Pemilihan YDP MPMUM

1. Pro Mahasiswa Universiti Malaya membolot 8 daripada 9 kerusi umum dalam PRK kali ini. Sama seperti tahun lepas. Bezanya hanya pada jumlah kerusi fakulti yang merosot kepada 9 kerusi.

2. Kerusi umum ibarat Parlimen manakala kerusi fakulti ibarat DUN. Namun disebabkan ia tidak termaktub dalam statut universiti, AUKU mahupun peraturan kecil PRK maka nilai kerusi bagi kedua-dua jenis adalah sama.

3. Sistem demokrasi sebegini adalah tidak matang dan tepat kerana ia tidak mencerminkan kehendak sebenar mahasiswa. Undi sebanyak 5888 bagi seorang calon umum yang menang adalah sama dengan undi sebanyak 156 bagi seorang calon fakulti yang menang. Adakah ia wajar?

4. Aspirasi (Penggerak Mahasiswa) belum lagi boleh dianggap menguasai MPMUM kerana penentuannya adalah dalam mesyuarat pertama MPMUM untuk membentuk kabinet. 41 ahli MPMUM akan mengundi untuk memilih Yang DiPertua dan semua ahli Majlis Tertinggi yang lain. Belum tentu ahli-ahli MPMUM Aspirasi akan mengundi calon dari kem mereka sepenuhnya.

Continue reading “Pemilihan YDP MPMUM”

Pro Mahasiswa atau Penggerak Mahasiswa?

Pilihanraya Kampus di Universiti Malaya sudah mula terasa kehangatannya. Pro Mahasiswa (Pro M) dan Penggerak Mahasiswa (GERAK) akan bertempur setelah tertangguh beberapa bulan. Jentera Pro M sudah mula menggempur kolej-kolej kediaman manakala Jentera GERAK sudah mula membuat giliran untuk menjaga pintu-pintu ‘gate’ kolej kediaman yang dikuasai mereka.

rimaw2-copy

Sebagai makluman, Pro Mahasiswa adalah nama baru bagi Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM – Gagasan) atau Parti NADI (Nama sebelum Gagasan). Penggerak Mahasiswa pula adalah nama baru bagi Aspirasi ataupun Majlis Gabungan Mahasiswa Universiti Malaya (MGMUM).

promSaya tidak pasti sampai bilakah nama GERAK ini akan bertahan. Sebelum ini Aspirasi UM cuba menggunakan nama Revolusi Mahasiswa (Revo M) namun disebabkan nama itu adalah persis ‘kitaran semula’ nama lama bagi Aspirasi di UIAM (REVO), maka akhirnya nama Revo M terkubur.

Saya ada cadangkan kepada Pengerusi GERAK UM agar nama GERAK itu dicantikkan dengan nama ‘GERAK Student’. Cadangan saya itu bertujuan supaya bunyinya lebih sedap bila mahu dilaungkan sewaktu ada rapat umum atau demontrasi. Seronok juga bila saling berbalas sorakan nanti.

Continue reading “Pro Mahasiswa atau Penggerak Mahasiswa?”