Salahuddin Ayub calon Tenang?

1. Johor adalah kubu kuat Umno sebagaimana Kelantan diiktiraf sebagai kubu kuat PAS. Menyerang kubu kuat lawan menuntut strategi yang berbeza dan lebih ampuh berbanding negeri-negeri yang lain.

2. DUN Tenang bukan hanya pertembungan biasa dua buah parti politik. Ia mungkin selekoh terakhir bagi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sebelum menempuh PRU 13. Sebagaimana PRK Ijok 2007 dan PRK Arau 1998. Ia akan menjadi kayu ukur paling tepat bagi mengunjurkan keputusan PRU terdekat.

3. Di dalam pilihanraya kecil Ijok 2007, Parti Keadilan Rakyat telah menamakan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon di situ. DS Anwar Ibrahim telah mengetepikan rakan karibnya Nallakaruppan walaupun peratusan pengundi India agak tinggi di kawasan tersebut.

4. Khalid Ibrahim tewas namun matlamat jangka panjang PKR dalam pertarungan tersebut telah tercapai. PKR secara tidak langsung telah berjaya mempromosikan seorang tokoh korporat sebagai salah seorang tokoh PKR negeri, yang berkemungkinan besar akan dilantik sebagai Menteri Besar jika PKR (serta rakan Pakatan Rakyat) menang dalam PRU 12.

Continue reading “Salahuddin Ayub calon Tenang?”

Biro Tata Negara Peruntuh Negara?

biro-tatanegaraSaya sedikit terperanjat apabila membawa laporan Harakahdaily pagi ini.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan bahawa beliau mendengar sendiri penceramah dalam latihan Biro Tatanegara (BTN) memfitnahkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara.

“Saya mendengar sendiri penceramahnya menuduh Tuan Guru, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan (Lim) Kit Siang sebagai sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara,” kata beliau. Beliau juga membangkitkan tentang tindakan BTN mengapi-apikan isu perkauman di dalam modul yang mereka kendalikan.

Jika benar dakwaan yang disebutkan oleh saudara Salahuddin itu, maka ia adalah satu gambaran yang amat jelek dan menyedihkan. BTN telah kelumpuhan fungsi yang sepatutnya dimainkan. BTN sepatutnya menjadi agensi kerajaan yang berperanan untuk membina kesedaran yang tinggi tentang perpaduan di kalangan rakyat. Bukannya membuat fitnah membabi buta dan bukan juga menjadi alat pihak-pihak tertentu yang mengejar keuntungan politik.

Jika disoroti sejarah BTN yang ditubuhkan pada tahun 1975, BTN sebenarnya mempunyai peranan yang cukup penting dalam membina negara dari sudut moral dan jatidiri rakyatnya.

Continue reading “Biro Tata Negara Peruntuh Negara?”