YB Shuhaimi Shafiei

1. ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei diselar habis-habisan setelah beliau menyatakan pandangan kritis dalam blog rasmi beliau berkenaan isu perlantikan Dato’ Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru.

2. Sekonyong-konyong Umno dan proksi-proksinya seperti GAPS dan Perkasa mendesak agar Shuhaimi ditahan oleh ISA. Ada juga suara mendesak agar beliau dihukum gantung.

3. Secara tiba-tiba nama ADUN PKR tersebut dikenali seantero dunia. Populariti beliau melambung tinggi. Kalau pemilihan PKR dibuat selepas ini, beliau mungkin boleh berada di kedudukan yang lebih tinggi.

4. Di dalam politik, menaikkan nama lawan bukanlah langkah politik yang baik, melainkan ada perancangan lain yang bersarang di kepala.