Sistem Ekonomi Islam Belum Wujud!

S63000451. Hujah-hujah saudara Wan Fayshal (Rausyan Fikir) dalam DisKon ECONS petang tadi nyata menguatkan lagi pandangan saya mengenai status kewujudan sistem ekonomi Islam. Katanya, memang benar sistem ekonomi Islam belum wujud!

2. Beliau berhujah bahawa pada era kegemilangan Islam dahulu, umpamanya zaman Uthmaniyyah, ekonomi negara-negara Islam memang diuruskan secara islamik kerana Islam pada ketika itu memerintah. Wujudnya institusi Waqaf, Baitul Mal, Masjid dan Souk (pasar) sebagai elemen dalam mengabsahkan bahawa ekonomi diuruskan secara Islamik. Namun, jika dibandingkan dengan era kontemporari, Islam belum memiliki sesuatu himpunan peraturan dan teori yang komprehensif dan syumul untuk membentuk sebuah sistem ekonomi Islam.

3. Beliau juga mengaitkan bahawa umat Islam dikaburkan dengan sistem kewangan Islam yang hanya tempelan kepada sistem kewangan konvensional. Seolah-olah sistem ekonomi Islam hanyalah pada sistem kewangan Islam semata-mata. Kita, umat Islam lebih gemar membicarakan tentang sistem kewangan kerana ia dilihat sebagai pasaran yang agak mudah untuk ‘mengandungkan’ duit.

4. Kita akan tersentak apabila wang yang dikandungkan mengalami ‘keguguran’. Waktu itu barulah kita terkapai-kapai mencari sistem ekonomi Islam yang sebenar. Itulah yang berlaku dalam krisis ‘ Gadaian Subprima US’ beberapa bulan lalu.

Continue reading “Sistem Ekonomi Islam Belum Wujud!”

Wujudkah Sistem Ekonomi Islam?

Money_Coins1. Sewaktu di bangku sekolah menengah, saya mula diperkenalkan dengan 4 sistem ekonomi utama yang diamalkan di dunia ini. Sistem Ekonomi Kapitalis, Sosialis, Islam dan Campuran. Kata Cikgu Mahani guru Ekonomi saya, Malaysia mengamalkan sistem ekonomi Campuran. Unsur-unsur yang baik dari sistem ekonomi Kapitalis, Sosialis dan Islam akan digunapakai membentuk sistem ekonomi Campuran.

2. Sehingga ke hari ini, saya memahami signifikan kewujudan sistem ekonomi Kapitalis, Sosialis dan Campuran. Namun saya masih keliru tentang kewujudan sistem ekonomi Islam. Adakah ia wujud?

3. Adakah sistem ekonomi Islam wujud sebagai suatu sistem ataupun ia hanyalah cebisan-cebisan prinsip muamalat yang berkaitan dengan Islam? Adakah sistem ekonomi Islam wujud hanya dengan terma-terma Arabic seperti Mudharabah, Murabahah, Bai Bithaman Ajil atau Bai Attakjiri? Atau sistem ekonomi Islam hanyalah Utopia yang tidak wujud?

Continue reading “Wujudkah Sistem Ekonomi Islam?”