Plat mahal-mahal

29 05 2012

1. Kecoh sekejap di FB dan alam maya apabila seorang VVIP Johor berjaya membida plat kenderaan www 1 dengan harga RM520,000.00. Ramai yang marah-marah dan sindir.

2. Nombor yang menarik memang diminati. Bagi ahli perniagaan, ia menggambarkan prestij si pemilik sekaligus menggambarkan prestij perniagaannya.

3. Ada juga yang membeli plat mahal-mahal kemudiaannya dijual dengan harga yang lebih tinggi. Ia kini sudah menjadi suatu industri yang menguntungkan.

Read the rest of this entry »





Kita ini tetamu senja

25 05 2012

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf – kita punya kiblat
Segera kita ingat – kita punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

A. Samad Said
Utusan Zaman 13 Nov 1955





Bacaan politik Ananda Krishnan?

19 05 2012

1. Ananda Krishnan adalah individu kedua terkaya di Malaysia dan ke-89 terkaya di Dunia. Beliau memiliki kekayaan dianggarkan USD9.6 billion.

2. Beliau adalah taikun media (Astro), satelit (MEASAT), minyak dan gas (Bumi Armada, Pexco), telecommunikasi (Maxis, Aircel).

3. Beliau juga menguasai Tanjong Energy Holding, sebuah syarikat penjana kuasa bebas (IPP) yang membekalkan tenaga kepada TNB.

Read the rest of this entry »





Catatan BERSIH 3.0

29 04 2012

1. BERSIH 3.0 adalah perhimpunan rakyat yang terbesar pernah saya sertai. Ia pengalaman hujung minggu yang terbaik untuk saya tahun ini.

2. Jujurnya, saya bukanlah kaki demo. Kali terakhir sertai adalah perhimpunan membantah PPSMI beberapa tahun lalu. Tetapi memandangkan tahap keseriusan kerajaan yang rendah dalam menjadikan pilihanraya telus dan bersih, saya kuatkan diri untuk hadir walaupun batuk masih belum kebah. Di samping itu, saya mahu melihat dengan dekat agar penilaian yang dibuat lebih adil dan objektif.

3. Seawal 10.50 pagi, saya bersama-sama Nik Razak Ridzuan, Khairuddin Bajuri dan Faezuddin tiba di KLCC. Kami dan beberapa orang teman termasuk Khalil Abdullah Zawawi kemudiannya berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka.

4. Tiba di Dataran sekitar jam 11.20 pagi. Keadaan begitu aman dan tenteram cuma sudah mulai sesak. Ruang hanya muat untuk berdiri dan agak sempit untuk peserta duduk.

Read the rest of this entry »





Pendidikan percuma vs Pemansuhan PTPTN

23 04 2012

1. Pendidikan percuma adalah impian semua orang. Semua orang suka benda yang percuma.

2. Sebelum ini, Pakatan Rakyat pernah umum untuk berikan percuma kepada rakyat. Saya sokong 110%. Tapi persoalannya, sejauhmana ‘percuma’ yang dimaksudkan?

3. Terbaru, Pakatan Rakyat (dibaca: DSAI) umumkan pemansuhan PTPTN. Saya kurang bersetuju. Lebih-lebih lagi apabila Rafizi Ramli umumkan bahawa Pakatan Rakyat akan mewujudkan sebuah tabung khas untuk menggantikan fungsi PTPTN. Ia sedikit mengelirukan.

“Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak” – Rafizi

4. Bermakna tabung sepertimana PTPTN tetap perlu. Bezanya, ia tidak lagi menampung pelajar IPTA dari keluarga berpendapatan rendah kerana elaun sara hidup akan diberikan kepada kelompok itu.

“Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga” – Rafizi

Read the rest of this entry »





Isu PTPTN dan pendidikan percuma

19 04 2012

1. Sejak ditubuhkan pada tahun 1997 sehingga 2011, PTPTN telah meluluskan pinjaman pelajaran sebanyak RM41.4 billion. Daripada jumlah itu, RM27.5 billion telahpun dipinjamkan kepada mahasiswa. Jumlah yang telah dikutip dari peminjam pula adalah sebanyak RM2.8 billion.

2. Isu PTPTN hangat apabila Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim umum akan mansuhkan PTPTN. Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, antara langkah yang akan diambil untuk membiayai pemansuhan PTPTN adalah melalui 1) Penerbitan bon 2) Tambahan RM2 billion hasil minyak dan gas diperuntukkan khusus untuk dana pendidikan 3) Pengurangan projek mega, pembelian senjata dan lain-lain.

3. Menerbitkan bon bermakna menambahkan hutang negara. Dalam keadaan bajet negara yang defisit selama 14 tahun, penerbitan bon ini sudah tentu bertentangan dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengurangkan hutang negara sekaligus mengatasi bajet defisit. Selain itu, kaedah berhutang untuk menyelesaikan hutang ibarat meminjam dari bank B untuk membayar hutang dengan bank A. Kadar faedahnya sudah tentu berganda. Hasilnya, hutang negara akan lebih membusung.

4. Cadangan tambahan peruntukan RM2 billion dari hasil petroleum dan dividen Petronas untuk menampung perbelanjaan pemansuhan PTPTN juga wajar dikaji semula. Umum mengetahui hasil petroleum dan dividen Petronas agak besar. Ia mewakili 1/3 daripada jumlah hasil negara. Pada tahun 2010 misalnya, hasil petroleum dan  dividen Petronas berjumlah RM55.3 billion. Namun, dalam masa yang sama peruntukan kerajaan untuk pendidikan dan pengajian tinggi adalah sebanyak RM50.1 billion. Nisbah antara peruntukan pendidikan dan pengajian tinggi dengan hasil petroleum dan dividen Petronas adalah 90.5%. Ini adalah nisbah yang sangat besar. Jika terus ditambah, apa lagi yang tinggal untuk sektor yang lain dari hasil utama negara ini?

Read the rest of this entry »





Kerajaan bazir hasil Petronas?

13 03 2012

1. Sumber utama kekayaan Malaysia adalah hasil anugerah petroleum yang mewakili 1/3 atau 34.46% daripada hasil kerajaan persekutuan pada tahun 2010.

2. Ia termasuk cukai pendapatan petroleum sebanyak RM18,713 juta, duti eksport petroleum sebanyak RM1,745 juta, dividen Petronas sebanyak RM30 billion dan royalti 5% yang diperolehi oleh kerajaan persekutuan sebanyak RM4,855 juta.

3. Ia berjumlah RM55,313 juta daripada keseluruhan RM159,653 juta hasil persekutuan bagi tahun 2010.

4. Mitos yang disampaikan kepada rakyat bahawa kekayaan negara kita adalah hasil kebijaksanaan para pemimpin Umno/BN dalam menguruskan negara mestilah ditinggalkan. Ini dongeng semata-mata.

Read the rest of this entry »





Memahami Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan

1 03 2012

JADUAL KESEMBILAN

[Perkara 74, 77]

Senarai Perundangan

Senarai I—Senarai Persekutuan

1. Hal ehwal luar negeri, termasuk—

(a) Triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain dan segala perkara yang menghubungkan Persekutuan dengan mana-mana negara lain;
(b) Perlaksanaan triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain;
(c) Perwakilan diplomat, konsul dan perdagangan;
(d) Organisasi antarabangsa; penyertaan dalam badan antarabangsa dan perlaksanaan keputusan yang diambil dalam badan itu;
(e) Ekstradisi; pesalah buruan; penerimaan masuk ke dalam Persekutuan, dan emigrasi dan pengusiran dari Persekutuan;
(f) Pasport; visa; permit masuk atau perakuan lain; kuarantin;
(g) Bidang kuasa asing dan luar wilayah; dan
(h) Ziarah ke tempat-tempat di luar Malaysia.

2. Pertahanan bagi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, termasuk—

(a) Angkatan laut, darat dan udara dan angkatan tentera lain;
(b) Mana-mana angkatan tentera yang bertugas atau menjalankan operasi bersama dengan mana-mana angkatan tentera Persekutuan; angkatan pelawat;
(c) Kerja pertahanan; kawasan tentera dan kawasan larangan; pengkalan bagi angkatan laut, darat dan udara; berek, padang terbang dan kerja lain;
(d) Olah gerak:
(e) Peperangan dan keamanan; musuh orang asing dan orang asing musuh; harta musuh; perdagangan dengan musuh; kerosakan perang; insurans risiko perang;
(f) Senjata, senjata api, amunisi dan bahan letupan;
(g) Perkhidmatan negara; dan
(h) Pertahanan awam.

3. Keselamatan dalam negeri, termasuk—

(a) Polis; penyiasatan jenayah; pendaftaran penjenayah; kenteraman awam;
(b) Penjara; institusi pemulihan akhlak; rumah reman; tempat tahanan; percubaan akhlak bagi pesalah; pesalah juvana;
(c) Tahanan pencegahan; sekatan kediaman;
(d) Perkhidmatan risikan; dan
(e) Pendaftaran negara.

Read the rest of this entry »





Akhlak Mukmin dalam Surah Al-Hujurat (ayat 11)

19 02 2012

Terjemahan:

1. Wahai orang-orang yang beriman! 

2. Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; 

Read the rest of this entry »





Bagaimana Umno memerangkap Dr Hasan Ali

30 01 2012

1. Bahang pemecatan Datuk Dr Hasan Ali selaku ahli PAS serta Exco Selangor masih hangat diperbincangkan. Beliau kini sedang giat mengadakan roadshow untuk meraih sokongan di samping usaha mewujudkan front baru yang kononnya mewakili kuasa ketiga.

2. Ramai tidak sedar bahawa Dr Hasan Ali adalah lambang kejayaan Umno dan konco-konco mereka dalam menjalankan perang saraf secara kemas dan tersusun.

3. Apabila Umno/BN tewas di Selangor dan empat negeri yang lain, Umno terutamanya kumpulan gerak saraf mereka mensasarkan Perak dan Selangor untuk dirampas secara undemocratic. Kelantan dan Pulau Pinang agak mustahil bagi mereka memandangkan penguasaan mutlak parti PAS dan DAP. Manakala Kedah agak sukar memandangkan undi PAS melebihi undi Umno di samping dominasi kuat Dato’ Seri Azizan Abdul Razak dalam mentadbir negeri dan menguruskan pakatan tiga parti.

4. Perak telah berjaya dirampas melalui pembelotan 2 wakil PKR dan seorang wakil DAP. Saya difahamkan 2 wakil PKR tersebut diperangkap dengan tuduhan rasuah manakala wakil DAP dilaga-lagakan dengan DAP Negeri akibat beberapa perbezaan pendapat sebelum ini.

Read the rest of this entry »





Kenapa AUKU dibantah?

11 01 2012

Insiden Adam Adli menurunkan bendera wajah Dato’ Sri Najib Razak di bangunan PWTC serta insiden mahasiswa berdemonstrasi di UPSI awal tahun baru yang lalu sedikit sebanyak membuka mata masyarakat umum tentang isu-isu mahasiswa di Malaysia. Walaubagaimanapun, kedua-dua insiden tersebut hanyalah sekadar ‘tip of the iceberg’.

Saya meneliti komen-komen rakyat Malaysia yang berbilang kaum, fahaman politik dan peringkat umur di laman-laman maya. Sebahagiannya kurang memahami secara mendalam isu sebenar yang diperjuangkan oleh mahasiswa. Komen-komen tanpa maklumat yang mencukupi sebegitu akhirnya membuahkan polemik yang memualkan.

Secara umumnya, perjuangan mahasiswa di Malaysia adalah mengenai beberapa tuntutan. Antaranya adalah tuntutan agar kebebasan mahasiswa berpolitik dijamin melalui pemansuhan atau pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tuntutan agar autonomi pentadbiran universiti dan kolej universiti dikembalikan,  serta tuntutan kebebasan akademik samada dalam kalangan mahasiswa mahupun ahli akademik.

Tulisan ini akan menumpukan perkara yang pertama iaitu soal kebebasan mahasiswa melalui pemansuhan atau pindaan AUKU.

Read the rest of this entry »








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.