Shahrizat Perlu Yakin!

lembpantai

Amatlah malang jika Shahrizat Jalil masih ragu-ragu untuk mengetepikan ‘pelan peralihan jawatan Wanita UMNO’ yang sangat pelik lagi mengarut itu. Pelan untuk berkuasa selama 3 bulan dan diganti oleh pemangku selama hampir 3 tahun!

Memang beliau tersepit dan keliru. Namun, Shahrizat perlu memiliki keyakinan bahawa DS Rafidah Aziz sudah tidak relevan buat masa ini. Pencalonan sebanyak oleh 73 bahagian yang menentang arus adalah kekuatan bonus yang luarbiasa untuk beliau.

Pemimpin bukan sekadar perlu pintar, namun juga harus yakin dalam membuat keputusan sukar. Samada beliau mahu membuat satu keputusan tegas atau karier politik beliau akan terus terkubur kerana satu keputusan yang menuju lemas!

rafidah