Isu PTPTN dan pendidikan percuma

1. Sejak ditubuhkan pada tahun 1997 sehingga 2011, PTPTN telah meluluskan pinjaman pelajaran sebanyak RM41.4 billion. Daripada jumlah itu, RM27.5 billion telahpun dipinjamkan kepada mahasiswa. Jumlah yang telah dikutip dari peminjam pula adalah sebanyak RM2.8 billion.

2. Isu PTPTN hangat apabila Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim umum akan mansuhkan PTPTN. Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, antara langkah yang akan diambil untuk membiayai pemansuhan PTPTN adalah melalui 1) Penerbitan bon 2) Tambahan RM2 billion hasil minyak dan gas diperuntukkan khusus untuk dana pendidikan 3) Pengurangan projek mega, pembelian senjata dan lain-lain.

3. Menerbitkan bon bermakna menambahkan hutang negara. Dalam keadaan bajet negara yang defisit selama 14 tahun, penerbitan bon ini sudah tentu bertentangan dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengurangkan hutang negara sekaligus mengatasi bajet defisit. Selain itu, kaedah berhutang untuk menyelesaikan hutang ibarat meminjam dari bank B untuk membayar hutang dengan bank A. Kadar faedahnya sudah tentu berganda. Hasilnya, hutang negara akan lebih membusung.

4. Cadangan tambahan peruntukan RM2 billion dari hasil petroleum dan dividen Petronas untuk menampung perbelanjaan pemansuhan PTPTN juga wajar dikaji semula. Umum mengetahui hasil petroleum dan dividen Petronas agak besar. Ia mewakili 1/3 daripada jumlah hasil negara. Pada tahun 2010 misalnya, hasil petroleum dan  dividen Petronas berjumlah RM55.3 billion. Namun, dalam masa yang sama peruntukan kerajaan untuk pendidikan dan pengajian tinggi adalah sebanyak RM50.1 billion. Nisbah antara peruntukan pendidikan dan pengajian tinggi dengan hasil petroleum dan dividen Petronas adalah 90.5%. Ini adalah nisbah yang sangat besar. Jika terus ditambah, apa lagi yang tinggal untuk sektor yang lain dari hasil utama negara ini?

Continue reading “Isu PTPTN dan pendidikan percuma”

Akhlak Mukmin dalam Surah Al-Hujurat (ayat 11)

Terjemahan:

1. Wahai orang-orang yang beriman! 

2. Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; 

Continue reading “Akhlak Mukmin dalam Surah Al-Hujurat (ayat 11)”

Kenapa AUKU dibantah?

Insiden Adam Adli menurunkan bendera wajah Dato’ Sri Najib Razak di bangunan PWTC serta insiden mahasiswa berdemonstrasi di UPSI awal tahun baru yang lalu sedikit sebanyak membuka mata masyarakat umum tentang isu-isu mahasiswa di Malaysia. Walaubagaimanapun, kedua-dua insiden tersebut hanyalah sekadar ‘tip of the iceberg’.

Saya meneliti komen-komen rakyat Malaysia yang berbilang kaum, fahaman politik dan peringkat umur di laman-laman maya. Sebahagiannya kurang memahami secara mendalam isu sebenar yang diperjuangkan oleh mahasiswa. Komen-komen tanpa maklumat yang mencukupi sebegitu akhirnya membuahkan polemik yang memualkan.

Secara umumnya, perjuangan mahasiswa di Malaysia adalah mengenai beberapa tuntutan. Antaranya adalah tuntutan agar kebebasan mahasiswa berpolitik dijamin melalui pemansuhan atau pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tuntutan agar autonomi pentadbiran universiti dan kolej universiti dikembalikan,  serta tuntutan kebebasan akademik samada dalam kalangan mahasiswa mahupun ahli akademik.

Tulisan ini akan menumpukan perkara yang pertama iaitu soal kebebasan mahasiswa melalui pemansuhan atau pindaan AUKU.

Continue reading “Kenapa AUKU dibantah?”

PRU13 milik siapa?

1. AGM Umno telah melabuhkan tirainya. Gendang pilihanraya telah dipalu menandakan isyarat jelas bahawa parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat.

2. Saya harus jujur mengakui bahawa mood rakyat pada masa ini milik Umno/BN melainkan di beberapa segmen masyarakat. Melayu Kelantan serta Melayu bandar, Cina dan India masih melihat Umno/BN sebagai perompak harta rakyat. Selainnya masih percaya bahawa Umno/BN adalah satu-satunya harapan.

3. Sehingga ke saat ini, Umno/BN telah melakukan segala perkara untuk memenangi hati rakyat. Liberalisasi ekonomi, sosial dan politik serta idea-idea terbaik telah digunakan sebaiknya tanpa menghiraukan samada ia ciplak ataupun kitar semula. Semuanya telah dipropagandakan dengan begitu baik oleh media mereka menyebabkan majoriti rakyat percaya bahawa Umno/BN telah benar-benar berubah menjadi lebih baik.

Continue reading “PRU13 milik siapa?”

Usah dicaci pengemis yang meminta

Seringkali kita berhadapan dengan pengemis yang meminta sedekah. Samada di kedai makan, tangga masjid, pintu masuk bank, pasar malam serta pelbagai lagi tempat yang biasa dikunjungi orang awam. Seringkali juga kita prejudis terhadap kelompok ini. Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa golongan ini adalah pemalas, penipu ataupun dihantar oleh sindiket peminta sedekah.

Continue reading “Usah dicaci pengemis yang meminta”

Salah faham dalam perjuangan Islam?

1. Mohammed Badie adalah lulusan pengajian perubatan vateriner. Beliau kini dilantik sebagai Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, pertubuhan gerakan Islam paling berpengaruh di dunia.

2. Hassan Al Hudaybi, juga seorang Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin adalah lulusan undang-undang. Beliau dipilih menggantikan Mursyidul Am yang pertama iaitu Hassan Al Banna.

3. Di Indonesia, Presiden Parti Keadilan Sejahtera (PKS) iaitu Tifatul Sembiring adalah lulusan IT dan komputer. PKS adalah gerakan Islam terbesar di Indonesia yang terlibat dalam bidang politik.

4. Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin yang juga pimpinan utama Hamas adalah lulusan sastera Arab dari Universiti Islam Gaza.

5. Ada banyak lagi contoh yang menguatkan hujah bahawa peranan meneraju gerakan Islam bukanlah milik tokoh lulusan pengajian Islam semata-mata. Kriteria paling utama adalah nilai competency serta accountability. Sifat Al Qowwi dan Al Amin bukan hanya untuk memilih pemimpin tetapi dalam semua pekerjaan.

Continue reading “Salah faham dalam perjuangan Islam?”

Ibrahim Ali Hina Raja-Raja Melayu

Petikan ucapan MP Pasir Mas (UMNO) di Dewan Rakyat pada 8 Mac 1993

“Dan setengah Raja-raja telah ada yang sedar, yang belum sedar Sultan Kelantan. Sultan Kelantan tidak sedar, nanti saya cerita sebab apa. Asal-usul Sultan Kelantan dahulu, saya tahu sejarah, sebab saya juga anak daripada kota Kubang Lasu di Kelantan, saya tahu sejarah Kelantan ini.

“Pada saya telah lama selesai, tidak kisah soal consent atau tidak consent ini. Rakyat lran jatuhkan Raja Shah dahulu, ada dia pergi tanya consent, “Wahai Raja, kami hendak jatuh Tuanku”? Perlu kepada consent? Tidak ada. Tidak ada, Raja of Iran dahulu, King of Kings dahulu. Kita di sini mengikut undang-undang. Pada saya, Parlimen paling supreme dan tidak timbul masalah consent ini, sudah jelas dari segi Perlembagaan.”

“Dan diharap selepas dipersetujui Etika Raja-raja, maka Raja-raja tidak buat lagi perangai yang tidak senonoh ini, campur dalam perniagaan secara melampau, pinjam duit bank—tidak bayar, pukul orang, hendak rogol anak orangkah, hendak bawa lari anak orangkah, sudah tidak ada dan kita berharap tidak akan berlaku lagi. Tetapi berlaku lagi. Maka sebab itu berlaku pindaan Perlembagaan ini. ”

Continue reading “Ibrahim Ali Hina Raja-Raja Melayu”

Selekoh Terakhir PRU-13

1. Tanda-tanda bahawa PRU13 semakin hampir sedang kelihatan. Beberapa tindakan DS Najib Razak serta Umno/BN mutakhir ini memberikan isyarat bahawa PRU 13 mungkin akan diadakan dalam separuh tahun pertama 2011. Penggantian DS Samy Vellu adalah isyarat kubra (besar) selain isyarat-isyarat sughra (kecil) yang lain.

2. Kemungkinan pada bulan Mac ataupun Mei.

3. Pada masa ini, para blogger Umno/BN kelihatan sudah bersedia. Cybertrooper upahan mereka juga sedang ghairah menyusun langkah. Blog, laman web  serta FB/twitter sedang digunakan sehabis penjuru untuk memperlihatkan bahawa Umno/BN sedang memiliki mood rakyat.

4. Malangnya pada masa yang sama, para blogger/cybertrooper PAS pula sedang bercakaran sesama sendiri tentang beberapa isu remeh. Umpamanya isu UG (kerajaan perpaduan) dan kepimpinan ulama’.

Continue reading “Selekoh Terakhir PRU-13”

Kerusi Panas MB Terengganu

1. Terengganu Darul Iman adalah antara negeri yang sengit persaingan politik antara Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno). Selain Kelantan dan Kedah, ia adalah antara negeri yang pernah dikuasai oleh PAS.

2. Apabila jawatan Menteri Besar mula dipertandingkan dalam pilihanraya tahun 1959, PAS telah berjaya memenangi kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Terengganu. PAS pada 1959 memenangi 13 daripada 24 kerusi DUN Terengganu. PAS Pusat pada ketika itu dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi dan Profesor Zulkifli Mohamad. Manakala PAS Terengganu pula dikepalai oleh Ustaz Ahmad Azzam Hanapiah sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri.

Continue reading “Kerusi Panas MB Terengganu”

PKR Tipu Jumlah Ahli?

1. Saya jarang bersetuju dengan portal Umno (baru), Agendadaily. Namun pendedahan berkenaan jumlah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedikit sebanyak boleh diterima dan dikaji dengan lebih mendalam. Klik di sini.

2. PKR mendakwa punyai ahli seramai 400,000 orang. Namun jumlah peratusan yang keluar mengundi dalam Pemilihan PKR mutakhir ini amat-amat mengejutkan. Rata-rata yang keluar mengundi adalah sekitar 4 hingga 11 peratus sahaja. Ia jauh lebih rendah daripada peratusan undi dalam mana-mana pilihanraya di Malaysia.

3. Ahli-ahli PKR kebanyakkannya bukan dari spesies manusia apolitical. Mereka peka dan celik terhadap perkembangan politik. Jika tidak, mana mungkin mereka akan memilih parti pembangkang yang sedang diserang hebat oleh media-media arus perdana. Mereka sudah tentu punyai kesedaran politik yang tinggi.

4. Pemilihan PKR yang melibatkan semua ahli di seluruh negara seolah-olah ‘perangkap makan tuan’ untuk PKR. Selain daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan manipulasi undi, PKR juga terdedah kepada pembongkaran jumlah sebenar ahli partinya.

Continue reading “PKR Tipu Jumlah Ahli?”

Langkah Politik Zaid Ibrahim

1. Datuk Zaid Ibrahim, bekas pengamal undang-undang terkenal yang mengasaskan firma guaman Zaid Ibrahim & Co (ZICO) adalah antara ahli politik yang kontroversial.

2. Sewaktu dalam Umno (baru) dulu, beliau pernah dikecam hebat kerana menyaman usaha perlaksanaan Hudud oleh kerajaan PAS Kelantan. Atas desakan kuat PAS serta nasihat pucuk pimpinan Umno, saman tersebut kemudiannya ditarik balik.

3. Bekas Ketua Umno Kota Bharu ini kemudiannya dilantik oleh Pak Lah untuk menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang). Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk bertindak menuntut keadilan kepada Tun Salleh Abbas dan 7 hakim yang teraniaya pada zaman Dr Mahathir.

4. Apabila kerajaan Pak Lah kelihatan terang-terangan menyalahgunakan ISA, Zaid secara mengejut meletakkan jawatan sebagai Menteri dan meninggalkan Umno. Beliau menyertai PKR. Populariti Zaid di kalangan penyokong Pakatan khususnya kaum Cina naik mendadak tinggi. Manakala, kebencian ahli-ahli PAS terhadap beliau kian terungkai.

Continue reading “Langkah Politik Zaid Ibrahim”