Langkah Politik Zaid Ibrahim (II)

“Pilihan paling mungkin adalah beliau akan terus dalam PKR. Beliau atas sifat sebagai bekas Menteri dan bekas calon Timbalan Presiden PKR akan menjalankan peranan semak dan imbang dalam parti. Zaid akan mengkritik dan menegur PKR agar sentiasa dalam landasan perjuangan.” Petikan post terdahulu.

1. Saya masih bersangka baik dengan Zaid Ibrahim. Saya tidak fikir dia adalah ‘trojan horse’ dari Umno yang mahu memusnahkan PKR.

2. Namun desakan terbaru beliau yang mahu Anwar dan Azmin berundur benar-benar memeranjatkan. Memang diakui Zaid juga seorang yang gedebe, sebagaimana Ibrahim Ali (juga orang Kelantan), namun langkah politik yang terlalu gopoh boleh memerangkap dirinya sendiri.

3. Sekutu sementara beliau, Mustaffa Kamil Ayub dan Gobalakrishnan telah memberikan respon yang jelas tentang soal ini. Mereka tidak menentang Anwar Ibrahim, namun sebaliknya hanya Azmin. Menentang Anwar Ibrahim umpama menggali kubur politik sendiri.

4. Saya percaya bahawa populariti Zaid telah menurun dengan begitu cepat sekali. Beliau mungkin akan kembali menjadi politikus kecil sebagaimana dia dalam Umno dahulu.

5. Dalam politik, gelojoh dan gopoh adalah pantang.