Legasi Tun Abdul Razak

1) Mohd Najib adalah PM Malaysia ke-6. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham, UK.

2) Ahmad Johari yang berkelulusan Undang-Undang (sebagaimana bapanya) adalah rakan kongsi kanan di Shearn Delamore & Co, sebuah firma undang-undang terkenal di Kuala Lumpur. Beliau juga adalah pengarah beberapa buah firma besar seperti Ancom Bhd, Nylex (M) Bhd, Hong Leong Industries Bhd, Daiman Development Bhd dan Deutsche Bank (M) Bhd.

3) Mohamed Nizam pula berkelulusan Sarjana Muda Politik, Falsafah dan Ekonomi (PPE) dari Universiti Oxford, UK . Kini bertugas sebagai pengarah  bukan-eksekutif di Hiap Teck Venture Bhd, Mamee Double-Decker (M) Bhd, Delloyd Ventures Bhd and Yeo Hiap Seng (M) Bhd. Seperti Johari, Nizam juga adalah pengarah di Deutsche Bank.

4) Mohamed Nazim Razak pula adalah seorang arkitek. Beliau juga adalah pengarah di Hong Leong Bank Berhad dan Hong Leong Capital Berhad.

5) Mohamed Nazir Razak lulusan Sarjana Muda Politik dan Ekonomi dari Universiti Bristol, UK serta Sarjana Ekonomi Pembangunan dari Universiti Cambridge adalah seorang ahli perbankan. Kini, beliau adalah CEO CIMB Group, juga merupakan manusia ke-40 terkaya di Malaysia.

6) Bukan mudah untuk mendidik anak-anak agar semuanya berjaya.

7) Untuk membina sebuah Malaysia yang gagah, setiap lelaki (ayah) perlu memastikan keluarganya utuh. Setiap anak yang dilahirkan mestilah mampu memberikan sumbangan bermakna kepada negara dan Ummah.

8 ) Al Fatihah buat Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

3 thoughts on “Legasi Tun Abdul Razak

Leave a comment