Ucapan kemenangan dalam Pilihanraya Kampus UM 2007

Berucap di hadapan Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya selepas diumumkan menang kerusi umum dengan 5030 undi. Saudara Shahir Abdul Aziz (di kiri saya) yang juga memenangi kerusi umum turut sama berucap di samping Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Saudara Dzulkhairi Mohd Nor (di kiri Shahir) .

Barisan Pro Mahasiswa sesi ini hanya memenangi 2 daripada 9 kerusi umum dan 5 daripada 32 kerusi fakulti sekaligus gagal membentuk kabinet.

Kemenangan bukanlah kejayaan yang sebenar, tetapi usaha yang sempurna.

Tahniah Pro Mahasiswa!

1. Pro Mahasiswa kembali menawan kampus-kampus utama dalam keputusan pilihanraya kampus (PRK) tahun ini. Pro M menang di UM, UKM, UPSI,UMK, USIM dan UMS manakala tewas di kampus UPM, USM dan UTM.

2. Sebelum ini, memang front mahasiswa yang anti-Umno menguasai kampus. Namun apabila Umno melaksanakan grand design menguasai MPP seluruh kampus, front-front tersebut tumbang di hampir kesemua kampus. Pada PRK 2003/04, semua kampus dirampas oleh front Aspirasi (Pro-Umno) kecuali UM dan UIAM.

3. Tahun-tahun gelap itu berlangsung hampir sedekad.

4. Tidak mustahil, grand design akan direncanakan semula. Lebih-lebih lagi Ketua Pemuda Umno kini tiada banyak kerja kerana tidak dilantik sebagai menteri.

5. Apapun, saya rakamkan ucapan tahniah kepada adik-adik Pro M di semua kampus. Allah telah menganugerahkan kemenangan hasil kerja-keras saudara-saudari. Moga ia diteruskan dalam mengisi kemenangan ini.

6. Kerja kuat!

Pro Mahasiswa atau Penggerak Mahasiswa?

Pilihanraya Kampus di Universiti Malaya sudah mula terasa kehangatannya. Pro Mahasiswa (Pro M) dan Penggerak Mahasiswa (GERAK) akan bertempur setelah tertangguh beberapa bulan. Jentera Pro M sudah mula menggempur kolej-kolej kediaman manakala Jentera GERAK sudah mula membuat giliran untuk menjaga pintu-pintu ‘gate’ kolej kediaman yang dikuasai mereka.

rimaw2-copy

Sebagai makluman, Pro Mahasiswa adalah nama baru bagi Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM – Gagasan) atau Parti NADI (Nama sebelum Gagasan). Penggerak Mahasiswa pula adalah nama baru bagi Aspirasi ataupun Majlis Gabungan Mahasiswa Universiti Malaya (MGMUM).

promSaya tidak pasti sampai bilakah nama GERAK ini akan bertahan. Sebelum ini Aspirasi UM cuba menggunakan nama Revolusi Mahasiswa (Revo M) namun disebabkan nama itu adalah persis ‘kitaran semula’ nama lama bagi Aspirasi di UIAM (REVO), maka akhirnya nama Revo M terkubur.

Saya ada cadangkan kepada Pengerusi GERAK UM agar nama GERAK itu dicantikkan dengan nama ‘GERAK Student’. Cadangan saya itu bertujuan supaya bunyinya lebih sedap bila mahu dilaungkan sewaktu ada rapat umum atau demontrasi. Seronok juga bila saling berbalas sorakan nanti.

Continue reading “Pro Mahasiswa atau Penggerak Mahasiswa?”

Pilihanraya Kampus UM 2007

Gambar ini diambil pada pagi penamaan calon Pilihanraya Kampus 2007. Kami berkumpul di rumah yang diwakafkan sementara oleh ahli PMIUM untuk dijadikan markaz dan tempat calon-calon berbincang.

Berbeza dengan calon-calon Aspirasi yang berkampung di hotel mewah dengan dijamu makanan enak dan keselesaan yang terjamin, kami hanya dibekalkan dengan kesederhanaan serta semangat untuk membawa perubahan.

Pemimpin, kalau dilatih dengan kemewahan dan bersenang-lenang, apakah mereka akan bersedia untuk berkorban atau bersusah-payah demi orang yang dipimpin?

Calon-calon kami majoritinya kalah pada tahun ini. Tapi kami puas kerana kalah kami bermaruah.