Teraju Baru PMIUM


1. Pada 9 April 2010 (Jumaat), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya di Dewan Kuliah Utama (DKU) Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

2. Seperti biasa, mata akan tertumpu pada pemilihan kepimpinan baru PMIUM khususnya jawatan Presiden/Yang DiPertua. Jawatan penting itu menentukan corak dan sejauh mana PMIUM akan berperanan selaku penggerak Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) samada di kampus ataupun di peringat inter-kampus.

Continue reading “Teraju Baru PMIUM”

Coret-Coret MHM 3

images>>Isu Bakar Karpet Merah

1. Pada masa ini, web mahasiswakini cukup hangat. Hits laman itu hampir menyamai hitsnya pada hari-hari ketika berlakunya isu Kepala Babi di Surau APIUM januari lalu. Ia disebabkan tidak lain tidak bukan kerana isu terbaru yang sedang melanda kampus UM – isu Puaka Rosmah.

2. Berkenaan dengan isu terbaru ini, ada yang menyokong tindakan Izzudin dan Syahrudeen itu. Ada juga yang mempertikai. Bagi yang sokong, biasalah jika ia disandarkan dengan sirah nabawiyah. Bagi yang mempertikai pula, dalil dan sirah nabawiyah juga turut sama dihujahkan. Selain itu, pelbagai sebab lain turut ditimbulkan bagi merasionalkan bangkangan mereka. Kata mereka, kalau benci pada Rosmah, sepatutnya Rosmahlah yang dibakar, bukannya karpet. Adakah mereka marahkan karpet? Itu kata mereka la..

3. Bagi saya, isu sebenar bukanlah isu itu. Itu bukan isu pun. Bagi ahli-ahli PMIUM, setakat karpet Rosmah dibakar belum layak dianggap isu. Ia terlalu remeh. Lainlah kalau rambut atau baju Rosmah yang terbakar.

Continue reading “Coret-Coret MHM 3”

Coret-Coret MHM 1

>>Kursus Pelatihan ESQ 165

1. Saya dijemput mengikuti Kursus Pelatihan ESQ 165 pada 20 dan 21 Jun yang lepas. Terima kasih kepada pihak ESQ dan Kak Zalinda.

2. Kebanyakan perkara yang didedahkan mungkin biasa kita temui dan dengari sebelum ini, namun pendekatan mereka luar biasa. Saya ingat, hati saya sudah terlalu keras dan kering untuk mengalirkan air mata keinsafan. Rupanya tidak.

3. Saya seperti telah mendapat ‘diri’ yang baru. Moga perubahan ke arah yang lebih baik ini berterusan dan konsisten.

4. Bagi yang belum pergi, saya cadangkan baik segera mendaftar. Nilai RM1380 (eksekutif) atau RM550 (mahasiswa) adalah sangat berbaloi jika dilaburkan dengan menyertai kursus tersebut. Benar, wujud beberapa kritikan kepada ESQ. Namun perkara-perkara itu telah dan sedang diperbaiki. Mengapa kita terlalu melihat perkara-perkara negatif walaupun yang positifnya banyak menimbun?

Continue reading “Coret-Coret MHM 1”

Menjawab Kritikan Saudara Nazree Yunus

Pandangan pengerusi GERAK saudara Nazree Yunus bahawa kepimpinan PMIUM perlu ditukar segera kerana kurang efektif adalah kurang ‘kena’ pada tempatnya dan bersifat provokatif semata-mata.

Kayu ukur yang beliau gunakan adalah tidak kredibel – pandangan tegas daripada pucuk pimpinan PMIUM berkaitan isu Rafiah Salim dipecat yang tidak kedengaran. Saya tidak pasti adakah beliau mahu mengesyorkan agar pimpinan PMIUM membantah keras pemecatan itu ataupun berpesta mengalu-alukan kehadiran Naib Canselor yang baru, Profesor Ghauth Jasmon.

Isu pemecatan (penamatan kontrak) Datuk Rafiah Salim bukanlah isu besar yang signifikan kepada mahasiswa UM apatah lagi mahasiswa Malaysia secara umumnya. Bonda, walaupun tidak serakus Razali Agus dalam menyerang gerakan mahasiswa Islam di UM namun beliau tidak banyak membantu.

Justeru saya berpendapat bahawa aksi tegas dari pihak PMIUM adalah tidak perlu. Cukuplah dengan hanya respon tawar.

Keduanya, menyentuh tentang tenggelamnya ‘domain’ PMIUM dalam menjuarai isu nasional dan kampus secara agresif dan bersungguh-sungguh.Saya bersetuju. Namun saya juga ingin menarik perhatian bahawa PMIUM sentiasa komited menghantar duta-dutanya ke segenap proksi mahasiswa bagi menggerakkan agenda yang belum pernah selesai.

GAMIS, GMMA, Persada, SMM, Bersatu Perak, Pro Mahasiswa Nasional adalah antara sumbangan aktivis-aktivis dan pimpinan PMIUM yang tidak wajar dipertikaikan. Apakah soal nama PMIUM yang menjadi ukuran sesuatu kejayaan dalam gerakan mahasiswa?

Kita bukan berkerja untuk mendapat gah pada nama.

Apapun saya menghormati pandangan beliau selaku mantan Presiden PMIUM yang masih cakna pada pergolakan  pasang surut kampus khususnya terhadap PMIUM.

Budaya Keusahawanan dan Isu Ekonomi Bumiputera

Saya telah menjalankan tugas selaku Bendahari Agung PMIUM selama hampir lapan bulan dan tinggal baki hanya sekitar empat bulan sahaja lagi.Masa berlalu cukup pantas.

Saya bersyukur dengan projek-projek persatuan yang telah berjaya dilakukan. Baki beberapa lagi projek yang sedang dirancang moga-moga akan berjaya dilaksanakan sebelum saya dan teman-teman pimpinan yang lain meletakkan jawatan.

Saya berdoa agar projek LAKIUM,OPKIM Eid Adha, OPKIM Desa dan SIDANA khususnya berjaya direalisasikan. Alhamdulillah kelulusan (selain LAKIUM) telah berjaya diperolehi walaupun peruntukan HEPA agak kecil dan menyedihkan. RM200 dan RM400 untuk OPKIM Eid Adha dan OPKIM Desa. Apapun, saya bersyukur.

Continue reading “Budaya Keusahawanan dan Isu Ekonomi Bumiputera”