal terhadap pimpinan mereka. Ini adalah perkembangan yang baik dan cukup sihat. Berbeza dengan zaman Dato’ Asri Muda dulu.

4. Walaubagaimanapun, ahli-ahli PAS (termasuk pimpinan) perlu belajar satu lagi perkara – kemahiran menyampaikan kritikan atau pandangan kepada pimpinan mereka. Maksud saya dari sudut adab dan cara terbaik dalam mengritik. Ia mungkin sudut pandang yang remeh, namun dengan cara yang salah, ia boleh mengeruhkan lagi keadaan dan bukan menjernihkan. Sebagaimana yang saya tulis sebelum ini, kritikan yang diluahkan dengan cara dan masa yang salah adalah ibarat membaling batu ke dinding kaca. Batu tak kena sasaran, kaca rumah pecah berderai.

Continue reading “Anwar dan Isu Kerajaan Perpaduan”